Wednesday, April 27, 2011

Mendidik anak cara Sunnah (1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..saya bersyukur yang teramat kerana saya ditakdirkan kembali tinggal bersama ibu bapa saya. ibu bapa saya sangat mementingkan pendidikan agama anak-anaknya. jadi apabila mereka telah bercucu. kaedah yang sama, mereka pesankan pada saya untuk mendidik anak saya. dan tidak lupa jasa mereka yang mendidik saya sedari kecil sehingga kini, mereka menolong saya mendidik anak saya. maklumlah saya kan ibu tunggal. sayalah ibu, sayalah bapa, sayalah keluar mencari rezeki. semasa ketiadaan saya, merekalah tempat si anak yatim itu bermanja. namun syukur tak terhingga atas segala nikmat kurniaanNya. di sebalik semua yang berlaku pelbagai kemudahan,kenikmatan dan anugerah yang tak terhingga yang Dia kurniakan..Allah Rabbi..hanya hambaMu ini saja yang kadangkala tidak menyedari.

Didikan anak bermula dari pemilihan pasangan. pilihlah pasangan yang soleh. tetapi untuk mendapatkan yang soleh, perlu mensolehahkan diri dahulu. Andai angan2 setinggi gunung, mengharapkan yang soleh, sedang diri tidak sesolehah mana. umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Sebab semua itu janji Allah. yakinlah dengan janjiNya. Setelah bertemu yang berkenan di hati, tanyalah Yang Maha Mengetahui erlebih dahulu. seelok2nya redha dengan segala ketetapan Dia. Kadangkala ada sesetengah orang tidak mahu menunaikan solat istikharah kerana pada hemat hatinya pilihan hatinyalah yang terbaik, sedang kita insan lemah, tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan.  Setelah itu, tanyalah ibu bapa, mohon restu. lebih afdhal andai pilihan itu pilihan orang tua. kenapa zaman sekarang banyak berlaku penceraian berbanding dulu. Zaman ini perkenalan sesama sendiri, ibu bapa 'terpaksa' merestui..sedang zaman dulu, pilihan di tangan orangtua. tapi kekal hingga ke syurga. 

Ikutilah dan taatilah Sunnah RasulNya dalam melayari bahtera rumahtangga. bermula dari kenduri-kendara hinggalah waktu bersama. Elakkan pembaziran dan bermegah-megah. Utamakan jemputan pada fakir miskin dan yang memerlukan. Lebih afdhal andai ada jemputan di kalangan anak-anak yatim, raikan mereka di hari bahagia kita.

Seandainya, 'rezeki' Allah kurniakan segera, syukurilah ia.sesetengah pasangan tak bersedia dengan kehadiran orang baru. takut mengganggu waktu berbulan madu. Percayalah, anak adalah rezeki Allah yang besar, yang dikurniakan kepada kita. lihatlah pada pasangan yang berpuluh-puluh tahun kesepian tanpa gelak tawa si anak kecil. syukurilah kurniaan Allah itu . Bersedekah salah satu tanda kita bersyukur. banyakkan bersedekah sepanjang ibu mengandung.

Jaga amalan sewaktu kita mengandung. seelok2nya khatamkan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali. kalau boleh dan mampu, lebih lagi bagus. Diikuti bacaan surah-surah tertentu, seperti surah Luqman, surah Maryam, surah Yusuf, surah At-Taubah. selain surah yang yang biasa Rasulullah amalkan sepanjang malam sebelum Rasulullah melelapkan mata, iaitu surah As-Sajdah,Al-Waqiah dan Al-Mulk.

Selain itu jaga emosi sepanjang mengandung. saya pernah mendengar kata-kata dari Datuk Dr Fadzillah Kamsah bahawa ibu yang sepanjang mengandung, ada terdetik atau ada ketikanya berasa benci atau tidak suka pada suaminya. InsyaAllah, anak yang lahir tidak serasi dengan ayahnya. Memetik kata-kata dari pengalaman pakar motivasi yang terkenal itu. 


-sambung-muhd fathi dah mengantuk..

