Thursday, January 28, 2010

kembali ke pusara


assalamuaaikum...


alhamdulillah atas segala nikmatMu Ilahi, Lailaha Illa Anta...Kholaqtani wa ana "abduka..

khamis malam jumaat...insyaAllah, esok, pagi Jumaat yang indah, semoga ada umur lagi buatku untuk aku menghirup udara segar di pagi esok..

esok, insyaAllah, perancangannya, aku akan kembali ke kampung rilai...tempat bersemadinya mak, ayah dan abang...sebenarnya memnuhi jemputan kahwin maktam (mak sedara sepupu abg) yang juga rapat denganku..dan insyaAllah, aku akan ke pusara org2 yang kusayangi itu..
kali terakhir aku pergi, bulan disember lalu...kawasan perkuburan adalah kawasan yang paling tenang...tenang di luar, moga di dalamnya taman-taman syurga..dan apabila aku kesana, ia akan mengingatkan aku bahawa aku juga akan menyusul mereka yang telah tiada..bila dan dimana? segalanya rahsia Yang Esa..

dan malam ni juga, aku membaca tentang kisah Ummu Salamah dan Abu Salamah RadhiAllahu anhuma..dua orang sahabat dan sahabiah ini adalah sepasag suami isteri yang saling kasih mengasihi..dan Ummu Salamah berkata, apabila beliau meninggal dunia, janganlah hendaknya Abu Salamah berkahwin lagi..tetapi bagi Abu Salamah, dia berkata, apabila dia meninggal dunia, dia meminta Ummu Salamah berkahwin lagi dan semoga bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik, menyayangi dan menjaga Ummu Salamah..

tidak lama kemudian, mereka dipisahkan akibat konflik yang berlaku dari pihak keluarga Ummu Salamah,anak mereka juga terpisah...tersiksalah Ummu Salamah..akhirnya sepupu Ummu Salamah berjaya menyelesaikan konflik tersebut dan mereka membenarkan Ummu Salamah pergi ke Madinah untuk bertemu suami dan anaknya..maka pergilah Ummu Salamah berhijrah seorang diri untuk menemui suamianya yang tercinta..di pertengahan jalan, dia bertemu Uthman yang menemaninya dengan menuntun untanya sehingga sampai ke Madinah. dan beliau berkata, tiadalah yang lebih santun dari Uthman kerana apabila mereka ingan berehat, Uthman Radhiallahuanhu akan mengikat untanya di pokok dan dia akan pergi ke sebalik pokok..tujuannya supaya Ummu Salamah selesa berehat..akhirnya Ummu Salamah berjaya menemui suaminya..

dan ibrahnya dari kisah itu, dinyatakan tentang kematian suami Ummu Salamah pada tahun keempat hijrah, dan akhirnya Ummu Salamah dikhitbah oleh Rasulullah SAW..maka termakbullah doa Abu Salamah semasa hayatnya..

terdapat juga perbincangan tentang suami isteri yang kematian salah seorangnya, satu hadis menyatakan seandainya dia dimasukkan kedalam syurga, isteri bersama dengan suami yang terakhir dikahwini didunia, tetapi terdapat satu lagi hadis yang menyatakan seandainya isteri tersebut dapat memasuki syurga Allah, dia boleh memilih mana-mana suami yang disukainya...

wallahu a'lam...

anakku dah tumbuh gigi...

assalamualaikum..

alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah..

alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya..

hari ni, hari yang cerah...aku berada di bilik j-qaf..penat dengan kemelut yang melanda di sekolah ni, aku lari ke bilikku ini..emmm...aman aku kat sini...

teringat kat anak kat umah, aku tau, 2,3 hari ni aku agak sibuk, selalu balik lewat, isnin outing, selasa mesyuarat, rabu kokurikulum, hari ni mungkin leh balik awal ckit, anak aku pun macam merajuk je..petang2 mesti nak keluar, nak cover balik, sebab dia asyik terperuk kat umah...
satu perkembangan terbarunya, muhammad fathi dah tumbuh gigi..dah 9 bulan baru ada gigi...tapi makan macam2 dah...sesekali tgk dia makan, sebijik cam org tua, sebab dia gigit guna gigi depan dia yg baru tumbuh tu...lawakss...

