Wednesday, December 8, 2010

KEM ANAK SOLEH 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena cuti sekolah ini, seperti biasa NISA menganjurkan Kem Anak Soleh (KEMAS). kali ini diadakan di masjid felda Jengka 22. sambutan yang menggalakkan dari para ibu bapa menyebabkan pihak penganjur menganjurkan kem ini secara rali dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat..

wahh..kenapa ayat aku ni nampak cam pelik jee..memang fail la nak wat laporan..ngeeee..jgn marah cikgu BM..bukan salah cikgu tak pandai ajar saya, saya memang fail skit bila nak wat karangan serius..:(

oklah..tukar mood santai..maka, hendak dijadikan cerita..aku pun dijemput untuk menjayakan satu slot..Alhamdulillah..niat untuk menyahut seruan Rasulullah S.A.W....dan masih dalam mood maalhijrah...

sampaikan dariku walau satu ayat...

tajuk :cinta rasul

siapakah Rasulullah S.A.W..


cukup kenalkah kita dengan Nabi Muhammad SAW ini? kenalkah kita sebagaimana kaum Yahudi mengenali Rasulullah lebih dari anak-anak mereka sendiri?

Nama baginda yang biasa kita tahu,

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABD. MUTALIB B......

YA...

biasanya murid2 sekolah pun hanya akan tahu setakat itu sahaja, mungkin disebabkan budaya masyarakat kita yang hanya mengetahui keturunan terhenti setakat datuk, nenek dan moyang saja..dan selebih yang diatasnya, tidak diketahui..

bagaimana dengan ciri fizikal Rasulullah SAW?

Baginda mempunyai tubuh badan yang tegap, tulang yang kuat, kaki yang lebar, jari jemari yang panjang, muka yang bulat, kening yang lebat, alis mata yang halus dan memanjang, wajah yang putih berseri, hidung yang mancung, di antara dua tulang belikatnya terdapat cop kenabian, apabila Nabi berpaling, seolah-olah seluruh badannya berpaling..ketawanya adalah senyuman..tutur katanya indah, ringkas dan jelas..apabila baginda berkata-kata, seolah-olah keluar cahaya dari celah-celah giginya..

MasyaAllah!!! Subhanallah!!!tak dapat kubayangkan indahnya ciptaan Allah pada seorang Nabi Akhir zaman ini..

sifat peribadinya merangkumi semua sifat mahmudah..kerana sabdaan baginda sendiri..

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq.. 

al-Amin gelaran diberi,
sedari kecil akhlaqnya terpuji,
pemaaf, lemah lembut tetapi berani, 
siapa melihat pasti tertarik hati..

KENAPA PERLU KITA CINTA RASULULLAH SAW??

1. tanda kita beriman pada Allah
hadis Rasulullah SAW,

Barangsiapa yang mentaatiku, dia mentaati Allah, barangsiapa menderhakaiku, dia menderhakai Allah..(Bukhari)

2. Rasulullah bayak berkorban untuk menyebarkan Agama Islam.
supaya aqidah yang suci ini sampai ke tangan kita, pelbagai ujian diharungi oleh Rasulullah, bermula dengan pemulauan kaum Musyrikin Mekah yang menyebabkan Rasulullah serta sahabat2 baginda hampir kebuluran. sehinggalah digelar orang gila, dibaling batu oleh Penduduk Thaif dan keadaan zuhudnya baginda ketika berada dalam usaha dakwahnya..
pernah diceritakan oleh seorang sahabat Rasulullah, bahawa pernah sekali beliau bersembahyang di belakang Rasulullah SAW dan ketika dalam sembahyang beliau mendengar perut baginda berbunyi seperti air yang mendidih akibat lapar..

MasyaAllah..Subhanallah..

itu kekasih Allah!! kekasih Allah yang setiap permintaan dan doanya akan dikabulkan..tetapi menderita kelaparan..

Aisyah r.Anha juga pernah menceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah kenyang selama tiga hari..

maknanya, Rasulullah lebih suka hari ini kenyang, esok berlapar...
cuba bandingkan diri kita yang tak habis2 makan ini dengan keadaan Nabi kita..

alaaa..takpelah dia Nabi??..

tapi....Baginda Nabi yang maksum..yang kompom2 masuk syurga, yang Allah pilih untuk menyebarkan dakwah..kita?? kompomkah kita masuk syurga???ada jaminankah kita ni??

astghfirullahalazdim...

3. rasulullah amat sayangkan umat Baginda..

dah tengok..baginda sendiri sangat sayangkan kita..kita suka suki je tak nak sambut huluran kasih sayang Baginda..sampaikan ada yang sanggup menghina isteri baginda..(Nauzubillah..)
 sehingga ke akhir hayat baginda, dalam keadaan baginda nazak, apa yang keluar dr mulut baginda ialah ummati..ummati..

kalau boleh. baginda nak semua umat akhir zaman ini, hinggalah yang terakhir lahir sebelum kiamat akan selamat dari azab api neraka..kenapa? sebab Baginda dah tengok betapa siksanya azab api neraka dan betapa indahnya nikmat syurga yang tidak dapat dibayangkan oleh mata dan akal fikiran manusia.. dan ingatan buat para wanita..penghuni neraka paling ramai terdiri daripada wanita..

sabda rasulullah..seandai manusia mengetahui apa yang kau ketahui..nescaya mereka lebih banyak menangis dari ketawa..

see!!!..


so, macaman cara kita nak sayang dan cinta pada Rasulullah..

1. taat perintah Allah, jgn buat apa yang Allah larang..
2. jadikan Rasulullah ikutan kita..bukan AF atau Donald Trumph (betul ke aku eja ni??) idola kita..
3. ikuti sunnah Rasulullah. dari mula kita bangun tido sampai kita tido balik..
4. selalu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..

semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita dah tau..

p/s : nota diatas untuk ingatan aku yang menyampaikan..dan juga pada para pembaca yang sudi baca..amalkan tau..


ummufathi @ FJU
11.01pm




No comments:

Post a Comment