Friday, August 6, 2010

ulasan buku..sInErGi..

Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah..



Mlm td dgn sgl daya usaha berjaya mghabiskan e-book, novel sinergi, karangan adik hilal asyraf..ketinggalan keretapi betul aku ni, novel tu dh lama publish, aku baru baca..hehe..takpelaa…better late than never kan…



Ok, camne novel tu..walaupun mata aku pening2 lalat menghadap lappy hamper 3 jam..mengkhatamkan 396ms..tp berbaloi gak..sbb ada ibrah yg dpt diambil..



Bg sesiapa yg lum baca novel tu, citer dia berlatar belakangkan dua buah universiti yg terkenal di Jordan, university of Yarmouk dan JUST..(Jordan University of Science and Technology). Watak utamanya Irfan dan Asid, dua ‘kembar’yang selalu mendapat perhatian disebabkan ukhuwwah yg berpaksikan keimanan..terkenal dengan istilah, sinergi 1+1=3..1 induvidu + keimanan.



Kedua2 adalah pemimpin pelajar..mendapat tarbiyah yang boleh memagar diri mereka daripada melatah ketika menghadapi ujian..pelbagai dugaan dan onar yang dirancang oleh disaster five menguji kesabaran, keimanan dan ukhuwwah fillah..

Sinergi juga menunjuk jalan dakwah bilhal..dan dakwah paling berhemah dan berhikmah yg dlakukan oleh Irafan dan Asid dlm membawa disaster five ke jln ketaqwaan..sorang demi sorang dpt ditariknya asbab ukhwah dan pengisian jiwa mereka yg selama ini kosong.


Aku juga suka ayat yg dikeluarkan oleh irfan ketika ingin menyelamatkan syafiq dari membunuh diri setelah rahsianya terbongkar.” “Aku tak akan lepaskan kau. Kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau untuk naik semula, berpimpin dengan kau ke syurga” Terfikir dan terharu..


Novel ini mengajak aku berfikir, adakah aku seorang sahabat keimanan? Sahabat yg benar2 mengasihi sahabatnya kerana Allah dan iman..sahabat yg ingin sahabat2nya sama2 memasuki syurga Allah..
Adakah kita sahabat sebegitu atau adakah kita punya sahabat yg sebegitu?



Pada aku, bolehlah bgi 4 bintang kat buku tu..ok, nnti kita citer pasal buku baru Habiburrahman El-Shirazi plak, buku “BUMI CINTA”..satu lagi buku best..

Ummu Fathi,
SKJU

No comments:

Post a Comment