Saturday, April 24, 2010

oh ibuku..wahai bapaku...

salam..

entri kali ni aku nak sambung pasal ayahku penagih dadah..kisah itu adalah kisah benar. kisah anak-anak muridku..wajahnya yang polos menggambarkan betapa mereka masih mentah dalam sepak terajang dunia hari ini..

niatku untuk memanjang kisah itu terbantut.sebenarnya semalam, aku menaip dalam keadaan yang terketar-ketar..pertama kali aku mengalami kepenatan yang terlampau begitu. aku tidak sakit, tetapi penat dan sangat lemah..namun kugagahi juga untuk sampai ke noktah terakhir. sampai ke rumah, aku terus terbaring...mak yang agak hairan dengan keadaanku terus menghidangkan makanan dan minuman..dan tidak lama kemudian aku beransur normal.

hingga ke hari ini, mak masih risau akan keadaan aku. walaupun berkali-kali aku menegaskan bahawa apa yang terjadi semalam hanyalah kesan daripada jadual makanku yang tidak teratur. sememangnya hari jumaat adalah hari yang paling sibuk setiap minggu kerana jadul kelasku yang padat.

dan itulah kasih ibu..oh mak...betapa aku tidak mampu membalas segala kasih sayang dan pengorbananmu...setiap insan yang lahir di dunia tidak berupaya memilih siapa ibu bapanya..pasti, anak-anak muridku yang berenam itu sebolehnya tidak mahu berayahkan seorang penagih dadah.tapi apakan daya...segalnya ketentuan Dia Yang Maha Berkuasa.

Aku bersyukur dikurniakan mak yang sangat penyayang. hidup mak juga berliku.ketabahan dan kesabarannya menguatkan aku menghadapi hidup ini. dari kecil aku selalu melihat airmata mak.walaupun mak seorang yang mudah mengalirkan airmata, tapi hati mak tabah dan kuat.sekuat pergantungannya pada Allah Yang Maha Esa.

terbayang saat mak mengalirkan airmata apabila mendapat tahu anak yang kukandung sudah kembali ke rahmatullah. mak menangis masa tu.tapi apabila mak bercakap dengan mak kerambit (mak mertuaku) airmatanya kering, dan dikhabarkan berita sedih itu dengan tenang.

tetapi 18 tahun dahulu, ketika mak kehilangan anaknya (khadijah, berusia 2 tahun akibat lemas) mak sungguh kuat. tidak nampak di mataku dia mengalirkan airmata. terutama ketika mak mengangkat jenazah adik dari dasar sungai di belakang rumahku. dan ketika itu mak hamil 8 bulan.betapa hebatnya mak!..

dan aku titipkan semangat buat anak-anak muridku...sesungguhnya anak-anak, kita tidak berhak memilih ibu bapa kita, tetapi kita perlu bersyukur, sekurang-kurang kita masih punya ibu bapa yang melahirkan kita. sekurang-kurangnya kita bukan seperti bayi yang dibuang merata-rata dewasa ini. kita ada ibu bapa yang wajib kita taati walau bagaimana sekalipun keadaan mereka, kecuali dalam hal-hal yang menyalahi syarak.

firman Allah taala:"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

sesungguhnya ya Allah, aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan padaku dengan mengurniakan ibubapaku yang sangat mengasihi kami dan mengajak kami mentaatiMu..ya Rabbi, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa arwah kedua ibu bapa mertuaku..kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil..panjangkan usia kedua ibubapaku dalam ketaatan kepadaMu...hanya kepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami mohon pertolongan...Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment: