Friday, October 1, 2010

mode rajin..

Bismillahirrahmanirrahim..

aii..lama dh tak update blog rasenye...nak update, tp takdak idea..so, biarlah dulu..ada sawang tak agak2nye..tambah plak aku kan bizi...bizilah sangatnya..banyaknya membizikan diri sendiri.. :p

alhamdulillah...minggu ni, semangat kerja aku rasa berada di tahap memberansangkan..sebenarnya, sekarang ni sekolah aku dapat guru besar baru..sbb tu semangat kerja aku berubah..hehe..ade ke macam tu? kerja kerana Allah..bukan kerana guru besar, bukan kerana APC...

nak cite la skit pasai guru besar ni..bukan nak menyumpat tau...dosa besar menyumpat org..ingat tuu..seorang wanita yang berasal dari daerah temerloh ni la jugak..sebelum ni berkhidmat di sk kg raja, cameroon highland..tinggal di taman sri semantan. jauh gak dia berulang nak pi sekolah ni..

seorang yang agak tegas dan konsisten dalam arahannya..sebenarnya masih baru untuk aku menjustifikasikan karekternya..tapi yang aku suka perubahan yang dibawanya..

apabila aku menjejak kaki ke sekolah ni, (sekolah ini tempat aku belajar kecik2 dulu..) aku terkejut dengan budaya sekolah ini..budaya yang relax..sangat2 relax..berbeza dgn 3 buah sekolah yang aku berkhidmat sebelum ni..selama 9 bulan bersama guru besar lama, hanya sekali je kami meeting..best kan..:) sepatutnya meeting KMK kena wat tiap2 minggu..meeting panitia takde, minggu panitia takde, aktiviti panitia agama islam je yang aktif, panitia lain diam membisu, bukan tahap membisu, malah membeku..bukan nak kutuk..tapi, aku rasa kesian kat murid SKJU sebab aktiviti panitia banyak membantu murid2 sebenarnya..try tanya sifir, memang kantoi..thn 4 sifir 6,7 tu tak dapat lagi..aku dulu time belajar kat sini, siap la kena rotan kalau tak hafal sifir..

guru2 disini sebenarnya berada di dalam zon selesa..hingga terlena..kebanyakannya adalah guru2 lama yang telah berkhidmat di sekolah ini berbelas-belas tahun..dan bila aku perhatikan mereka mempunyai karekter masing2..macam2 perangai ada..wallahua'lam..

apabila guru besar baru datang, perubahan berlaku..maklumlah guru besar perempuan..kata org..pada aku biasa je laki ke perempuan..yang penting kita tetap buat kerja kita..takde perubahan sangat yang berlaku..kecuali bagi mereka yang rajin tak masuk kelas..atau..dah terbiasa dgn tak bermeeting hingga boleh dikatakan tiap2 tahun ada sampai surat layang dari sini ke ppd untuk menyuarakan rasa tidakpuas hati..yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui mesyuarat..

entah ler..aku nak bersuara, aku masih baru..cuma mendengar rungutan demi rungutan..apalah sangat semua yang perlu kita lakukan itu..sememang itu kerja kita..tak perlu merungut sahabat2ku.lipatgandakan usaha kita..fikirkan segala2nya demi murid2 tersayang..be positif..andai kita merungut..apa yang nampak hanya kelemahan kita sahaja..

apapun, semoga perubahan yang berlaku memberi impak kepada perubahan sahsiah dan akademik murid2 skju..semoga skju terus maju dan mantap..


saya seorang guru,
fju @ 0224am..

No comments:

Post a Comment