muhammad pun dah pandai turun katil, naik katil je tak pandai lagi..aku memang ajar dia turun katil supaya dia tak jatuh, alhamdulillah, dia ingat apa yang aku ajar..

alhamdulillah...seronok sgt tgk anak membesar depan mata, tgk perkembangan dia hari-hari..even tak sepenuh masa aku ngan dia, tapi aku puas hati dia ada menyambut aku bila aku balik sekolah, penat pun boleh hilang bila tgk dia senyum dan gelak...emm...permata hatiku..:)

Thursday, January 21, 2010

kembara hidup di bumi kenyalang (2)

salam ukhuwwah fillah...

agak lama aku tidak mencoret sesuatu disini..

kebelakangan ini rinduku pada bumi kenyalang makin membara, apa khabar jambatan panjang menghala ke petrajaya itu?aku pun dah lupa apa nama jambatan itu, jambatan tun abd rahman yaacob barangkali..

apa khabar samariang choice supermall...pasaraya pilihan kami serumah utk shopping di akhir bulan
masih meriahkah pasar tamu satok?the spring?
dan yang paling penting, apa khabar warga sk rakyat?

aku memulakan khidmatku dengan bersemangat, aku mula belajar berklata saghawak..
kamek sik pande, mun nya urang sik ngaja kamek, kamek sik paham apa nya madah..

warga sk rakyat yang peramah dan baik hati..mulanya aku sekadar berulang dari asrama maktab perguruan batu lintang, namun disebabkan masalah pengangkutan dan ingin mencari angin baru, akhirnya kami berlima berpindah ke taman sri wangi..
2005 - aku membeli QAA 7627, sebagai kemudahan buatku untuk berulang alik ke sekolah..
2006-bermacam2 peristiwa berlaku tahun itu..aku pernah diminta memberi keterangan di ibu pejabat polis berhubung kes penculikan..tahun itu juga aku dikecewakan..(huhuhu...) tapi ada manisnya, apabila aku mula mengenali sidia..
2007- pertengahan- bermula PJJ..kesabarannya menguatkan aku..


to be continued...

Friday, January 15, 2010

inilah kita...

salam...

alhamdulillah, sentiasa sihat..sentiasa bertenaga..sentiasa ada makanan..sentiasa ada duit..sentiasa disayangi..tapi sentiasakah kita ingat Allah?berapa kali dalam sehari kita ingat Allah? @ kita lebih ingatkan duit daripada ingat Allah..@ kita lebih ingatkan makanan dari ingat Allah @ lebih ingat org tersayang dari ingat Allah..
eh...ingat apa...waktu solat ingat...yerr...ingat waktu solat, tapi dalam solat tu sendiri fikiran kita ingat macam-macam...
eh, keta tak bayar lagi laa...camne la leh lupa...
o..oh..baru aku ingat, aku letak duit tu kat dalam almari, patutlah takde dalam wallet...
menda la nak masak malam ni ek..bihun sup pun sodap...

macam-macam kita ingat kan...benda yang kita lupa letak, kadang-kadang dalam solat la kita ingat..tak cakap kat org lain, muhasabah diri sendiri...o_o

hidup kita dipenuhi dengan macam-macam...yang selalu membuatkan kita lupa pada Yang Pencipta, yang sentiasa memerhatikan kita..kita tak rasa kita diperhati..jarang sekali kita ingat Dia...sedangkan banyak benda dalam hidup kita Dia dah beri...Dia Maha Kaya, dia tak kisah pun awak ingat ke tak...tapi kita manusia yang lemah ini sentiasa perlukan Dia...

jadi, buatlah cara peminta yang baik, penerima yang baik..bersyukur dengan segala pemberianNya, kerana kita sentiasa memerlukan Dia...kerana Dia Maha Kuasa..

di saat senang..ingatlah pada Allah
di saat susah..ingatlah pada Allah
di saat sakit...ingatlah pada Allah
di saat sihat...ingatlah pada Allah

Tuesday, January 12, 2010

mahkamah akhirat

salam sayang untuk semua..

