Tuesday, August 24, 2010

angin pakistan melanda..

Bismillahirahmanirrahim..

semalam, jam sepuluh pagi, jemaah masturat Pakistan itu melangkah pergi, meneruskan permusafiran di jalanNya.

selama dua hari bermuamalat, ada perkara lucu yang berlaku. maklumlah apabila ayam bertemu itik, ayam bercakap bahasa ayam, itik bercakap bahasa itik..last2 guna bahasa isyarat. sebenarnya ada translatornya, tapi bukan setiap masa memerlukan translator, maka, umpama ayam dan itik la bercakap..

mengenali bahasa mereka, tidak dinafikan bahasa urdu adalah bahasa yang indah. aku sempat mempelajari beberapa perkataan,

tike-tike: ok,ok..
bas : cukup
beta: anak lelaki
beti; anak perempuan
mere; saya

apalagi ek...tak ingat dh..hehe..kalau gila tgk cite hindustan mesti tau sikit2 bahasa urdu, tapi sbb aku tak minat tgk cite hindustan jadi aku memang jahil bahasa urdu.

mereka juga mempelajari bahasa melayu, sampai dah pandai kira sampai seratus tuu!!..

mengenali makanannya pula, aku sgt2 takjub melihat ketaksuban mereka dengan ais (air batu) mereka tak minum air masak kosong tanpa ais. kari mereka nyaman (sedap kata org sarawak). minum susu segar (dutch lady) campur coke dan 7up, pagi2 makan nasi sejuk (diletak semalaman didalam fridge) yang dicampur susu dan gula untuk dimakan waktu sahur (macam bubur nasi), semuanya menginsafi diri bahawa sesungguhnya Allah jadikan manusia ini berbilang bangsa supaya kita bertaaruf..

naseem, salah seorang ahli jemaah, sgt2 la peramahnya, jua sgt lembut..sempat bercerita dari hati ke hati dengannya. maklumlah sama2 diuji.dia diuji dengan kegagalan mendapatkan anak selepas agak lama berkahwin. dia sgt2 suka kat muhammad fathi, sampai nk bawa balik Pakistan..:) malam terakhir mereka di rumah, muhammad buat perangai, mengamuk tak mau tido (mungkin tahu mereka nak pergi dah esok..)last2 aku masukkan dalam buaian dan sister naseem ni la yang bacakan quran tepi telinga muhammad dan meniupkan ke kepalanya. muhammad diam saja. sampai tertido...

mereka semua tahu kisah aku, bukan berniat menjaja cerita, tapi apabila ditanya, pasti panjang jawapannya. dan pastinya muhammad fathi menjadi tumpuan mereka seandainya mereka tidak mempunyai program. Mereka mendoakan muhammd fathi menjadi hafiz,(macam arwah abahnya) alim dan mufti..Amin ya Rabb..

sekarang mak dah pandai pakai selendang macam org pakistan tu..hehe..nampaknya,angin pakistan masih bertiup di rumahku..

ummu fathi,
skju @ 11.25am

No comments:

Post a Comment