Friday, June 4, 2010

al-fatihah buat arwah abang..

Cinta bukan paksaan, ia lahir dari dua perasaan. Kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan

Berbicara soal cinta, tiada siapa yang teruja. Cinta adalah anugerah Ilahi. Perasaan yang indah. Nikmat yang tidak ternilai harganya.

cinta abadi ialah cinta dan rindu yang dibawa hingga ke syurga

Tapi aku lebih suka menggunakan perkataan kasih dan sayang. Lebih tulus dari cinta. Lebih lestari dan abadi. Apa bezanya? Entahlah..aku pun bukannya pakar bahasa untuk menginterpretasikannya.

2 tahun lalu, mei 2008

“ abang, kalau sayang pergi dulu macamana?”tiba-tiba soalan itu terkeluar dari bibirku.
Abang yang sedang menolong aku memakai barut (dalam pantang kelahiran pertama)
->emosi masih belum stabil setelah pemergian puteri sulungku, zulfa.

Abang segera memelukku erat.

“sayang, tolong jangan cakap macam tu, abang tak tau. Abang tak sanggup kehilangan sayang.tolong! tolong ! jangan cakap macam tu lagi..” airmatanya menitis di bahuku.sungguh2 dia menangis.

Aku terharu. Satu soalan yang datang entah dari planet mana telah menghiris hatinya. Menumpahkan airmatanya.

“Maaf bang, maaf sangat2..sayang tanya je..sayang main2 je..jangan la macam ni..aku kalut! Tidak kusangka, reaksinya benar2 mengejutkan aku. Aku sekadar menguji dan main2 sahaja.

Setahun yang lalu..mac 2009.

“sayang, kalau abang mati macamana?” aku merenungnya pelik. Tiada petir, tiada ribut, tiba2 soalan pelik itu yang muncul dibibirnya ketika dia sedang asyik menulis rph.

“abang ni..janganla mengarut,takkanlah…”balasku tanpa sebarang prasangka.

Rupa-rupanya, benar bagai dikata..dia pergi selepas dua minggu kata-kata itu dituturnya.

Astaghfirullah…ketika itu aku seolah-olah melupakan bahawa ketetapan itu ditangan Allah. Dia yang Maha Kuasa. Dia yang memiliki segala-galanya. Abang juga milik Dia. Dipinjamkan buat hambaNya ini hanya sementara sahaja.

Aku bersyukur padaMu Ya Allah..kerana Engkau telah memanggil dia pergi terlebih dahulu. Biarlah, biar aku yang menangis buat sementara. Aku tak sanggup membiarkan dia menangis dan bersedih seandainya aku yang pergi dulu. Biarlah dia berehat dan berbahagia di alam sana. Dia orang yang sabar. Terlalu sabar dengan ujian hidupnya dan hidup kami. Bukankah Allah menyayangi orang2 yang sabar?


Al-Fatihah untuk arwah abang..

Ummu Muhammad @ Ummu Fathi
FJU Pahang
040610@11.25pm

No comments:

Post a Comment