Saturday, July 2, 2011

malam ini,semalam dan esok..

Assalamualaikum..

Malam ini kelam, dari jauh suasana riuh bunyi dari rumah Pakcik Man yang akan kenduri esok hari. Kala ini, aku ditemani tv. satu tabiat yang amat jarang aku lakukan. Aku jarang menonton tv, tapi malam ini agak berbeza kerana aku menonton malam kemuncak imam muda dan sekarang aku 'tersangkut' pada sebuah telemovie terbitan Suhan Movie. Agak menarik jalan ceritanya. aku suka dan dapat memberi pengajaran pada aku khasnya dan penonton amnya. Cerita berkisar tentang orang yang memakan harta anak yatim dan mengabaikan anak yatim. takut tau..emm..lupa nak cakap, tajuk cerita ni, HIJAB KEKASIH...dan tak lupa..tahniah buat Imam Muda Hassan yang dinobatkan sebagai imam muda unggul. ingatkan IM Nazrul dapat juara IM, rupanya IM Hasan, by the way..dua-dua hebat. tahniah!...


Semalam saya menyusun hadiah-hadiah dari anak-anak murid saya sejak saya bergelar guru. Hampir satu almari saya penuhkan. Itupun ada lagi yang dah hilang. dalam menyusun tu, saya terpandang dan terpegang satu mug yang cantik. Saya katakan cantik kerana mug itu sangat berharga pada saya. Mug yang menyimpan memori manis antara saya dan arwah. Alkisahnya, ketika dia di maktab, dia kena belajar subjek Pendidikan Seni, dan tugasan dia kena buat sendiri lukisan pada mug tu. malam-malam hari keluar ke kajang mencari mug kosong warna putih untuk dilakarkan di badan mug tu..esoknya dia ke maktab dan petangnya dia pulang membawa mug yang telah dihias cantik. saya sendiri tak tau nak wat camne..dia cerita kat saya camne dia buat..tapi saya dah tak ingat..dia tulis kat mug tu, -bersama selamanya- dan dia hadiahkan mug tu pada saya. Sewaktu saya nak pulang ke Sarawak, saya tertinggal mug tu. kesian sangat kat dia, bersusah payah dia bawa mug tu sampai ke Sarawak sewaktu Cuti Tahun Baru Cina  2009 tu..kali terakhir dia ke Sarawak..bila saya pegang mug tu. terbayang lagi memori indah ketika itu. satu perkataan tergambar -R.I.N.D.U

Esok, saya akan bersekolah. Satu malaysia akan bersekolah untuk menjayakan larian 1 Murid, 1 sukan 1 Malaysia. macam-macam program daaa..dan esok juga akan diadakan sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah. semoga semuanya berjalan lancar..amin..

Dalam hidup ini, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia. di setiap persimpangan kehidupan, Allah temukan kita dengan manusia yang kadangkala kita tidak jangka, bagaimana 'kebetulan' ini menemukan kita.Hanya Dia yang tahu nikmat dan hikmatnya sebuah pertemuan. Pelbagai perkara ingin saya luahan..namun, semuanya seakan terbuku di dada. Sebu di situ. Ingin saya menyandarkan harapan pada sebuah pertemuan. Namun saya sendiri tidak pasti kukuhkah dahan bergantung. Teguhkan akar pegangan. Mampankah menongkah ujian. Imankah panduan atau nafsukah satu tujuan.Ya Allah, hanya padaMu aku berserah..tolonglah hambaMu ini dalam mencari cintaMu dan redhaMu..    


No comments:

Post a Comment