Friday, May 11, 2012

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar 2012

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Alhamdulillah..minggu lalu adalah minggu yang sibuk buat saya. selepas selesai menuai hasil di PBAKL, keesokannya, saya ke Kem Tentera Darat Batu 5, Mentakab Pahang untuk program Kem pemantapan Sahsiah Murid 2012, anjuran sekolah saya. terdapat dua buah sekolah lain yang sama2 join program tersebut disebabkan tiada kekosongan dalam jadual kem yang sentiasa sibuk menerima tetamu program2 seperti itu. saya memang sangat meminati aktiviti lasak seperti itu, bila dioffer jadi guru pengiring, saya sangatlaaahhh sukaaa..hehe..

Day 1 - Rabu 2 Mei 2012

sampai dalam kul 3.30 petang. taklimat dan bina khemah..malas nak cite panjang..layan gambar ye..


petang dan malam tu,murid2 sedikit terkejut dengan disiplin askar2 yang ketat..salah skit kena denda..cam ni..

malam tu, ice breaking..ramai dh yang menangis..kami guru2 kena tengok je..semuanya di handle oleh askar2 tu..

day 2 - khamis 3 Mei 2012

aktiviti2 lasak diteruskan..hari ni ada flying fox,blind trail, petang ada litar tinggi (panjat cam spiderman tu..) berakit dan jalan atas air (guna tali).

pasang alat keselamatan utk flying fox

muka masing2 cuak jee..hehe..

anda kenal siapa spiderwoman ini?

dan malam tu..ada aktiviti solo drop atau night walk..setiap sorang murid dikehendaki berjalan mengikut tali yang disediakan sambil disakat oleh 'hantu' upahan..menangis2..ada yang sampai pengsan..termuntah..memang kedengaran agak tidak sesuai..saya rasa jua begitu, tapi, apa yang dapat diterapkan disini..kebergantungan kita pada Allah taala..time ni la bergunanya ayat kursi yang diajar..mereka beramai2 membaca sekuat2 hati..lagi disakat, lagi kuat zikir, tahlil, takbir dan ayat kursi yang dibaca..ada tu sambil terbaca doa makan...hehehe..lawak sungguh..

day 3 - Jumaat 4 mei 2012

majlis penutup dan pulang..sangat penat, sebab saya tidak tidur malam sebelumnya..saya tinggalkan muhammad selama 3 hari 2 malam..ada kawan2 (baru berkenalan di kem..) menyatakan pada saya, kuat sungguh akak,kalau saya mau nangis dah bila anak tipon...hehe..memang hampir menitis airmata saya bila mak tipon, cakap muhammad nak cakap dengan saya, mak cakap muhammad tunggu saya kat depan rumah petang hari kedua tu..so, bila saya cakap dengan dia tu..dia ok skit..tapi macam2 dia tanya..
"mi kat mane? bila umi nak balik?"
"umi kat hutan la sayang..umi jaga kakak2, abang2.."
"muhammad nak ikut.."
"takleh la sayang, sini banyak nyamuk, ulat, pacat, lintah.."
"ada musang tak umi?"
"umi tak jumpa musang lagi..esok umi balik ye.."

bila sampai rumah je..dia langsung tak berenggang dengan saya..sibuk tanya umi jumpa musang tak?hehe..saya cerita pengalaman kat kem tu kat dia..berkerut2 muka dia dengar..

" baca quran je..semua musang, nyamuk, hantu lari.."

hehe..ayat yang keluar dari mulut muhammad..yess..serius dan sangat spontan keluar dari mulut dia..tak sangka..macam ayat orang tua plak..

satu pengalaman yang menyeronokkan bila join program ni..murid2 pun ramai yang suka walaupun agak penat, lasak dan menakutkan..semoga ada manafaatnya pada murid2 semua..



Tuesday, May 8, 2012

PBAKL 2012

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

salam ukhuwwah semua..lamanya rasa tak mencoret sesuatu disini..banyak sngt menda nak cerita, sampai tak tau nak mula dari mana..okey la kita mulakan dari kisah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang berlangsung baru-baru ini. sebenarnya saya sudah  sangat lama tidak mengambil pusing tentang Pesta Buku, kali terakhir saya pergi pun ketika saya masih belajar barangkali..(lupa..sebab dah lama sangat rasanya..) disusuli dengan perjalanan hidup yang agak tidak stabil menyebabkan pesta buku semakin jauh dar hati saya, tetapi tidak buku..saya jarang melepaskan peluang membeli dan membaca buku, masakan tidak untuk cukai tahun lepas, rebate untuk buku saja lebih RM600..

1 Mei 2012, saya bertolak dari rumah jam 7.30 pagi. sampai di temerloh, kami menaiki bas ke kuala lumpur, lihat..betapa gigihnya kami (saya, inah dan adik) menjejaki PBAKL..pada mulanya saya bercadang untuk membawa muhammad..tetapi setelah berfikir panjang, saya batalkan niat..saya lihat, bas jam 8.30pagi itu sudah penuh dengan penumpang..agak pelik..kemana mereka seawal pagi ini...namun jauh di sudut hati, saya rasa saya tahu destinasi mereka. sampai di stesen bas pekeliling, jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi..

lebih kurang pukul 10.50pagi, saya sampai ke PWTC..seawal ini, manusia telah mula bersesak-sesak..termasuklah mereka yang satu bas dengan saya tadi..mujurlah saya batalkan niat untuk membawa muhammad,kalau tidak mungkin saya dan dia pengsan dihimpit manusia..

sangat sesak..sangat padat..sangat sendat..begitulah situasi yang berlaku di PWTC hari tu..kami hanya mencari booth Galeri Ilmu, dan saya memborong buku2 'panas' yang masih baru di pasaran antaranya,

1. Diari Musafir, Jangan berhenti Berlari - Dr Zaharudin Abd Rahman
2. Cinta High Class - Dr farhan Hadi dan Fatimah Syarha
3. Bukan Sekadar Resepi - Roza Ruslan (isteri Prof Kamil)
4. Bersyukur Saat Diuji - Prof Kamil
5. Di hamparan Shamrock - Hasrizal Abd Jamil
 
dan dua lagi novel pilihan adik2ku..tak ingat dah tajuk,kalau tak silap.."nah untuk awak" dan novel dari ieman..apatah tajuknya..

 ehsan pakcik google

yang paling saya sukeee..buku ni saya dapat autograf dari Dr zaharudin..sangat2 teruja..siap tanya soalan fiqh lagi, sebab waktu saya jumpa dia tu, dia kat tempat makan dengan anak dan isterinya..hehehe..minta izin kat kak ina untuk minta autograf ust dr zaharudin...rasa cam bermimpi dapat jumpa ulama idola saya...

kalau tak silap saya, ini adalah buku terbaru hasrizal..belum sempat khatamkan semua buku2 tu..

saya sangat suka kata2 Dr zaharudin yang dipetik dari bukunya Jangan Berhenti Berlari..

meminati sesuatu yang tiada manafaat akhirat adalah sia-sia..

renungkan2 kanlah..dan selamat beramal..