Alhamdulillah wa syukru lillah..

baru sebentar tadi aku membaca tentang mahkamah akhirat..so, aku nak kongsikan kat sini, semua ada manafaat..

apabila telah berlaku hari kiamat, kita semua...semua manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah manusia terakhir yang dilahirkan di dunia ini akan dikumpulkan di padang mahsyar...semua manusia akan dihadapkan ke mahkamah Allah..terdapat tiga jenis mahkamahNya iaitu :

pertama-} mahkamah yang mengasingkan manusia kufur dan beriman..bagi yang kufur dan syirik pada Allah, tiada pengampunan baginya..

kedua-} mahkamah yang mengadili hak manusia sesama manusia...disini akan terdapat manusia yang muflis akibat menganiaya sesama manusia..wal'iyazubillah..

ketiga -} mahkamah yang mengadili kewajipan manusia terhadap penciptaNYa...masyaAllah...astaghfirullah...semoga Allah yang Maha Pengampun dan Pengasih mengampuni dosa-dosa kita..

mampukah kita melepasi ketiga-tiga mahkamah Ilahi ini?...segala dosa dan noda yang kita sembunyikan di dunia ini akan terbentang di depan mata..dihitung pula segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita...mampukah kita melepasinya...apakah amalan-amalan kita yang sedikit ini dapat menampung dosa-dosa kita yang banyak itu..ditambah pula dengan nikmatNya yang melangit luas itu...Ya Allah...tolonglah hambaMu ini..

jangan risau akan kemiskinan, kerana ia bukan kesalahan
jangan sedih dengan kesusahan, kerana ia bukan kesilapan,
risaulah dengan dosa dan sedihlah ibadat yang tidak sempurna...

Friday, January 8, 2010

tragedi 030409 siri berhati-hati di jalan raya...

salam

segala puji buatMu Ilahi..selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasulullah S.A.W..

setiap hari paparan di dada-dada akhbar pasti ada yang menceritakan tentang kemalangan jalan raya. pelbagai kisah, pelbagai versi..malang yang selalunya membawa kemalapetakaan yang mengheret ibu bapa kehilangan anak, suami kehilangan isteri, isteri kematian suami dan anak menjadi yatim piatu..

-} kisah pemandu mengantuk yang mengakibatkan 10 nyawa melayang.
aku tak nafikan, mana ada manusia nak kejadian seumpama itu berlaku..dan apabila mengantuk, hanya rehat dan tidur ubat yang paling mujarab..takziah buat mereka yang kehilangan org tersayang..sabarlah menghadapi ujian hidup ini..sesungguhnya kita org2 yg terpilih..

-} kisah pengantin yang kehilangan suami hanya setelah 3 jam akad nikah..
masyaAllah..Allah Maha mengetahui perjalanan hidup kita, tapi ingatlah Allah Maha Adil...Dia tidak akan menzalimi hambaNya..padaku ujian yang menimpa saudari itu terlalu hebat..baru ingin membina hidup bersama yang tersayang, sidia telah di panggil pulang..
sabarlah...kerana sabar itu indah...

-} kini berbalik pada kisah aku..

aku diberitahu akan kehilangan abg setelah hampir 8 jam abg meninggal dunia..ketika itu, aku masih di wad bersalin, sewaktu pintu wad dibuka untuk melawat, kelihatan mak, adik2 dan abg yi sahaja yang datang melawatku..ku luahkan rungutanku pada mak..

" mana abg fuad ni, tak datang-datang lagi..."

tanpa kusedari rupanya perancangan Allah itu lebih hebat, aku tidak dapat lagi bertemu dengannya selama-lamanya...

hanya setelah kumendengar tentang kemalangan itu, aku cuma tidak percaya!dan di dalam kepalaku tepu..

sewaktu aku di dalam pantang, apak memang melarang semua org bercerita tentang nahas itu di hadapanku. selama di dalam pantang aku mencari dia..di dalam tidur dan jaga...dan akhirnya Allah memberi kekuatan padaku..aku kembali ke kampung untuk 'melawatnya'. hanya enam buah batu hidup dan pokok kenanga menghiasi kuburan itu. arwah abg, mak dan ayah ditanam didalam satu liang..

