Thursday, October 7, 2010

cuti..

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..segala puji hanya layak buatMu Ilahi..

Tanpa dirancang, aku tidak ke sekolah hari ini. inilah ketentuanNya. semalam, aku keluar ke bandar membeli barang2 untuk jamuan pada hari sabtu ini, dan Muhammad Fathi pun kubawa bersama. Mungkin kerana cuaca yang terlalu panas, dalam perjalanan pulang, suhu badannya mula meningkat. sehingga ke malam, suhu masihnya tetap sama. panas!

hari ini, ku berdoa agar suhunya badannya turun. namun, masih tetap sama. khuatir dengan keadaannya,aku tidak berkompromi dengan tugasku di sekolah. sms kulayangkan kepada GPK HEM menyatakan ketidakhadiran aku untuk bertugas pada hari ini. mujurlah budaya sekolah aku yang tidak begitu ketat, dengan satu sms saja, aku sudah layak untuk mengambil cuti rehat khas.

bangun pagi, mukanya serius. selalunya ceria je..alahai..susah hati umi macam ni muhammad... tambah pula, terpaksa berkejar nak menghantar cik nor yang menjalani ujian komputer untuk mengambil lesen memandu. memandangkan kesukaran mendapatkan kenderaan awam di hari2 persekolahan seperti hari ini, terpaksalah umi menjadi driver teksi free. muhammad yang masih belum kebah pula merengek2 tidak membenarkan umi menghantar cik nor.

maka, terpaksalah sekali lagi mengangkut muhammad fathi sekali untuk ke temerloh. mula2 cuak jugak nak bawak muhammad, takut demamnya makin teruk, takut dia muntah dalam kereta pulak..macam2 aku fikir, tapi kerana kesian melihatnya menangis ingin mengikut, kugagahi jua..cik inah pun terpaksalah pergi juga..

dalam kereta, mukanya ceria..aikk..dapat berjalan, ceria terus muka..tak macam org demam pun dik..alhamdulillah, sepanjang perjalanan dia tidak meragam, sempat singgah di klinik homephathy ikhwan mengambil ubat.

setelah diamati, ada satu persamaan demam muhammad kali ini dengan sebelum ini. sebelum ini muhammad demam selepas mengambil sesudu scot emulsion. dan semalam juga begitu, tengahari tu, muhammad merengek2 menunjukkan jarinya ke botol scot emulsion tu, so, aku berilah sesudu..dengan izin Allah, petang tu suhu badannya naik..dulu pun sama gak..ke dia ni alah dengan scot emulsion tu???...wallahua'lam..moralnya, lepas ni aku tak beri dah kat muhammad benda alah tu..

petang tadi dah beransur sihat, walaupun masih terasa suam2 kuku badannya..sudah mampu berlari2 dan memanjat kerusi meja makan..maknanya dah sihat la tu..tapi, malam tadi, muammad muntah sampai habis basah bajunya, buaiannya dan beberapa helai kain..ok gak la dia muntah tu, sekurang2nya keluar gak kahak dia..

sekarang muhammad fathi sudah tidur dengan amannya..semoga pagi besok, muhammad fathi bangun dengan ceria dan sihat..insyaAllah..


ummu fathi,
196 @ fju.

No comments:

Post a Comment