Saturday, June 5, 2010

aduan umat

segala puji buatMu Ya Allah, tuhan sekelian alam. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri2 tercinta, khulafa' ar-rasyidin,sahabat2 radhiallahu anhum, tabiin dan tabi' tabiin..

saya Ummu Muhammad, umatmu Ya Rasulullah, yang lahir 1431 tahun selepas kebangkitanmu ya Rasulullah.

Rasulullah,
zaman kami sekarang adalah zaman fahsya' dan mungkar.
zaman kami sekarang adalah zaman yang telah engkau nyatakan dahulu, zaman berleluasanya zina, rasuah, arak dan segala macam kemungkaran.zaman kami sekarang adalah zaman perempaun berpakaian tetapi telanjang, zaman kami sekarang adalah zaman umat Islam yang ramai tetapi umpama buih di lautan. zaman inilah ya Rasulullah SAW, kami telah sampai ke akhir zaman.

ya Rasulullah..kami kata kami menyintaimu, tetapi kami jauh dengan sunnahmu, kami membaca sirahmu, tetapi jauh sekali mengambil ibrahnya. kami mengasihimu, tetapi kami tahu engkau lagi2 mengasihi kami, engkau menyebut2 kami sedang kami belum ada lagi..

ummatmu kini ramai ya Rasulullah, tapi amat sedikit yang betul2 mengingati pesanmu di akhir khutbahmu. kami ramai ya Rasulullah tapi kami tidak bersatu. kami hanya mampu memandang dan berdoa pada saudara kami di Palestin Ya Rasulullah..kami marah, kami benci, tapi kami tak mampu nak buat apa2 ya Rasulullah..KAMI TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN MASJIDIL AQSA..kami lemah ya Rasulullah..kami sedih..sedih.

Ampuni kami Ya Allah, maafkan kami ya Rasulullah, manusia2 durjana itu memperlekeh2mu ya Rasulullah, sedang kami amat menyanjungimu, mereka mempermain2kanmu, sedang kami tak mampu berbuat apa2. Ya Rasulullah, maafkan kami ya Rasulullah..kami sedih..

kami yakin, mereka2 yang durjana itu boleh berbuat apa2 saja di dunia ini, tapi tunggulah di hari pembalasan kelak. ya Allah, laknatilah mereka ya Allah..laknatilah mereka.

Ya Rasulullah, umatmu yang hina dan lemah ini memohon agar kau kurniakanlah kami syafaatmu di hari yang penuh dengan huru-hara itu. tolonglah kami ya Rasulullah..

ya Allah, ampuni kami Ya Allah..ya Rasulullah SAW syafaatilah kami kelak ya Rasulullah..

umatmu yang lemah,
ummu muhammad.
4.24ptg
FJU.

No comments:

Post a Comment