Sunday, May 9, 2010

selamat hari mak...

alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan alam ini, yang menciptakan aku dan mak, kakak2, abang dan adik2ku...

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan 'mak kami' kepada kami..

sambutan kali ini agak berbeza dari tahun lepas, kebetulan minggu ini, pahang cuti 3 hari sempena hari hol yang jatuh pada hari jumaat. so, pagi tadi aku masak nasi ayam dan sebiji kek yang dibeli semalam di jerantut..

semalam..sewaktu perjalanan pulang dari jerantut, Allah menguji aku dengan 'tangisan luar biasa' Muhammad. kebetulan aku pergi hanya dengan anak2 sedara aku, aqilah dan insyirah serta adikku yang bongsu. adik aku tu tak biasa sangat dengan muhammad, sebab dia dok asrama. selepas selesai shopping barang2 utk buat nasi ayam hari ini..kami pergi cari kek. jam sudah menunjukkan pukul 6.30ptg..aku agak risau sebenarnya, jarang sekali aku bawa muhammad berjalan sehingga lewat petang begini.

ketika dalam perjalanan pulang, muhammad ok je..tapi bila suasana sudah bertukar gelap, muhammad mula menangis..menangis meraung2..dia nak pergi kat aku yg tgh drive ni..adik aku dah tak tau nak pujuk dah..menggelupur muhammad di tempat duduk belakang..hari sudah semakin gelap..aku naik risau, cd dalam keretaku memutarkan surah yasin, agak kuat kupasang..semua anak2 sedaraku aku suruh bertahlil...muhammad masih meraung, rumahku masih jauh, dalam 15 km lagi...sampai di pekan kuala krau, aku cuba memegang muhammad sambil memandu. aku tau itu satu tindakan yang merbahaya.muhammad masih menangis, dia cuba berdiri dan memegang stereng yang menyebabkan keretaku terhuyung hayang..aku berhenti sebentar ditepi jalan, kereta2 di belakangku membunyikan hon mereka...oh...tuhan...tolonglah hambaMu ini...tangisannya masih belum berhenti..kukuatkan semangat, aku memecut laju kereta setelah muhammad kuhantar ke tempat duduk belakang bersama adik..beberapa kali adik membacakan ayat kursi dan akhirnya dia membaca surah yasin, nasib baik dia hafaz surah yasin..aku plak tgh uzur..

akhirnya kami sampai ke rumah..sampai di rumah, muhammad terus diam..suara dia hampir serak kerana menjerit sepanjang jalan tadi..MasyaAllah...muhammad fathi..betul2 merisaukan umi..

kak kata, "awak kuat semangat jugak la...kalau kak, tak tau dah nak buat apa..tak sampai rumah dah kot.."

selalunya muhammad jarang menangis kalau dibawa berjalan..kali ini, aku sendiri tak faham..mungkin dia takut tengok dah gelap kat luar kot..

apapun..kami selamat buat makan simple2 hari ni...walaupun ada beberapa perkara yang agak mencacatkan..(malas nak citer..tak best :()tapi takpelah..yang penting..hepi...

buat mak...terima kasih mak..segala jasa mak tak mampu dibalas..semoga mak sihat sokmo, hepi sokmo,rajin beribadah,dan semoga Allah panjangkan umur mak dalam keberkatan...koi sayang sangat mak..

buat arwah mak (mak mertua)..kakngah akan ingat mak sokmo2 dalam doa kakngah..kakngah sayang mak macam mak kakngah sendiri..

dalam banyak2 mesej hari ibu yang aku terima, aku terkesan dengan satu mesej yang mendoakan aku jauh dari segala fitnah..terima kasih, itu doa yang sangat sesuai denganku kini..nombornya tidak aku kenali, mungkin sahabiah yang menukar no tanpa sempat memberitahu..husnudzon..

pepun, selamat hari ibu buat ibu2 seluruh dunia..dan buat anak2..hargailah pengorbanan ibu..

2 comments: