Wednesday, November 4, 2009

tragedi 030409 siri 3

Alhamdulillah…segala puji dan syukur kutujukan khas buatMu Ilahi, Tuhanku Yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui..selawat dan salam buat junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W yang telah bersusah payah menyebar Islam, hingga sampai ke zaman kami dan kami dapat menikmati keindahan nikmat Islam dan Iman ini.

First of all, aku nak betulkan niat…sebelum ni ada berniat tapi agak serong..dulu, ketika orang lain berblog, aku yang agak buta IT ini juga ingin berblog. Sekadar minat untuk menulis..tapi ketika itu aku mempunyai komitmen lain. Kini, setelah dia tiada aku yang buta IT ini berjaya membina blog yang simple ini (setelah belajar sendiri, sebab tu buruk semacam jer…huhu…)…sebab aku banyak tak tau tentangnya…niatnya sekadar untuk meluahkan rasa hati setelah pemergiannya. Tapi kini, setelah aku berfikir berkali-kali…alangkah indahnya andai apa yang aku tuliskan ini dapat memberi manafaat kepada pembacanya. Aku tak tau berapa orang sahaja yang membaca blog ini, tapi aku tak kisah biarlah sedikit tapi aku ikhlas untuk menyampaikan sesuatu yang mungkin berguna buat mereka. Dan juga aku berlindung denganMu Yang Esa, Yang Maha Mengetahui segala isi hati, daripada sifat riyak atau takbur…apa yang aku catatkan, dan tuliskan hasil pemikiran aku, ilham kurniaanNya, dan pengalaman diri yang kadangkala sebenarnya agak peribadi. Dan aku amat-amat berharap agar aku dapat memberi ‘sesuatu’ kepada pembaca dan juga peringatan untuk diri yang dhaif lagi faqir ini. Aku juga berharap semoga sesuatu yang aku tinggalkan ini dapat menjadi saham yang bermanafaat buatku di alam sana nanti.

TRAGEDI 030409 SIRI 3

Sukar untukku menyambung siri ini sebenarnya. Namun kugagahi juga, bukan memaksa diri mengungkap memori antara kami, namun seperti yang kuniatkan diatas, semoga ada manafaat yang tersirat. Hakikat yang perlu kita semua sedari, suatu ketika nanti, samaada lambat atau cepat, jauh atau dekat, kita pasti akan menyusul mereka-mereka yang telah pergi. Itu hakikat yang perlu kita sedari. Semestinya yang paling utama, bekal bentuk apakah yang bakal kita bawa?...satu persoalan yang aku tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan…

03 April 2009..

Tarikh yang bermakna buat diriku, hari yang menukarkan gaya kehidupanku…semalamnya, khamis..aku masih punya dia, dan esoknya,jumaat, dia sudah tiada…dan aku tidak dapat lagi bertemu dengannya selepas dia melangkah kaki malam itu buat selama-lamanya…Allah, tuhanku yang Maha Pengasih, yang Maha Lembut, memanggilnya saat aku tidak menunggunya..saat aku tenang terlena..saat aku punya sikecil yang dapat mengalihkan perhatian dan ingatanku buat sementara..saat yang pada pandangan aku yang dhaif ini rasakan paling tepat.. Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu dan rahmat hidayatMu ya Allah. YA ALLAH YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU PESONGKAN HATI INI SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAH…

Firman Allah Taala yang bermaksud; “ maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan”

Seumur hidupku, inilah kali pertama aku berdepan dengan kematian. Kematian insan yang begitu hampir dengan mata dan hatiku. Sewaktu aku bergelar isteri, akulah penunggu setia. Hampir setiap waktu aku menunggu panggilan dan mesejnya.. maklumlah perkahwinan jarak jauh..apabila aku bercuti tanpa gaji…(waktu-waktu terakhir yang Allah telah atur untuk kami tinggal bersama untuk kali terakhirnya) aku sentiasa menunggu saat kepulangannya dari kerja. Dan saat aku dimasukkan ke wad, aku menunggu waktu melawat. Tapi malam itu, pertama kalinya aku tidur dengan lena (akibat ubat bius) tanpa menunggunya.

030409…ulangtahun kelahiran ayahku yang ke 70

030409…ulangtahun kelahiran k.de yang ke 27

030409…hari Dato’ Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

030409…kelahiran puteraku sayang jam..2.08pg..di HOSHAS.

030409…pemergian suami, mak dan ayah mertua tersayang…jam 4.40pg..di km7 jln jerantut-temerloh..

Tanda-tanda..

Didalam buku “Menyingkap tabir rahsia hidup sesudah mati” karangan Drs. H.Syahrin Nosution..menyatakan bahawa roh seseorang tahu baawa ajalnya sudah dekat. Tetapi biasanya orang sekelilingnya hanya dapat mengerti apabila simati sudah tiada..begitu juga dengan arwah abang..

1.Kalau abang mati macamana?

Satu soalan yang abang utarakan 2 minggu sebelum pemergiannya..masih kuterbayang waktu itu, wajahnya yang selamba menyoalku..mulutku terkunci, tidak berkata apa-apa, namun hatiku menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata.

2.Kalau abang takdepun, abang tau,sayang pun berdikari gak..

Waktu aku memuji mak sedaraku yang begitu berdikari apabila ketiadaan suaminya yang selalu berkursus. Dia berkata sedemikian, Aku hanya terdiam bila dia berkata begitu..

3.Janji dengan abang, walau apapun yang terjadi, sayang mesti pakai tudung labuh sampai bila-bila..

Janji antara kami yang mampu mendidikku untuk menutup aurat dengan sempurna..

4. Kesukaannya pada warna putih..

5 hari sebelum pemergiannya..Hampir dua hari dia memakai baju putih hadiah dari petronas. Sehinggakan aku memasukkan bajunya kedalam bakul baju untuk dibasuh, dia masih mencari baju putihnya itu.sebulan sebelumnya, dia kata cantik kalau Honda civicnya itu dicat dengan warna putih.

5. Abang takde mood la nak main badminton..

2 minggu sebelumnya juga, mood dia untuk beriadhah di petang hari juga sudah tiada, padahal baru sahaja dia membeli kasut untuk bermain..pabila ku Tanya mengapa, dia pun tak tau jawapannya..

6. Bestnya kalau kita dapat jaminan syurga..

Di wad, sewaktu dia dating melawatku hari khamis itu, dia banyak termenung, dan apabila kuceritakan perihal kakak sewad denganku yang kematian anaknya sewaktu kecil, itu jawapannya..dia berkata sambil matanya memandang jauh kedepan…

7. Tidak henti-henti membuat kerja..

Ahad seminggu sebelum ketiadaannya, dia bekerja dari pagi sehinggalah tengahari itu, macam-macam kerja dibuatnya ..tidak berhenti-henti, selepas itu dibawanya adik dini menaiki kereta…first time kurasakan dia meletakkan dini dipangkuannya sewaktu membawa kerata. selepas itu abg long mengajaknya keluar minum dan kata abg long, dia diam sepanjang jalan dan di gerai itu..apabila pulang, dia duduk di tangga dapur itu dan menunggu sambil merenung aku yang sedang sibuk di dapur.

8. Abang seronok berada dalam keluarga sayang..terima kasih kerana memberi abang peluang ni..

Kalau ikutkan agak pelik kata-kata sedemikian dikeluarkan dari mulutnya setelah hampir 2 tahun kami berkahwin..bukan dia tidak biasa berkumpul dalam keluarga besarku itu…kata-katanya sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah we..

9.Jangan terlalu panjang angan-angan..

Ketika dalam perjalanan ke Bandar, dia bercerita tentang tazkirah yang didengari dari tv9, kata Dr Fatma az-Zahra, jangan terlalu panjang angan-angan terhadap dunia, jangan keras hati dan mata dari mengalirkan airmata kerana terkenangkan dosa-dosa kita…kalau panjang angan-angan dan keras mata dan hati, itu tanda kita hubbuddunia..

10.Penyayangnya yang berlebihan

Dia sememangnya seorang yang sangat caring, romantic dan penyayang..sepanjang perkahwinan kami, kami sentiasa jalan berpegangan tangan. Tetapi kurasakan caring yang berlebihan waktu-waktu terakhir dia bersamaku..pernah sekali, dia menjejakiku di bahgian perempuan surau di tempat rehat itu, selepas dirasakan agak lama aku bersolat. Takut apa-apa terjadi padaku, katanya…sekali lagi di hadapan pasaraya tf, dia melarang akumelangkah longkang kecil itu, dan memegang tanganku membawaku melalui jalan yang agak jauh tanpa melalui longkang tersebut.

11.Pesanan terakhirnya…

Pesanan terakhirnya sewaktu di HOSHAS, tenangkan fikiran,jangan fikir bukan-bukan..abang saayang sayang.

Semua tanda-tanda itu sewaktu bersamaku dan yang kulihat tetapi dengan anak muridnya, pada hari khamis itu, di dalam kelas…katanya…

“ hari ni hari terakhir ustaz mengajar kamu, lepas ini ada orang yang ganti ustaz..”

Bagaimana dia melontarkan kata-kata terakhirnya pada anak-anak muridnya?..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dihatinya dan apa yang dirasakannya pada hari-hari terakhirnya..

Minggu terakhir itu, makteh kata dia banyak menghabiskan masanya di dalam bilik mesyuarat sekolah. Apa yang dilakukannya disitu hanyalah membaca Al-Quran.

Dan sebelum dia melangkah kaki pulang hari terakhirnya di sekolah itu, dia meminta pada semua guru supaya mendoakannya..”doakan selamat ye..”mereka cuma menganggap yang abang risaukan keselamatan aku yang bakal melahirkan anak…

2 comments:

  1. arwah abg ngah memang baik. masa raya pertama dan terakhir hari tu siap peluk lagi lepas salam. rasa sangat2 di alu alukan dalam keluarga. tq

    ReplyDelete
  2. salam..
    shide ni yer...a'ah..arwah abg ngah memang baik, sabar sgt orgnya..kitorang kan dpt macam2 ujian sblm ni kan...tapi sabar dia la buat k.ngah kuat..payah nak cari org cam dia..

    ReplyDelete