Saturday, May 7, 2011

kasih sayang membuat manusia hidup

Assalamualaikum..

Saya pernah terfikir, kalau saya tidak menjadi guru. saya jadi apa yer..guru. satu perkataan yang amat dekat dengan hatiku dan hidupku. saya juga pernah terfikir untuk bertukar kerja apabila sesak dan serabut melanda. sesak dan serabut akibat lalai. apabila fikir dan ingat kembali padaNya, insyaAllah akan tenang. jadi, bila difikirkan, i born to be a teacher barangkali. tak dapat ku bayangkan andai saya bekerja bukan sebagai seorang guru.

Kali ini, saya nak cerita pasal empat orang anak murid saya. bila sebut anak murid saya, maknanya anda kena faham bahawa saya mengajar kelas pemulihan jawi. faham-fahamlah yer, bak kata upin dan ipin. murid pertama yang saya nak cerita, seorang murid tahun dua yang baru kematian ayahnya minggu lepas. ayahnya meninggal disebabkan penyakit AIDS. bukan niat membuka aib dia, tapi sekadar satu ingatan dan pengajaran. anak ini berusia 8 tahun saat ayahnya meninggal dunia. tinggallah dia bersama datuknya,neneknya, ibunya (menantu kepada pakcik, makcik tu..) kakaknya dan adiknya yang berusia 6 bulan, kalau tak silap. ibunya tidak bekerja a.k.a suri rumah sepenuh masa. beberapa hari anak muridku itu tidak hadir, dan apabila dia hadir, matanya sedikit bengkak. apabila selesai kelas yang berlangsung selama setengah jam itu, murid-murid lain kembali ke kelas, dan aku menahan dia dari balik. "ustazah nak borak dengan kamu dulu.."kata saya. saya pun bertanya kenapa dia tidak hadir. katanya "ayah saya meninggal ustazah.." serentak dengan itu, matanya berkaca. "oh anak.."hatiku berbisik sayu. hatiku juga menangis melihat matamu yang sayu itu. tidak sanggup saya bertanya apa sebab kematiannya, apa yang mampu saya ucapkan. "sekarang ayah awak dah tiada, awak kena belajar sungguh-sungguh tau..mak awak akan bangga kalau awak berjaya, ayah awak kat dalam kubur pun suka.."kataku. dia hanya menangguk kepala. selepas itu, baru ku tahu sebab ayahnya meninggal. sungguh tragis. begitulah anak-anak muda di FELDA ini. berapa ramai anal-anak yatim di sekolahku yang ayahnya meninggal akibat penyakit bahaya itu. akibat dadah semestinya.

kisah kedua mengenai dua orang anak muridku yang sangat nakal. seorang di tahun satu, dan seorang di tahun dua. semua rakannya mengadu kepadaku tentang kenakalannya. bukan saja murid, guru-guru juga tidak tahan dengan sikapnya. barang rakan-rakannya banyak diambilnya. pernah dipanggil bertemu guru disiplin walaupun usianya baru tujuh tahun. baru-baru ini, tahap kesabaran saya sudah sampai ke kemuncaknya apabila seorang rakan perempuannya bengkak tangan dan berbirat akibat dihiris olehnya menggunakan pensel yg tajam.Lalu saya menggugut untuk memotong tangannya andai dia masih degil dan nakal.sekali lagi dia berdegil. lalu saya ambil pisau dan sediakan kain diatas meja. bersedia untuk memotong tangannya. Apalagi, menangis dan meraung dia ketakutan.setelah dia meronta-ronta, saya nasihatkan dia dan menceritakan kepada dia tentang tujuan Allah jadikan tangan. apa akan jadi kalau tangan itu disalahgunakan. lalu saya buat tawaran padanya bahawa, saya akan memberi hadiah padanya andai dia berkelakuan baik dan saya tidak teragak-agak untuk momotong tangannya kalau dia masih tidak gunakan tangan itu mengikut apa yg Allah suruh gunakan. emm..agak ganas saya kan..

Keesokan harinya, dia berubah,tidak begitu nakal dan pandai duduk diam untuk membaca dan menyiapkan kerja sekolahnya. lalu, saya tunaikan janji memberikan hadiah dan memujinya. saya mengusap-usap kepalanya. nampaknya dia sangat gembira. begitu juga yang terjadi pada murid tahun dua yang sangat nakal itu. saya gunakan cara yang sama. apabila dia tidak membalas cubitan kawannya. saya memberinya hadiah. saya usap kepalanya dan memujinya. air muka gembira jelas terpancar di wajahnya. seminggu itu mereka berdua bersemangat belajar bersama saya. malah mereka berdua akan duduk di sebelah saya.dan setiap kali habis kelas, saya akan mngusap kepalanya dan memuji serta menasihatinya supaya tidak kembali menjadi nakal seperti dulu.

Setelah diselidiki, punca mereka berubah menjadi nakal akibat tiada kasih sayang dan perhatian dari keluarganya. ibu bapa yang bercerai dan meninggalkan mereka bersama datuk dan nenek mereka. manakala datuk dan nenek mereka sibuk dan tidak menghiraukan mereka. malah apabila ditanya pada murid tahun satu tu, dia tak tau di mana ayahnya berada. kesian sangat kan..

Kisah yang sama juga berlaku pada seorang lagi murid tahun dua juga. tahun dua ada dua kelas sahaja, bagi kelas yang hujung itu, guru kelasnya sendiri hampir demam setiap kali keluar dari kelas itu. kenapa?sebab ramai di dalam kelas itu yang nakal. Bukan seorang malah dua,tiga orang guru perempuan main kejar-kejar dalam kelas. Murid yang sorang tu dah jadi geng saya. sangat rapat malah pandai pulak dia merajuk bila saya beri perhatian pada kawannya tadi.

Moral of the story, sebagai manusia, kasih sayang itu sangat penting. manusia akan 'hidup'bila berkasih sayang. apatah lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar. mereka sangat memerlukan perhatian. Berdepan dengan pelbagai ragam kehidupan,membuatkan saya insaf.betapa syukurnya saya dengan apa yang Allah kurniakan..

No comments:

Post a Comment