Thursday, March 3, 2011

1 thn 11 bln-umi dan muhammad fathi..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Pejam celik, pejam celik, anak yang dulunya lahir, boleh dipegang dengan sebelah tangan, kini berusia 1 thn 11 bulan pada 3/3/2011. petang tadi, seperti biasa rutin pemeriksaan  di klinik, muhammad fathi ditimbang. masih menangis takutkan alat penimbang tu. beratnya mencecah 10.4kg.alhamdulillah, anak umi sihat walafiat.

Muhammad fathi adalah anak yang ditarbiah oleh Allah sejak dalam kandungan lagi. Pelbagai ujian demi ujian menimpa kami. tanda kasih sayang dan perhatian Pencipta kepada makhluk ciptaanNya. sedari nutfah menjadi 'alaqah kemudian mudghah, muhammad fathi hanya bersama uminya, sesekali barulah Allah memberi peluang dia mendengar suara abahnya. apabila balik bercuti, abahnya tidak melepaskan peluang membacakan ayat2 suci Al-Quran pada muhammad fathi terutama surah yusuf, sebab surah-surah lain umi yang bacakan, surah yusuf je umi bagi kat abah dia baca. tapi kalau time abah dia i'adah Al-Quran,umi tukang semak. muhammad fathi di dalam kandungan umi tukang dengar kan..selalu abahnya berbual-bual dengan muhammad fathi terutama selepas solat, berpesan supaya muhammad fathi menjadi anak yang soleh.

Lahir muhammad fathi di pagi jumaat, saat paling indah untuk qiyamullail. keluar ikut tingkap. sebab telah ditakdirkan muhammad fathi nak keluar ikut tingkap,puas doktor bagi umi ubat cetusan (induce) untuk bersalin, muhammad fathi tetap tidak mahu keluar lagi. selepas mendengar suara tangisan muhammad, umi rasa sangat2 bersyukur dan lega. terasa hilang segala kesakitan, kepenatan, debaran, ketakutan sebelum itu. Allahu rabbi..telah lahir seorang lagi little caliph di bumi Allah ini.


Umi menyusukan muhammad, walaupun susu umi masih belum ada. saat pertama kali memegang anak comel itu, terasa..Allahu akbar, Allah telah memakbulkan doa saya. saya telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel. kelopak mata yang agak sepet, (ikut abah) tapi matanya yang bulat macam umi. umi belek seluruh tubuh badan muhammad. tiada cacat cela..alhamdulillah..


Setelah keluar dari labour room, abah muhammad azankan muhammad. sebenarnya permintaan awal umi, mahu abah masuk bersama ke dalam labour room, tetapi ditolak secara lembut oleh doktor kerana ketika itu, keadaan umi dan muhammad yang agak mencemaskan. setelah keluar, barulah muhammad fathi diazankan. selepas abah, nenek aki, pekteh, maknjang, moksu muhammad balik, barulah umi melelapkan mata yang sangat berat, akibat keletihan dan kesan ubat bius sewaktu pembedahan itu. umi tidak sedar langsung, ketika muhammad fathi menangis meraung jam 5 pagi itu. hanya jururawat saja yang mengangkat dan memujuk muhammad. Rupa-rupanya, muhammad fathi telah merasai sesuatu telah berlaku pada abah. Mungkin Allah izinkan 'rasa' pada makhluk fitrah ini, lewat pemergian ayahanda tercinta.

muhammad fathi membesar dengan penuh kasih sayang. walau dia kehilangan seorang ayah. dia tidak mengenali ayahnya, tetapi dia tahu ayahnya ada melalui gambar-gambar yang umi tunjukkan. muhammad fathi sudah pandai menyebut abah.  sejak dia pandai bercakap, (walaupun pelat) umi, wan, tok, dan semua dalam rumah ni melatih muhammad menyebut nama Allah. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan dilatih, muhammad telah pandai menyebut nama Allah.

"Allah, atuh lak.."sambil tangan kecilnya mengambil semula botol susunya yang terlepas dari tangannya.

peristiwa petang tadi betul-betul buat umi tergelak, terfikir dan terharu..

panggg!!!, mangkuk yang dipegangnya terburai. "muhammad!!! kan umi dah cakap!!!" suara saya mula meninggi dari biasa. keluar dari dapur, saya lihat dia sedang terkebil-kebil memandang serpihan kaca yang bertaburan. "umi cakap apa tadi, jangan bawa mangkuk tu kan, takut jatuh..kan dah jatuh!!" dia mengangguk kepala. "sape buat ni?" "emmad...eccahh..katanya lagi. "sape punya mangkuk tu?" "Allah.."jawabnya tulus. umi terdiam, dan tergelak..hilang segala amarah. "emm..betul muhammad, pandai anak umi ni.."kata saya. mangkuk ni Allah bagi pinjam kat umi, kat wan kan..bukan milik mutlak umi..buat apa umi nak marah2.. satu pengajaran dari si kecil muhammad fathi yang berusia 1 thn 11 bln ini. umi lupa sayang..umi hak Allah, muhammad pun milik Allah..semua di dunia ini milik Allah.hanya diberi pinjam kepada kita..

muhammad telah diajar, apabila melalui ladang kelapa sawit yang terbentang, "ni pokok apa?"soal umi. "kokok awit.." ni? "kokok etah..(getah). sape yang jadikan pokok getah? "Allah".."sape yang jadikan lembu?." "Allah"..sedari kecil, perlu diterapkan aqidah yang kukuh, kerana cabaran yang mendatang sangatlah hebat. semoga Allah melindungi anak kecil ini.



baru-baru ini, mak cerita kat saya. muhammad berdakwah kat pakcik2. rumah tempat kami semua berlindung sedang dibina semula. pakcik2 yang bekerja membina rumah ini kini menjadi sahabat karib muhammad. selalu berbual2 dengan muhammad, tak tau la pakcik2 tu faham tak bahasa muhammad. sekali suatu petang, muhammad fathi menjerit dari dalam rumah di bahagian dapur, "acik..ayang.." haish..pandai pulak budak kecil ni suruh pakcik2 tu sembahyang. mungkin sebab dia tengok orang dalam rumah tengah sembahyang, boleh plak dia menjerit kat pakcik kat luar tu suruh sembahyang.


tengah solat mana boleh pandang orang.

Muhammad Fathi seorang yang periang, peramah, tapi kadangkala agak cengeng..dan manja..semoga Muhammad Fathi menjadi anak yang soleh, berilmu, dan beramal dengan ilmunya, menjadi ulama yang berpegang teguh pada aqidah, sunnah dan semoga dapat membentuk daulah islamiyah. ulama yang berani menyatakan kebenaran walau dipenjara,disiksa, atau syahid. umi redha sayang... 


ummufathi @ FJU,
3/3/2011

1 comment:

  1. Allahurabbi.. tersentuh dengan kisah akak n anak akak ni. semoga Allah rahmati & lindungi akak sekeluarga, lindungi fathi dari bisikan syaitan sampai akhir hayatnya. :')

    ReplyDelete