Friday, January 8, 2010

tragedi 030409 siri berhati-hati di jalan raya...

salam

segala puji buatMu Ilahi..selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasulullah S.A.W..

setiap hari paparan di dada-dada akhbar pasti ada yang menceritakan tentang kemalangan jalan raya. pelbagai kisah, pelbagai versi..malang yang selalunya membawa kemalapetakaan yang mengheret ibu bapa kehilangan anak, suami kehilangan isteri, isteri kematian suami dan anak menjadi yatim piatu..

-} kisah pemandu mengantuk yang mengakibatkan 10 nyawa melayang.
aku tak nafikan, mana ada manusia nak kejadian seumpama itu berlaku..dan apabila mengantuk, hanya rehat dan tidur ubat yang paling mujarab..takziah buat mereka yang kehilangan org tersayang..sabarlah menghadapi ujian hidup ini..sesungguhnya kita org2 yg terpilih..

-} kisah pengantin yang kehilangan suami hanya setelah 3 jam akad nikah..
masyaAllah..Allah Maha mengetahui perjalanan hidup kita, tapi ingatlah Allah Maha Adil...Dia tidak akan menzalimi hambaNya..padaku ujian yang menimpa saudari itu terlalu hebat..baru ingin membina hidup bersama yang tersayang, sidia telah di panggil pulang..
sabarlah...kerana sabar itu indah...

-} kini berbalik pada kisah aku..

aku diberitahu akan kehilangan abg setelah hampir 8 jam abg meninggal dunia..ketika itu, aku masih di wad bersalin, sewaktu pintu wad dibuka untuk melawat, kelihatan mak, adik2 dan abg yi sahaja yang datang melawatku..ku luahkan rungutanku pada mak..

" mana abg fuad ni, tak datang-datang lagi..."

tanpa kusedari rupanya perancangan Allah itu lebih hebat, aku tidak dapat lagi bertemu dengannya selama-lamanya...

hanya setelah kumendengar tentang kemalangan itu, aku cuma tidak percaya!dan di dalam kepalaku tepu..

sewaktu aku di dalam pantang, apak memang melarang semua org bercerita tentang nahas itu di hadapanku. selama di dalam pantang aku mencari dia..di dalam tidur dan jaga...dan akhirnya Allah memberi kekuatan padaku..aku kembali ke kampung untuk 'melawatnya'. hanya enam buah batu hidup dan pokok kenanga menghiasi kuburan itu. arwah abg, mak dan ayah ditanam didalam satu liang..

menurut da...saksi utama kejadian, ( da menumpang kereta abg teh yang memandu di belakang kereta abg) sampai di temin, kereta abg sudah kelihatan lain, sudah masuk laluan sebelah, belum pun sempat teh mengambil telefon untuk menelefon abg, kereta honda abg sudah bertembung dengan hilux itu..teh sempat mengelak dan memberhentikan keretanya di tepi jalan, belum pun kereta teh berhenti, da sudah keluar dari kereta dan menerpa kereta abg...puas teh menjerit memanggil da, takut kereta abg meletup..da mengetuk2 cermin kereta abg, namun tiada apa yang dapat dilakukan...kereta abg remuk teruk, terutama di bahagian hadapan..semua yang berada di dalam tersepit..beberapa kali da pengsan, adik ummu ( berusia 11 tahun) yang berada di dalam kereta teh, tidak dibenarkan keluar..kejadian berlaku jam 4.50 pg dan abg, mak dan ayah hanya dapat dikeluarkan pada jam 7 pg +++...

ketiga-tiga mereka di bawa ke hospital jerantut, tetapi disahkan sudah meninggal dunia..Innalillahi wainna ilaihi raji'un...jenazah mereka selamat dikebumikan jam 3 ptg..

abg, mak dan ayah pergi pada pagi Jumaat yang tenang...ratusan anak murid, sahabat, saudara mara menyembahyangkan jenazah mereka..sehingga org kampung kata, ramai sangat org sembahyang mengalahkan sembahyang sunat hari raya..

aku tidak sempat untuk mengucup abg, mak dan ayah buat kali terakhir..pihak hospital membenarkan aku keluar dari wad, tapi atas risiko sendiri...untuk balik ke kampung, ianya mengambil masa 2 jam dari temerloh..aku redha atas pemergian mereka..Allah ada...Allah bersama-sama org yang sabar...cukuplah Allah sebagai pelindungku..pembantu dan penemanku..Tuhanku Yang Esa..Yang Maha Kuasa..

Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fu 'anhum..

1 comment:

  1. salam puan.
    al-fatihah buat keluarga puan..saya baru terbaca tentang ni..terus menangis sedih apetah lagi puan empunya diri.

    semoga puan dan putra tunggal terus tabah ye..
    salam ukhwah dari saya dan suami.

    ReplyDelete