3 comments:

  1. bagus akak kongsi cara didik anak ni. Nnt smbg ye kak cara akak didik fathi sampai skrg ni;)

    ReplyDelete
  2. Anak anakku... apakah khabar kalian di sana?
    pasti indah diulit lena bersamaNYA di syurga... Adakah kalian sudi menuju ke bumi untuk menemui diriku?
    Umi masih disini menanti kehadiranmu....

    Anak anakku.. umi tidak akan pernah jemu menunggu... setiap kali umi terlihat sosok anak kecil...
    adakah begini si cilik kepunyaanku nanti?
    Dalam tahajud doa di keheningan malam...
    umi tidak henti henti mendoakan kalian.... agar kalian didatangkanNYA di dunia ini, untuk menemani umi dalam perjalanan hidup yang panjang....

    Anak anakku... mungkin ALLAH mengetahui bahawa umi tidak cukup untuk menerima keberadaan kalian
    kerana umi ini insan yang lemah, umi tidak mampu menjadi sehebat masyitah ...
    Akidahnya tidak pernah tergugat tika berdepan Firaun durjana,
    Tawakal meninggi buat Tuhan ya Rabbi, meyakini nikmatnya syurga hakiki...

    ALLAH SWT juga Maha Mengetahui anak anakku...
    Umi kalian ini tidak sehebat Siti Hajar...
    Betahkah diri ku ditinggalkan di padang pasir sedangkan ujian dunia yang terlalu sedikit sudah tidak mampu ku tempuhi

    Ataupun ALLAH SWT mengetahui bahawa umi kalian ini bukanlah seperti Fatimah Az Zahra ....
    Zikrullah menjadi mainan dibibirnya tatkala keletihan...
    Dia tidak pernah mengalah dalam mengharungi hidupnya... tetapi umi kalian ini mudah goyah apabila kesihatan diri menjadi taruhan...

    Anak anakku...
    Umi teringin sekali menjadi seperti Asiah, menyelamatkan Nabi Musa yang terbuang,
    kesabaran tinggi atas nama keimanan, rela berkorban demi agama, sehingga digelar Ratu Syahadah.
    Namun anak anakku, apa yang umi takuti, umi tidak ikhlas untuk melepaskan kalian, kerana umi juga seorang manusia....

    Anak anakku....
    Ku ubati kerinduanku pada kalian dengan mengisi waktuku mencari cinta Rabbul Izzati..... Perjalanan dakwah umi terlalu panjang... maka umi begitu memerlukan kehadiran kalian, agar roh perjuangan itu bisa diwariskan.... malah kalian bisa dijadikan saham untukku di akhiratNYA kelak

    Jika kalian ditakdirkan menemui ku di dunia, izinkan diriku menginfaqkan diri kalian pada perjuangan ISLAM. Kerana diriku ini tidak mampu berbuat sedemikian.... Adakah kalian benar telah bersedia? Sebelum kalian diturunkan ke bumi, ingin ku titipkan pesanan buat kalian bahawa dunia ini hanyalah persinggahan, janganlah kalian mudah terpaut dengan perhiasan dunia yang hanya tipu daya semata mata...

    Betapa umi ingin sekali menjadi seperti Ummu Sulaim, mengkaderkan putera kesayangannya hanya untuk perjuangan dakwah.... Adakah kalian bersiap siaga sedemikian wahai anak anakku... kerana keberadaan bersama umi nanti, tidak akan segalanya indah, pasti ada mehnah dan tribulasinya..

    Anak anakku....
    Sekiranya perancangan ALLAH adalah sebaiknya... kalian ditakdirkan tidak ditemukan denganku di dunia, maka ku bermohon agar diriku menjadi sesuci Maryam. Izinkan aku melahirkan kalian di syurgaNYA.
    Betapa indahnya memiliki anak anak akhirat.... yang suci dari noda dan dosa...

    Teruskanlah bersemayam di syurgaNYA anak anakku...
    sehingga DIA mentakdirkan diri kalian bertemu denganku....

    Seorang Umi

    p/s: kak... terjumpa sajak ni... terus teringat akak... =)

    ReplyDelete
  3. ina; i.allah, nnti kita kongsi yek..sharing is loving..xde apa2 yg istimewa..tp boleh la sekadar cerita pengalaman..

    asiah yusro : bestnye sajak ni..tersentuh sgt2 akak membacanya..syukran dik..hadiah utk akk yek..:)

    ReplyDelete