Friday, May 21, 2010

seminggu berlalu..

alhamdulillah..pagi yang indah..segar.
segala puji hanya buatMu ya Allah..

seminggu berlalu..
laptop hang diserang virus baru2 ni..terpaksa di format semula, kesannya..segala data2 aku hilang..kerja2 aku hilang, tu takpe lagi sbb aku ada save dlm pendrive,yg tak tahannya..yg paling aku sayang,gambar2 muhammad fathi dari lahir, video dia baru meniarap, video baru berjalan..semua hilang..sedihnyaa...

tapi takpelah..sabar je la..aku dah biasa dgn kehilangan. yang penting muhammad fathi masih ada di depan mataku..

semalam dan 2 ,3 hari berturut2 ada kematian di tempatku ini..giliran mereka..bilakah giliranku?...wallahua'lam..

hari guru sudah berlalu, alhamdulillah..segalanya berjalan lancar dan meriah. aku dapat banyak hadiah..hampir penuh kotak besar tu..syukran anak2 muridku sekelian..aku tidak mengharapkan hadiah, cuma hadiahkan kejayaan anda padaku..
tak sangka pula kat sini ada anugerah guru paling popular, sungguh, aku tak tau!!.ada anugerah utk lelaki dan perempuan..murid2 akan mengundi siapakah guru perempuan dan lelaki yang paling disayangi..aku tewas tipis di tangan kak wardati..alhamdulillah..aku berasa sungguh seronok tak menang anugerah tu, sebab aku takut fitnah akan melanda kalau aku menang, bukan saja fitnah di hati orang, yang paling penting takut fitnah di hati sendiri...aku takut nanti riak, ujub, takbur pulak yg datang..hati bukan senang nak jaga..

masih dalam proses menghadam buku la tahzan..semoga diberi kekuatan..

Wednesday, May 12, 2010

hari ini punya citer..

alhamdulillah...masih bernafas dengan selesanya..

muhammad fathi masih kurang sihat, batuk+selsema..alhamdulillah tak demam..

cuaca panas yang terlampau..astaghfirullah!..ni tangan2 manusia la jadikan alam sebegini..dunia dah akhir zaman, ambil 'ibrah tak kita ni?...

minggu ni aku bertugas..hari ni, ada kes budak thn 3 jatuh akibat berlari2..budak2 mana reti berjalan..macam tak cukup tanah je dia berlari..sampai terpaksa dibawa ke klinik..ingat ok la dah dicuci oleh k.amy kt klinik tu, rupanya terpaksa bawa ke k.krau plak untuk jahit sbb luka dia dalam...terpaksa la aku buat2 tabah menengok HA tu jahit tgn anak murid aku...terpaksa la buat2 mcm best je nak pujuk budak tu, padahal dalam ati aku ni...cam nk nangis dh tgk jarum tu masuk dalam tgn budak tu..budak tu menjerit2 kesakitan...MasyaAllah...ya tuhanku...rupanya cam tu doktor jahit,waktu aku lahirkan muhammad camtu la kot yek..ish..ish..ish..nasib baik aku dibius dan tak nampak doktor tu buat apa..kalau tak, mau aku tendang je doktor tu... {-ayat perasan best...

pe lagi nak citer ek..takde apa la kot..tapi ada ke tak org baca citer aku ni..takpela..perasan ada je la...apa yang penting...aku hepi!..

oppss..ada satu kes yg wat aku konfius skrg...nape org tu cam lain je ngn aku akhir2 ni ek?..dia tgh set silent mode kot..slalunya ramah tamah mesra alam dan manusia..tapi sejak akhir2 ni..diam semacam je..jarang skali aku dgr suara dia..aku tatau fotostat ari tu pun serius semacam je dia ajar aku..peh..sebijik cam gb tgh nk marah budak buang sampah merata2...hehe..ke dia marah aku tak pi rombongan ari tu...eh..tak!tak!tak!..sbb dia kirim duit kat fauzana lg ari tu..kalau dia tau aku cakap psl dia ni...mau aku kena...FIREEE!!!...Tapi watpa aku sibuk2 pikiaq pasai dia ha..ahh..lantak la org nak diam ke nak bising ke...yg penting...aku hepi!!...

wassalam...cau cin cau..

***sori..moood tgh tahapahapatah ni...***

Sunday, May 9, 2010

selamat hari mak...

alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini, yang menciptakan aku dan mak, kakak2, abang dan adik2ku...

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan 'mak kami' kepada kami..

sambutan kali ini agak berbeza dari tahun lepas, kebetulan minggu ini, pahang cuti 3 hari sempena hari hol yang jatuh pada hari jumaat. so, pagi tadi aku masak nasi ayam dan sebiji kek yang dibeli semalam di jerantut..

semalam..sewaktu perjalanan pulang dari jerantut, Allah menguji aku dengan 'tangisan luar biasa' Muhammad. kebetulan aku pergi hanya dengan anak2 sedara aku, aqilah dan insyirah serta adikku yang bongsu. adik aku tu tak biasa sangat dengan muhammad, sebab dia dok asrama. selepas selesai shopping barang2 utk buat nasi ayam hari ini..kami pergi cari kek. jam sudah menunjukkan pukul 6.30ptg..aku agak risau sebenarnya, jarang sekali aku bawa muhammad berjalan sehingga lewat petang begini.

ketika dalam perjalanan pulang, muhammad ok je..tapi bila suasana sudah bertukar gelap, muhammad mula menangis..menangis meraung2..dia nak pergi kat aku yg tgh drive ni..adik aku dah tak tau nak pujuk dah..menggelupur muhammad di tempat duduk belakang..hari sudah semakin gelap..aku naik risau, cd dalam keretaku memutarkan surah yasin, agak kuat kupasang..semua anak2 sedaraku aku suruh bertahlil...muhammad masih meraung, rumahku masih jauh, dalam 15 km lagi...sampai di pekan kuala krau, aku cuba memegang muhammad sambil memandu. aku tau itu satu tindakan yang merbahaya.muhammad masih menangis, dia cuba berdiri dan memegang stereng yang menyebabkan keretaku terhuyung hayang..aku berhenti sebentar ditepi jalan, kereta2 di belakangku membunyikan hon mereka...oh...tuhan...tolonglah hambaMu ini...tangisannya masih belum berhenti..kukuatkan semangat, aku memecut laju kereta setelah muhammad kuhantar ke tempat duduk belakang bersama adik..beberapa kali adik membacakan ayat kursi dan akhirnya dia membaca surah yasin, nasib baik dia hafaz surah yasin..aku plak tgh uzur..

akhirnya kami sampai ke rumah..sampai di rumah, muhammad terus diam..suara dia hampir serak kerana menjerit sepanjang jalan tadi..MasyaAllah...muhammad fathi..betul2 merisaukan umi..

kak kata, "awak kuat semangat jugak la...kalau kak, tak tau dah nak buat apa..tak sampai rumah dah kot.."

selalunya muhammad jarang menangis kalau dibawa berjalan..kali ini, aku sendiri tak faham..mungkin dia takut tengok dah gelap kat luar kot..

apapun..kami selamat buat makan simple2 hari ni...walaupun ada beberapa perkara yang agak mencacatkan..(malas nak citer..tak best :()tapi takpelah..yang penting..hepi...

buat mak...terima kasih mak..segala jasa mak tak mampu dibalas..semoga mak sihat sokmo, hepi sokmo,rajin beribadah,dan semoga Allah panjangkan umur mak dalam keberkatan...koi sayang sangat mak..

buat arwah mak (mak mertua)..kakngah akan ingat mak sokmo2 dalam doa kakngah..kakngah sayang mak macam mak kakngah sendiri..

dalam banyak2 mesej hari ibu yang aku terima, aku terkesan dengan satu mesej yang mendoakan aku jauh dari segala fitnah..terima kasih, itu doa yang sangat sesuai denganku kini..nombornya tidak aku kenali, mungkin sahabiah yang menukar no tanpa sempat memberitahu..husnudzon..

pepun, selamat hari ibu buat ibu2 seluruh dunia..dan buat anak2..hargailah pengorbanan ibu..

Tuesday, May 4, 2010

latihan menangis

usah ditangisi kenangan silam...kerana ia indah..

usah ditangisi lelahnya hidup ini...kerana ia sementara..

usah ditangisi pada sebuah kerinduan...kerana dia telah tiada..

usah ditangisi pada hati yang terluka..kerana maaf itu indah..

usah ditangisi pada kelemahan diri..kerana hanya DIA yang sempurna..

tangislah hanya pada dua perkara..

ingatan pada dosa-dosa...

dan takut pada siksa neraka..


"jangan menangis sayang..." seakan masih terdengar bisikan pujukannya...

tabahkan hati...kuatkan semangat...

tenangkan fikiran...bukalah Al-Quran...bentangkanlah sejadah..mengadu dan menangislah di hadapanNya...semoga ketenangan singgah di jiwa...

Monday, May 3, 2010

bunuh diri?...ooh noo!!!.

khamis lepas, satu lagi kematian berlaku di tempatku. ayah pada seorang murid tahun tiga. allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak yang semuanya masih bersekolah. dan azirah, murid tahun tiga itu adalah anaknya yang bongsu.

kematiaannya bersebab.ya, setiap kematian mempunyai asbab. bila org tanya, kenapa dia meninggal?satu jawapan yang qot'i..sudah sampai ajalnya. dalam Al-Quran pun sendiri ada bagitau yang apabila ajal seseorang itu sampai tidak akan lambat atau dicepatkan.kutipan derma simpati telah dibuat dan telah diserahkan kepada adik azirah yang telah kehilangan ayahnya.

dan selang beberapa hari selepas itu, berlaku lagi satu kematian. walaupun tidak di tempatku, tapi si mati adalah menantu kepada jiranku. malangnya kematian dia agak tragis. dia mati kerana membunuh diri. kenapa? wallahua'lam...aku tak tau..macam-macam spekulasi timbul..Astaghfirullah...semoga akhir hayat kita diakhiri dengan kesudahan yang baik, dan semoga dijauhkan dari su'ulkhatimah..

kematian..pasti akan tiba, bila dan dimana? hanya Dia yang mengetahui...

mengingati mati baik. kerana hati kita seumpama sebuah cermin yang akan berhabuk bila tidak dibersihkan.bersihkanlah hati kita dengan istighfar, zikir dan mengingati mati..

"sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan beramal untuk bekalan ke alam itu"