menurut da...saksi utama kejadian, ( da menumpang kereta abg teh yang memandu di belakang kereta abg) sampai di temin, kereta abg sudah kelihatan lain, sudah masuk laluan sebelah, belum pun sempat teh mengambil telefon untuk menelefon abg, kereta honda abg sudah bertembung dengan hilux itu..teh sempat mengelak dan memberhentikan keretanya di tepi jalan, belum pun kereta teh berhenti, da sudah keluar dari kereta dan menerpa kereta abg...puas teh menjerit memanggil da, takut kereta abg meletup..da mengetuk2 cermin kereta abg, namun tiada apa yang dapat dilakukan...kereta abg remuk teruk, terutama di bahagian hadapan..semua yang berada di dalam tersepit..beberapa kali da pengsan, adik ummu ( berusia 11 tahun) yang berada di dalam kereta teh, tidak dibenarkan keluar..kejadian berlaku jam 4.50 pg dan abg, mak dan ayah hanya dapat dikeluarkan pada jam 7 pg +++...

ketiga-tiga mereka di bawa ke hospital jerantut, tetapi disahkan sudah meninggal dunia..Innalillahi wainna ilaihi raji'un...jenazah mereka selamat dikebumikan jam 3 ptg..

abg, mak dan ayah pergi pada pagi Jumaat yang tenang...ratusan anak murid, sahabat, saudara mara menyembahyangkan jenazah mereka..sehingga org kampung kata, ramai sangat org sembahyang mengalahkan sembahyang sunat hari raya..

aku tidak sempat untuk mengucup abg, mak dan ayah buat kali terakhir..pihak hospital membenarkan aku keluar dari wad, tapi atas risiko sendiri...untuk balik ke kampung, ianya mengambil masa 2 jam dari temerloh..aku redha atas pemergian mereka..Allah ada...Allah bersama-sama org yang sabar...cukuplah Allah sebagai pelindungku..pembantu dan penemanku..Tuhanku Yang Esa..Yang Maha Kuasa..

Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu 'anhum..

Thursday, January 7, 2010

tragedi 030409 siri 4


salam..

memori dan ingatan masih disitu..masih pada peristiwa2 itu, walau beribu dan berjuta kali pusingan jam berlalu..rasa hatiku masih sama, masih seperti dulu..

dalam kesibukan seharianku..sesekali ingatan aku terlayang padanya..terutama pabila tiba hari khamis (ari ni laa..), aku amat suka melihat abg segak dalam baju batiknya, walaupun hanya sehelai itulah yang selalu dipakainya..(kesian abg...) :( . aku masih terasa hanyatnya tangan abg sewaktu aku bersalam dengannya khamis terakhir itu..ya, setiap hari, sebelum ke sekolah, aku akan menghantarnya ke halaman dan bersalam dengannya..dan dibalas dengan kucupan di dahiku..aku akan melihatnya sehingga bayang-bayangnya hilang di sebalik jalan..begitulah rutin ku selama sebulan aku disisinya...sebulan yang terakhir...

syukur Alhamdulillah..Allah telah aturkan yang terbaik buat diriku..Allah telah memberi peluang untukku bersama abg selama sebulan lebih itu..dan kurasakan itulah saat paling indah dalam hidupku..

aku bersyukur kerana mengenalinya..dia memang baik, selama aku bergelar isterinya, tidak pernah sekali pun dia meninggikan suara,bukan saja padaku, juga pada sesiapapun..tidak pernah kudengar keluar perkataan yang tidak elok dari mulutnya, jauh sekali untuk menceritakan keburukan orang lain..seandainya aku membuka mulut untuk bercerita mengenai orang, pasti akan ditegurnya, tapi dalam bentuk gurauan...

dia mendidik aku sebaiknya.. pernah sekali dia menegurku untuk berkata lebih lembut dengan mak(mak mertua dia), biasakan guna perkataan minta tolong bila meminta mak buatkan sesuatu..tegurannya yang akan kuingat sampai bila-bila..

