Wednesday, December 28, 2011

di ambang 2012..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah..masih diberi peluang menarik nafas dengan tenang. jasad yang semakin sihat. Allahu rabbi. "maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustai?" Allahu Rabbi..banyaknya nikmat yang Allah beri, selalu kita tak nampak..yang kita nampak apa yang orang lain ada, yang kita tiada..Allahuakbar..semoga kita tidak tergolong dalam golongan org kufur nikmat.

Perjalanan hidup ini diteruskan. walaupun payah, walaupun susah..langkah tetap diteruskan. pahit, manis, masam kelat..semua ada..perencah sebuah kehidupan. semalam, semalam dan semalam terus berlalu meninggalkan kita..yang ada harapan untuk hari esok. semoga ada sinar buat saya dan anda semua di esok hari.

Peristiwa yang diingati di akhir Disember.

Hari selasa, 27hb Disember 2011. saya berasa sangat pelik, dan perasaan itu tidak dapat digambarkan. bercampur baur..kenapa? begini, cuba anda bayangkan, anda berada di sebuah tempat yang asing, bersama orang-orang asing untuk melawat satu jenazah yang baru meninggal dunia di waktu senja. MasyaAllah..camana ye perasaannye..tidak dapat saya gambarkan, mungkin anda susah untuk menyelami perasaan itu, kerana anda tidak berada di tempat saya.

ok, biarlah saya bercerita terus apa yang berlaku. ayah saya mempunyai seorang adik perempuan(sama ibu, lain ayah) yang tidak pernah dikenalinya sejak kecil. padahal adiknya itu tinggal satu daerah dengannya. akhirnya, dengan kecanggihan teknologi masakini ( bukan melalui facebook ye, kerana ayah saya tidak mempunyai akaun facebook) ayah saya berjya menjejaki makcik itu dan bertemu dengan makcik di hospital Temerloh, itupun setelah hampir dua,tiga minggu makcik terlantar disitu. makcik mengidap pelbagai jenis penyakit, jantung, darah tinggi, kencing manis, paru-paru, buah pinggang..masyaAllah..semua ada. jadi kami pun berkenalan dengan adik ayah yang 'baru'. juga mengenali sepupu-sepupu yang 'baru'. minggu lepas, sekali lagi kami melawat makcik yang sudah koma dan dipendekkan cerita, makcik 'baru' kami telah meninggal dunia pada 27/12/2011. semoga Allah mengampuni segala dosa2 allahyarhamah, dan tempatkan dia dikalangan orang yang soleh.

setelah mendapat berita pemergiannya, kami bergegas ke hospital Temerloh. untuk pertama kali, saya mencari unit forensik hospital temerloh, tempat orang memandikan jenzah. sesampai disana, jenazah telah siap dikafankan, dan kami mengikut van jenazah untuk dikebumikan di Felda Bukit Damar.

sampai di Bukit Damar, azan maghrib sudah berkumandang, saya melihat jenzah sebentar, sebelum ke masjid untuk berjemaah maghrib. saya berasa terkilan dengan suasana yang tidak mementingkan solat. disebabkan jenazah yang sampai agak lewat, dan ingin dikebumikan malam itu juga, segala-galanya agak tergesa2. saya berharap agar tiada yang sanggup meninggalkan solat semata-mata untuk menyempurnakan jenazah. mudah-mudahan begitu.Tetapi harapan saya rasanya hanya tinggal harapan, membuatkan perasaan saya amat terkilan dan sedih. perasaan saya terasa begitu bercampur baur. perasaan yang tidak menentu di senja hari. jenazah, apabila kita lawati, sepatutnya kita mengambil iktibar bahawa andai tiba saat itu, tiada lagi amal yang boleh kita lakukan, hanya perhitungan yang bakal berlaku. mengharapkan doa anak yang soleh,sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat yang boleh membantu. itupun kalau ada..malangnya, tiada yang berfikir begitu. sewenang-wenangnya, meruntuhkan tiang agama yang satu. Allahu Akbar..ampuni mereka ya Allah..berilah hidayah pada mereka. semoga mereka kembali padaMu.menuruti segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU. 

2011 yang bakal berlalu..

sepanjang tahun ini, pelbagai peristiwa yang berlalu. peristiwa yang paling diingati ialah pemergian insan2 yang saya kenali, malah ada juga yang tidak saya kenali, namun  terkesan di hati. 25hb Disember yang lalu, pemergian seorang adik kepada rakan se'batch' di UIA. pemergiannya yang pada saya amat mengesankan hati saya. dia meninggal ketika bersalin akibat bleeding yang teruk dan akhirnya terpaksa ditukarkan ke hospital kerajaan, (dia pada mulanya bersalin di hospital swasta) pendarahan yang teruk membawa kepada kegagalan organ dalaman dan seterusnya membawa kepada mati otak dan akhirnya dia pergi meninggalkan puteranya yang comel. Allahu Rabbi..apabila tiba saatnya, tidak dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat. banyak peristiwa kematian yang memberi kesan kepada hati saya. semoga tidak sekadar mendengar, yang penting berusahalah membuat bekal kerana kita juga pasti akan menyusul mereka yang mendahului kita.

Azam yang lalu.

hakikat yang terpaksa ditelan, azam yang lalu masih tidak tercapai. Allahu Rabbi..lemahnya hambaMu ini..cuma ada beberapa perkara yang telah dimulakan pada tahun 2011. semoga terus istiqomah dan semoga Allah berkati usaha itu.amin..

Harapan pada 2012.

saya menaruh harapan yang agak tinggi pada tahun 2012 atau 1433H ini. saya sangat2 berharap semoga airmata yang gugur pada tahun yang bakal menjengah 45minit (sewaktu tulisan ini ditulis) lagi ini tidak selebat yang telah gugur pada tahun yang bakal ditinggalkan. semoga keimanan bertambah, seiring tambahnya usia, semoga amal dan takwa bertambah seiring tambahnya masa. dan perlu diingat, pertambahan masa bermakna pertemuan denganNYA semakin hampir.

kerjaya, ya..gaji sudah bertambah. maka, prestasi perlu ditingkatkan. jaga masa, jaga diri, jaga prestasi. semoga segala usaha mendidik anak bangsa, mendapat ganjaran yang lebih hebat di'sana'. semoga segalanya kerana Allah.

pendidikan anak, insyaAllah akan diteruskan lagi apa yang telah dimulai. pelbagaikan teknik, kerana muhammad sekarang semakin bijak,tahu menilai apa yang menyukakan hatinya dan apa yang membosankan pasti akan dijauhinya. semoga Muhammad dapat menghafaz sekurang-kurangnya Al-Fatihah dan tiga qul untuk tahun 2012 ini.

apa yang menjadi agenda baru pada tahun depan ialah, menguruskan badan..hehehe..bertambah usia, bertambah berat badan. tapi alangkah bestnya kalau 2012 ini, azam untuk menjalani kehidupan yang sihat terlaksana. berat badan ideal, kesihatan terjaga, iman dan amal bertambah, hati semakin tenang, semakin bersemangat utk bekerja dan mengharapkan supaya 'impian' muhammad terlaksana. apa impian muhammad?syhhhh..itu rahsia kami berdua...:)
 



No comments:

Post a Comment