Wednesday, June 1, 2011

jangan menangis sayang..

assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lima hari dia begitu. pantang tersilap sikit, rajuknya lama, sendunya mendayu. permintaannya juga bukan calang-calang. lasaknya juga bukan kepalang. aksinya bagai orang yang sunyi. mungkin juga, yang pasti,semuanya menduga kesabaran saya.

4 hari yang lalu, dahinya bertanda lagi, kini di sebelah kiri dahi. agak besar dan kebiruan. itu peristiwa sebelah pagi, petangnya jatuh sekali lagi akibat terlalu ingin menolong umi membasuh pinggan. esoknya, jari dan kaki sedikit terluka. mujur tidak menitiskan darah. kali ini kerana asyik menyiram pokok bunga di depan rumah. terkena duri barangkali.

Hari ini permintaannya, "mi, nak pempeng kudu.."mulanya tak faham. tapi akhirnya dapat tangkap maksudnya bila diajak pergi ke belakang rumah. emm..lempeng daun mengkudu. makanan kegemarannya yang dibuat khusus oleh wan (mak saya) untuknya. apabila pergi ke belakang rumah. dia agak kecewa kerana daun mengkudu yang biasa diambilnya bersama wannya sudah tiada di situ. sebenarnya daun itu telah diracun (secara tidak sengaja) oleh toknya. kesian dia! takde rezeki. mujur kali ni dia tak menangis.

Biasanya, hanya wan yang pandai buat lempeng daun mengkudu yang sedap.itulah makanan kegemarannya. dia boleh mengulang makan lempeng itu sampai habis.Selain itu. aktiviti-aktiviti dia di luar rumah juga banyak dipengaruhi oleh aktiviti wan dan toknya. biasa menolong wan menyiram pokok bunga, menolong tok memagar kawasan belakang rumah. menolong wan menanam pokok lada. memagar anak-anak pokok lada. itulah aktivitinya. dan apabila saya bersama dengannya di luar, dia kan bercerita yang itu dia buat, dan yang sana juga dia buat..:)

Sebenarnya saya dapat mengesan perubahan sikapnya lima hari ini. dia rindukan wan dan toknya. wan dan tok berada di Balikpapan, Indonesia sekarang. dia yang berada di sini mungkin terasa kehilangan mereka. sebab itu dia agak 'meragam'.

Inilah masa emas saya bersamanya. selalunya dia banyak habiskan masa bersama wan,tok, ciknah dan ciknornya..kini saya bercuti. maka,inilah masanya untuk dia meminta perhatian yang lebih dari saya. tidak dinafikan, dia memang seorang yang manja, agak sensitif, tapi kuat sakit dan agak sabar dalam bergaul, selalu mengalah dan kadangkala selalu 'dilepuk' oleh sepupunya. tapi, dia masih boleh tersenyum dan bermain bersama-sama seolah-olah tiada apa yang berlaku.


jangan menangis sayang..insyaAllah, wan dan tok akan pulang.

No comments:

Post a Comment