Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya aidilfitri 1431H

salam ukhuwwah..

Ramadhan sudah menjejak ke penghujungnya. tahun depan entahkan sempat entahkan tidak. Ramadhan tahun ini, semoga apa yang telah dikerjakan adalah yang terbaik. semoga ketiga-tiga fasa menganugerahkan kita ketiga-tiga anugerah yang tidak ternilai itu.

hambar dan tidak berperisa. tiada manis, tiada pahitnya. namun, perlu ditambah dengan rencah syukur yang tidak terhingga. itulah perasaan aku kala ini. melihat kegembiraan kanak-kanak mengheret kasut raya, melihat keceriaan kanak-kanak mencuba baju baru mengajak aku berfikir, alangkah indahnya menjadi kanak-kanak..:)

 baru menjejak kaki ke rumah semula. dua,tiga hari yang agak sibuk. memenuhi permintaan dan menghadirkan diri pada satu taman ketenangan. sebenarnya, baru kembali dari pusara. mengjenguk mereka-mereka yang tercinta yang mungkin bakal sedih dengan perginya bulan yang barakah ini. tenang! setenang peghuninya, insyaAllah. masih sama, tanah yang masih merah dan bersih.

sejak akhir-akhir, fikiran menerawang tentang perjalanan akhir abang. entahlah, selalu terfikir hikmahnya Allah tidak mengizinkan aku melihat jenazah buat kali terakhir, melihat pembaringan terakhir arwah-arwah tersayang. mungkin aku tidak sekuat mana untuk menatap pengakhiran mereka yang kucinta. tetapi ingatlah,

ALLAH TIDAK AKAN MENJADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA, ALLAH MAHA ADIL

keyword aku kali ini. dulu, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. sebenarnya, apabila menghadami kata-kata itu, aku jadi biasa, tidak akan apa-apa. malah tidak sabar untuk menunggu, semoga apa yang dijadikan olehNya itu, natijahnya syurga. betapa indahnya andai dapat kembali bertemu di sana nanti.

perjalanan yang bakal kulangkahi inipun, tidak tahu dimana penghujungnya. mungkin entah berapa tapak lagi, Izrail pun menyapa, entah ratusan ribu langkah lagi, Allah izinkan..semuanya rahsia. apa yang aku harapkan, setiap detik helaan nafas ini kuhembuskan, aku diredhaiNya. dan aku tidak berada dalam kealpaan.

dan, dua hari yang bakal menjelang, (sempat ke tidak..:)) semua umat Islam akan menyambut hari raya. kemenangan kerana sebulan menahan nafsu. menang atau tidak, mereka tetap sama, bergembira kerana tidak perlu lagi berpuasa..astaghfirullah, semoga kemenangan yang akan dikecapi itu, benar-benar menang hendaknya, kerana berjaya menundukkan nafsu. dan kemenangan hakiki hanya dapat dikecapi disana nanti.

sempat terfikir, betapapun kita diuji, semenangnya benar, dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafirin. lalu, apakah perlu dipelikkan dengan ujian yang bertalu. sedang insan terpilih, Nabi Muhammad SAW pun lebih hebat ujiannya. Isteri tercinta meninggal dunia. bapa saudara yang memelihara juga pergi meninggalkan baginda. dengan hidup yang penuh kesederhanaan, tiada makanan hanya berpuasa. itu kekasih agung, kita bagaimana? hidup mewah dengan pelbagai nikmat, sedikit diuji, terus-terusan menangisi diri. betapa lemahnya manusia ini. tapi, teringat kisah Aisyah RA yang cemburu apabila Rasulullah banyak bercerita tentang kekasih hatinya Khadijah RA. Walaupun telah lama tiada, namun masih terkenang-kenang. fitrah manusia, jadi tidak salah andai aku juga masih terkenang-kenang yang telah tiada.

betapa indahnya andai disyurga kelak, aku dapat mengenali insan-insan agung itu. Saidatina Aisyah Ra yang jelita. Saidatina Khadijah RA yang disayangi baginda. Fatimah RA.... dan isteri-isteri baginda, serta tidak lupa, wanita-wanita agung yang berkorban di jalanNya. pasti mereka mendapat martabat yang tinggi disana. kemenangan hakiki. persoalannya, layakkah aku ke syurgaNya?...

semoga apa yang kita usahakan, bakal menatijahkan satu tingkatan kejayaan yang hakiki, bukan disini, kerana tiada kemanisan kejayaan dalam penjara, jika tidak percaya, tanyalah banduan-banduan berpengalaman. indahnya andai kejayaan itu diraikan disana, bersama yang tercinta. ya Allah ya Tuhanku, redhailah hambaMu yang lemah ini, hisablah kami dengan hisab yang ringan. terimalah segala amal kami, hidup kami, mati kami hanya untukMu. ya Allah ya Tuhanku, berilah kajayaan kami disana nanti, kejayaan yang hakiki, masukkanlah kami kedalam syurgaMu, bersama para syuhada dan solihin. Amin.



kullu am wa antum bikhair..
maassalamah..

ummu fathi,
3.01am @ FJU.

No comments:

Post a Comment