sekali tu pernah lengan aku dicubitnya..sebabnya, aku tak pakai sarung lengan tu..bukan sakitpun..cubit manja jer..dia nak mendidik aku supaya menutup aurat dengan sempurna..dan dialah perunding imej aku...saringannya untuk aku mendapatkan sesuatu pakaian selalunya agak ketat...selalu membuatkan aku merajuk...:[ tapi dia pandai pujuk...:)

dia seorang yang sangat hormatkan ibunya..awal perkahwinan kami..dia telah menjelaskan padaku,

abang akan letak sayang no 3 dalam hati abg..
haa...no 3..tokojut den! sapo lai? ado org lain ko?
pertama;Allah..
kedua;mak abang..
ketiga;sayang..
takpe ke?...tanya lak tu..nasib baik aku faham...kedudukan anak lelaki dalam keluarga, terutama dia, anak lelaki sulung...

dan...sememangnya dia amat rapat dengan mak..sehinggakan ke akhir hayatnya, mak pergi bersamanya di atas pangkuannya...

Monday, January 4, 2010

dear diaryku...

Alhamdulillah...segala hanya buatMu Ilahi..selawat dn salam buat kekasihNya Nabi Muhammad SAW...
walaupun sejuta kali kuucapkan syukur buatMu Ya Rabbi, namun tidak terbalas rasanya dengan segala nikmat yang telah Kau curahkan buat kami..Maha Pengasih Maha Penyayang ya Ilahi..

hari ini, hari pertma persekolahan, hari pertama aku bertugas di sekolah baru, sebenarnya SKJU bukan baru bagiku, ianya sudah sebati di jiwaku kerana aku mendapat pendidikan awal di situ..apabila aku kembali, banyak yang sudah berubah, namun seorang cikgu yang dulu mengajarku masih mengajar disitu..cikgu Rominzi, jika dulu aku anak muridnya, kini rakan sejawatannya...namun hormatku pada seorang guru masih menebal...walaupun ucapan sulungku tadi di perhimpunan sempat mengusiknya...gurau je cikgu..

bidang ini bidang yang amat aku minati...bidang yang aku impikan sejak kecil..dulu bila cikgu anya apa cita-cita, jawabku...pensyarah...tapi setakat umurku yang bakal berubah lagi dipangkalnya tahun ini.(eii..makin tua dah aku rupanya...) huhu...aku masih seorang guru, and i'm proud to be a teacher!...

semoga semangat dan keazaman aku tahun ini membuah manafat buat anak-anak didikku..

Sunday, January 3, 2010

azam berazam..

salam..

soklan paling best setiap awal tahun...pe azam ko taun ni?jawapannya mesti panjang...bla..bla..bla..

tapi, sampai separuh tahun, usaha tah kemana,azam tah kemana,gitu ler jugak...tiap2 tahun...masih berada di takuk yg lama..ndak ndak plak kalo kita memang dah berada di zon yg selesa...

tapi, islam ajar, seorang mukmin yang baik tu, hari ini adalah lebih baik dari semalam...
so, aku pun berhasrat nak jadi mukmin yg baik...




AZAM AKU TAHUN NI...

jeng..jeng..jeng..

1) keluarga..
- aku nak jadi umi yg terbaik wat muhammad fathi..aku nak banyakkan baca ayat2 suci Al-Quran utk ditiup di kepalanya..sbb aku tgk enjang dan anak-anaknya...memang jadi amalan dia meniupkan ayat2 Al-Quran di kepala anaknya dan kulihat anak-anaknya menjadi anak-anak yang sopan, dengar kata...InsyaAllah, semoga Muhammad pun jadi anak soleh...
-nak serius skit ngan adik-adik...hahaha...mesti inah n adik gelak kalo baca nih...hua..hua..hua...weii...koi serius tau..siap la korang...sbb kalo aku serius, teratur skit idup aku...mungkin inah memahami...

2) kerja
-banyak perkara aku nak wat, tapi slow2 la dulu...1st, mesti bersihkan nama j-qaf kat sek baru aku ni...nape?...nanti la aku citer...kisah seram yang aku pun ketor kepala lutut waktu dengar mula2 dulu...
-bilik j-qaf kena ceriakan...insyallah, dah ada skit idea nak wat camne..
-tingkatkan mutu bacaan al-Quran bakal students aku..

3)personal
-aku nak ceria tahun ni..no more tears..lalala...
-dan jeng..jeng..jeng..tahun ni azam aku nak jaga peribadi n penampilan sebagai seorang muslimah...insyaAllah..amin..

cukup la dulu...banyak2 kang tak larat plak...

doa-doa2 moga aku diberi kekuatan utk berusaha mencapai azam aku...

Friday, January 1, 2010

abang atan

abang atan ngn robotnye yg sakit lutut..

abg atan aka mohd fawwaz @ fauzan

kat umah aku ni ada sorang budak kecik..umurnya 2 tahun lebih, kami panggil dia abang atan (bukan nama sebenar). dia pun membahasakan diri dia abang atan. tapi abang atan ni bijak budaknya..mulut dia tak berenti2 bercakap kecuali bila dia tido jer...kalo dia bercakap tgh tido, maknanya dia mengigau...

semalam...dia bercerita...

abang atan: cikju, cikju tgk la ni..
cikju: yela...cikju tgk la,abang atan wat pe ?
abang atan: abang atan tgh wat robot ni...
cikju: ooo...cantik robot abang atan..tapi nape nampak senget je ronbot abang atan ni?
abang atan: robot abg ni sakit lutut...

aku (dalam hati): ada gak ke robot sakit lutut?....konfius...konfius...

ni lagu kegemaran abg atan...

telepon...telepon berbunyi...
telepon...telepon berbunyi...

kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama
semua jadi mudah...
yeeee...
wonderpet...

apa yang penting...
KERJASAMA...

hahaa...

abang atan memang best :)

muhammad fathi


salam..

malam yang kelam,

jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.21 pg, 1hb Januari 2010..mataku masih tidak mahu lelap..terasa ingin mencoretkan sesuatu sebelum 'mati kecil' ini menjemputku..

muhammad sudah lama lena, sejak jam 8 mlm tadi..kebiasaannya begitulah anak kecilku itu, jarang sekali berjaga dan memaksa aku berjaga sama, kecuali kalau kesihatannya tidak mengizinkan..

muhammad..sudah mencapai 9 bulan (2 hari lagi..)dia semakin bijak dan comel..(kalau tak umi dia puji siapa lagi nak puji...) jgn marah...hehe..namun dalam usianya yang kecil itu...seringkali membuatkan airmataku berlinangan...

dia semakin pandai mengatur rutin hidupnya, setiap petang, umi atau cik inahnya 'wajib' membawa dia keluar rumah..menikmati keindahan petang dengan kesibukan motor2 yang lalu lalang di depan rumah..dan dia juga sudah pandai nak naik motor..selalunya aku hanya memegangnya untuk duduk diatas motosikal atuknya..tiada siapa yang mahu membawa muhammad bersiar-siar naik motor..aku tak pandai bawa motor, kalau la abahnya ada...astaghfirullah...selalu saja fikiranku memberi ruang kepada syaitan mencucuk...Ya Allah ya tuhanku ampuni aku ya Allah...

aku tahu, sebolehnya ahli keluargaku tidak pernah menyisihkan muhammad..tidak mahu aku terasa yang MUHAMMAD ANAK YATIM...ya Allah berilah kekutan padaku untuk membesarkan anak ini tanpa rasa kekurangan pun...supaya dia tidak berasa rendah diri berbanding orang lain...

muhammad anak umi...aku akan kisahkan padanya kelak pabila muhammad sudah besar tentang arwah abahnya yang soleh, aku akan ceritakan padanya tentang arwah nenak dan akinya yang penyayang...aku akan beritahu dia yang kami semua menyayangi Muhammad..dan yang pasti Allah lagi menyayangi kita, sebab itu kita orang yang dipilihNya untuk diuji...

muhammad fathi, semoga anak umi ini menjadi anak yang soleh, hamba Allah yang soleh yang memberi manafaat pada orang lain, menjadi hafiz al-Quran, alim ulama dan mufti..umi doakan muhammad berjaya dunia akhirat...amin ya rabb..