Saturday, June 5, 2010

Ya Allah, beratnya amanah ini!

saat aku menatap wajah si kecil di dalam buaian, aku berasa sayu dan takut. sayu kerana dia anak yatim yang suci, putih bersih dari noda dan dosa. takut, bila memikirkan amanah yang aku pikul keseorangan ini amat berat.amanah mendidik dan membesarkannya dan menjadikan dia seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini.

andainya membesarkannya cukup dengan makan dan pakai, aku tidak gusar. dengan izinNya aku boleh menyediakan makan pakainya sekadar termampu. tapi amanah itu lebih lagi. bagaimana harus aku tanam konsep kalimah LAILAHAILLAH, MUHAMMADURRASULULLAH dengan semantap-mantapnya.

aku tidak mahu anak yatim ini seperti kebanyakan kanak-kanak yang menganggap Ultraman yang berkuasa, superman idola mereka. ataupun mereka2 yang bertuhankan hantu, lebih takutkan hantu dari Pencipta Sekelian Alam ini.atau lebih takut binatang, polis atau apa2 lagi yang sering disogokkan oleh ibubapa mereka yang itu semua berkuasa. sesungguhnya, aku mahu tanamkan bahawa semua makhluk ini tiada kuasa, hanya al-Khaliq sahaja yang berkuasa.

dunia hari ini dunia mencabar. Ancaman dan pengaruh negatif berada disekeliling kita. buka mata sahaja, pelbagai hiburan dihidangkan,sekali jari menekan, seribu maklumat terhidang di depan mata. bagaimana harus aku menapis dan mengasingkan yang positif supaya anakku ini tidak mengambil yang negatif. ilmu kebal apakah yang perlu aku gunakan supaya anakku ini tidak terkena sebarang virus negatif. jawapannya hanya aqidah yang mantap.

tarbiyah ini tidak mudah.sungguh!

setakat ini, anakku sudah mampu memahami arahan-arahan ringkas, maka aku sudah memperkenalkan dia dengan alam ini dan semestinya penekanan kepada pencipta Alam ini. biarlah seandainya dia tidak memahaminya lagi.tapi, aku tetap harus tanam dan sirami ia lagi dan lagi.

aspek aktiviti seharian juga perlu kutekankan..adab2 perlu dijaga, doa2 perlu dibaca.pemakaian perlu menutup aurat dan mengikut sunnah. pemakanannya juga..masyaAllah..

minatnya setakat ini masih kabur, tapi alhamdulillah, dari pemerhatian aku, dia meminati buku. andai diberi pilihan buku dan mainannya, kurasakan dia lebih kerap mencapai buku kertas tebalnya. biarlah, aku lebih suka andainya dia meminati buku. tapi aktiviti lasaknya waktu petang tidak pernah dilupakannya. selalunya apa yang dibuat oleh mak kat luar, menyiram pokok2 bunga dan syur-sayurannya, menggemburkan tanah, menanam ranting supaya timunmya memanjat, itulah aktiviti2 yang juga sangat disukai oleh muhammad fathi.

bukan sekadar itu sahaja, amanah terhadap peninggalan arwah abahnya juga perlu kujaga. seelok-eloknya kukembangkan agar kebajikannya di masa depan terjaga. ya betul, rezeki itu dari Allah, dan dengan izinNya rezeki anak yatim ini amat murah. syukur padaMu Ya Allah..

berat. sungguh berat, apatah lagi andai kufikirkan semuanya bakal disoal di hari akhirat kelak..mampukah aku melaksanakan sebaik mungkin?..hanya padaMu ya Allah aku berserah..

ummu fathi,
5.55pm
FJU.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    moga Allah permudahkan dirimu ukhtie... insyaAllah niat ikhlasmu Allah akan permudahkan..

    Alangkah bahagianya sekiranya anak itu mengetahui harapan yg x mampu diungkap oleh ibunya... moga dirimu sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah....

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam,
    syukran ya ukhtie, jazakillah..semoga Allah merahmati kita dan mempermudahkan jalan hidup kita di dunia ini dan lebih2 lagi di akhirat kelak..doakan saya yer..

    ReplyDelete