Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, berkesempatan menulis entry ke 106 ini.

sabtu petang,
atas jemputan, aku, inah sebagai pengiring setia dan Muhammad fathi (tak leh tinggal ni..) pergi la ke majlis berbuka puasa bersama Tengku Mahkota Pahang, isteri dan ank2nya di Masjid Kg Paya Luas, Kuala Krau sempena merasmikan masjid baru kg itu.

sampai jam menghampiri 6 ptg,aku dengan malu2 ayamnya terus mencari meja yang disediakan khas untuk penerima2 sumbangan..sedih je dengar,,penerima sumbangan tu..huhu..inah yg sekadar menjadi peneman terpaksa dihalau ke meja lain, last2 dpt kt meja VIP tuu..jelezz..

melilau sekeliling, meja yang aku duduk tu adalah meja utk ibu tunggal..makcik2 dan wan2..aku rasa aku la yg paling muda..hehe..meja sebelah, org2 oku..sedih sgt tgk bdk2 sindrom down,buta dan cacat kat meja tu..insaf dengan kurniaan Ilahi.

meja belakang, org2 fakir miskin kot..sbb tgk dari cara pemakaiannya..emm..dhaif je..insaf lagi..layak ke nak terima ni...tgk org lain lagi susah..eh!..bukan utk aku tau sumbangan ini..ini untuk muhammad fathi sebagai anak yatim.

6.30 ptg, muhammah fathi sudah resah gelisah, aku lupa sebenarnya yg dia dah lama tak makan, selalunya kalau berjalan bawa botol susu pun dah ok, tapi disebabkan kali ini kami berada dalam suasana yg membosankan bagi muhammad fathi..sebab tak leh nak lari2..nak panjat2..jadi otak dia cepat je teringat kat perutnya yg kosong..akhirnya..waaa...muhammad menangis..semua org pandang dia (dan aku)..huhu..umi pun malu gak..tapi pujuk2 dan minta izin kat ahli meja tu nk amik kurma dulu, bagi kat muhammad, habis sebiji dimakannya..alhamdulillah..dia pun berubah mood..suka hati la..walaupun sekadar alas perut..emm..sian muhammad..sorii sgt2..umi lupa nk bawa bekal makan muhammad..dan apabila berbuka puasa, banyak sgt dia makan nasi..walaupun sekadar makan dengan sayur kubis..(sebab yg lain pedas..)

Selepas berbuka, Tengku Mahkota dan Tengku Puan turun kebawah dan menjelajah dari meja ke meja utk menyampaikan sumbangan. sampai turn aku, dia bagi dan seorang lelaki tu terus bagi beg kat aku..ahli meja tu separuhnya sudah menerima duit sumbangan tapi masih belum menerima beg..Tengku Puan pun membebel la kat org laki tu.."amboi la.mentang2 la muda,cepat la dia bagi ye.." alahaii..mungkin dia bergurau..sampai kat meja sebelah pun dia masih memperkatakan hal itu...huhu..aku tak bersalah..:(

selepas menerima sumbangan kami bertolak balik dan solat di masjid kuala krau..

gambar takde sbb serabut nk berebut kamera dgn muhammad..:(

sekian melaporkan,
ummu fathi,
13 ramadhan 1431h.

No comments:

Post a Comment