Thursday, January 28, 2010

kembali ke pusara


assalamuaaikum...


alhamdulillah atas segala nikmatMu Ilahi, Lailaha Illa Anta...Kholaqtani wa ana "abduka..

khamis malam jumaat...insyaAllah, esok, pagi Jumaat yang indah, semoga ada umur lagi buatku untuk aku menghirup udara segar di pagi esok..

esok, insyaAllah, perancangannya, aku akan kembali ke kampung rilai...tempat bersemadinya mak, ayah dan abang...sebenarnya memnuhi jemputan kahwin maktam (mak sedara sepupu abg) yang juga rapat denganku..dan insyaAllah, aku akan ke pusara org2 yang kusayangi itu..
kali terakhir aku pergi, bulan disember lalu...kawasan perkuburan adalah kawasan yang paling tenang...tenang di luar, moga di dalamnya taman-taman syurga..dan apabila aku kesana, ia akan mengingatkan aku bahawa aku juga akan menyusul mereka yang telah tiada..bila dan dimana? segalanya rahsia Yang Esa..

dan malam ni juga, aku membaca tentang kisah Ummu Salamah dan Abu Salamah RadhiAllahu anhuma..dua orang sahabat dan sahabiah ini adalah sepasag suami isteri yang saling kasih mengasihi..dan Ummu Salamah berkata, apabila beliau meninggal dunia, janganlah hendaknya Abu Salamah berkahwin lagi..tetapi bagi Abu Salamah, dia berkata, apabila dia meninggal dunia, dia meminta Ummu Salamah berkahwin lagi dan semoga bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik, menyayangi dan menjaga Ummu Salamah..

tidak lama kemudian, mereka dipisahkan akibat konflik yang berlaku dari pihak keluarga Ummu Salamah,anak mereka juga terpisah...tersiksalah Ummu Salamah..akhirnya sepupu Ummu Salamah berjaya menyelesaikan konflik tersebut dan mereka membenarkan Ummu Salamah pergi ke Madinah untuk bertemu suami dan anaknya..maka pergilah Ummu Salamah berhijrah seorang diri untuk menemui suamianya yang tercinta..di pertengahan jalan, dia bertemu Uthman yang menemaninya dengan menuntun untanya sehingga sampai ke Madinah. dan beliau berkata, tiadalah yang lebih santun dari Uthman kerana apabila mereka ingan berehat, Uthman Radhiallahuanhu akan mengikat untanya di pokok dan dia akan pergi ke sebalik pokok..tujuannya supaya Ummu Salamah selesa berehat..akhirnya Ummu Salamah berjaya menemui suaminya..

dan ibrahnya dari kisah itu, dinyatakan tentang kematian suami Ummu Salamah pada tahun keempat hijrah, dan akhirnya Ummu Salamah dikhitbah oleh Rasulullah SAW..maka termakbullah doa Abu Salamah semasa hayatnya..

terdapat juga perbincangan tentang suami isteri yang kematian salah seorangnya, satu hadis menyatakan seandainya dia dimasukkan kedalam syurga, isteri bersama dengan suami yang terakhir dikahwini didunia, tetapi terdapat satu lagi hadis yang menyatakan seandainya isteri tersebut dapat memasuki syurga Allah, dia boleh memilih mana-mana suami yang disukainya...

wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment