Saturday, August 28, 2010

{novel bersiri} tahajud cinta

Astaghfirullah..dia lagi..


Sekali lagi dia terserempak. Kali ini jubah biru lembutnya betul-betul menusuk pandangan Haikal. Susuk tubuh yang asing bagi Haikal, tapi tidak bagi pandangan matanya. Haikal memalingkan wajah dan bersegera ke ruang wudhuk lelaki. sebentar lagi azan Zohor akan berkumandang.
Kenapa dia yer?”

***********************************************

Tengahari itu seperti biasa selepas selesai mengimami solat Zohor di Masjid Sultan Ahmad Shah, Haikal memandu keretanya ke Bank Islam berhampiran. Niat dihatinya untuk mengeluarkan sedikit duit untuk dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji ibunya. Sudah lama hajat ibunya untuk menjejak kaki ke Tanah Suci diutarakan. Namun, apakan daya, Haikal anak sulung yang baru bekerja sedangkan ibunya hanya surirumah sepenuh masa yang hanya bergantung pada pencen arwah abahnya. Haikal berusaha untuk memenuhi hajat ibunya walau dia sendiri terpaksa berjimat cermat.


Sampai di bank Islam, H.aikal beratur di belakang seorang lelaki di mesin atm.
“Assalamualaikum Ustaz, nak keluar duit?” seseorang menegurnya dari belakang. “o..Poksu, a’ah..nak keluar duit, poksu nak keluar duit jugak ke? Tanya Haikal ramah. Mukanya manis dengan senyuman ikhlas.

“dok, Poksu nak tukar duit ni, nak buat cucur..nak start niago dah..” jawab Poksu.

‘ooh..lupa, Poksu nak buka gerai di bazaar ramadhan kan..”

“aah..datang la ust, buleh poksu bagi diskaun..”

“insyaAllah”


Poksu melangkah laju keluar dari bank Islam. Poksu adalah salah seorang makmun yang selalu bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah. Keramahan poksu membuatkan mereka mesra. Poksu juga antara anak muridnya yang berusaha menghafaz Al-Quran. Sejak Haikal menjadi imam di masjid itu, Haikal berusaha membuka kelas tahfiz untuk orang awam yang berminat menghafaz Al-Quran seperti Poksu.Haikal juga kagum dengan semangat Poksu, walaupun sudah berusia dan sibuk dengan gerai makannya, dia masih berusaha mencuri masa untuk menghafaz Al-Quran.


Tiba-tiba, mata Haikal tertancap pada sekujur tubuh.tubuh yang berdiri menunggu giliran di depan mesin cash deposit. Jubah hijau membalut tubuhnya bersama tudung labuh yang sedondon. Haikal seakan mengenali gadis itu. Gadis itu berpaling kearah Haikal. Pandangan mereka bertembung. Terasa angin sejuk menerpa di dada haikal. Dengan segera Haikal menundukkan pandangannya. Astagfirullahalazim....dia lagi...macam tau2 je aku pandang dia. Haikal terus bergegas keluar setelah berjaya mengeluarkan duit. Haikal tidak mahu berlama-lama di situ, takut pandangannya tidak dapat dijaga sementelah ada yang begitu menarik pandangan hatinya.


Seingat Haikal sudah banyak kali dia bertembung dengan gadis misteri itu. Gadis yang biasa berjubah dan bertudung labuh sedondon. Kelibatnya menarik perhatian imam muda itu. Namun, sebolehnya Haikal menjaga hati dan pandangannya. Tetapi desiran bayu yang menerbangkan bunga-bunga indah dihatinya kian melanda.

****************************************************

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini, kenapa bayangan wajah gadis itu menari-nari di tubir mataku. Sedang aku langsung tidak mengenalinya. Ya Allah, janganlah makhlukMu itu memalingkan cintaku terhadapMu.


Aduan Haikal awal pagi itu. Segala-galanya diluahkan buat Yang Maha Memberi Petunjuk. Lega rasanya dapat diluahkan pada Yang Maha Mendengar walaupun dia tahu, Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Haikal masih berteleku di sejadah, dibukanya naskhah Al-Quran dimeja kecil disisi katilnya. Matanya semakin memberat. Tiba-tiba terasa sesuatu menyentuh bahunya. Haikal berpaling, ahh..begitu terkejut apabila gadis manis itu tersenyum di belakangnya. Haikal tersentak dan terus terjaga.


Resah hatinya makin berlagu. Masakan tidak, sampai di atas sejadah ingin mengadap Allah pun masih bermimpi gadis itu.Hawa sememangnya fitnah terbesar kaum Adam. Mungkin mataku yang bersalah kerana tidak pandai mengawalnya. Tetapi kenapa pertembungan kami terlalu kerap? Soalan itu terbiar disapa angin lalu.
**********************************************************

“ust, alhamdulillah sampa jugok ust ko gerai poksu..ust nok gapo?poksu belanjo ust..”Tanya poksu ramah. Kelibat dua tiga orang perempuan separuh umur menyaingi Haikal untuk ke gerai Poksu. Mungkin keramahan Poksu dan kesedapan air tangan Moksu menambat hati pelanggan.
“eh, takpe lah Poksu, saya memang niat nak merasa masakan Moksu ni..takyah la belanja, saya bayar..”
“takpo ust, ust pilih jah..” Moksu pula menyampuk.
Mata Haikal cepat menangkap barisan polisterin yang berisi nasi kerabu, makan kegemarannya.
“ ust, bakpo poksu nampak muko ust ni keruh ja..ado masalah ko?" Tegur poksu.

“takdelah poksu mungkin letih saja kot..” Orang tua yang dianggap seperti saudaranya sendiri itu dapat meneka kolam hati Haikal.
‘ust, poksu ni ado soale dan ado hajat nok tanyo ko ust, tapi dok sesua loni..male kare pah terawih, poksu nok jupo ust buleh?” tanya Poksu mengharap.

bersambung...

No comments:

Post a Comment