Monday, May 3, 2010

bunuh diri?...ooh noo!!!.

khamis lepas, satu lagi kematian berlaku di tempatku. ayah pada seorang murid tahun tiga. allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak yang semuanya masih bersekolah. dan azirah, murid tahun tiga itu adalah anaknya yang bongsu.

kematiaannya bersebab.ya, setiap kematian mempunyai asbab. bila org tanya, kenapa dia meninggal?satu jawapan yang qot'i..sudah sampai ajalnya. dalam Al-Quran pun sendiri ada bagitau yang apabila ajal seseorang itu sampai tidak akan lambat atau dicepatkan.kutipan derma simpati telah dibuat dan telah diserahkan kepada adik azirah yang telah kehilangan ayahnya.

dan selang beberapa hari selepas itu, berlaku lagi satu kematian. walaupun tidak di tempatku, tapi si mati adalah menantu kepada jiranku. malangnya kematian dia agak tragis. dia mati kerana membunuh diri. kenapa? wallahua'lam...aku tak tau..macam-macam spekulasi timbul..Astaghfirullah...semoga akhir hayat kita diakhiri dengan kesudahan yang baik, dan semoga dijauhkan dari su'ulkhatimah..

kematian..pasti akan tiba, bila dan dimana? hanya Dia yang mengetahui...

mengingati mati baik. kerana hati kita seumpama sebuah cermin yang akan berhabuk bila tidak dibersihkan.bersihkanlah hati kita dengan istighfar, zikir dan mengingati mati..

"sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan beramal untuk bekalan ke alam itu"

No comments:

Post a Comment