Sunday, September 25, 2011

Al-Fatihah untuk aki..

assalamaualaikum..

sudah lama rasanya saya tidak menulis di sini, entry kebelakangan ini pun cuma copy paste saja..huhu..

selama 30 tahun lebih, saya bahagia dan gembira punya sepasang datuk (selepas ini digelar aki) dan nenek (yang kami panggil wan) yang penyayang. kami adik beradik memang rapat dengan aki dan wan kerana keluarga kami antara kelurga yang menetap paling dekat dengan kampung aki dan wan (sebelum tiga orang pak sedara balik kampung dan buat rumah di kampung). hampir setiap kali raya selama 30 tahun lebih, kami akan beraya di kampung loyang, sanggang, Temerloh Pahang. sewaktu kecil-kecil dulu, apabila balik kampung, sesampainya rumah kayu aki dan wan, pasti yang kai akan cari mula2, mana wan, mana aki..bersalam-salaman dan turun bermain..sangat seronok. dengan kehadiran paya di belakang rumah wan dan sungai pahang di depan rumah wan, menjadikan tujuan kami untuk balik kampung betul2 untuk meneroka alam.

begitu juga bila tahun demi tahun berlalu, perkara yang sama berlaku. sampai rumah wan, mesti cari wan, cari aki..aki yang tak pernah lekat kat rumah..selalunya kami jumpa aki kat kebun dia, tepi paya dan mana2 lagi 'port' kesukaan dia. wan seorang yang sangat peramah dan sporting, suka layan cucu-cucunya. aki pula pendiam, juga suka layan cucu-cucunya. umur aki sudah 93thn dan wan pula 83thn..

sejak 3 bulan yang lalu, kami semakin kerap balik kampung. aki sudah semakin uzur. dia tidak punya penyakit orang-orang zaman sekarang, tiada sakit jantung, tiada kencing manis, tiada darah tinggi. dan dia tidak pernah berpantang ketika makan. Alhamdulillah Allah beri kesihatan padanya sedari muda. mungkin sebab kesungguhan dia mencari rezeki untuk anak-anaknya, dan kesusahan masa lalunya, Allah beri nikmat kesihatan padanya. cuma tiga bulan yang terakhir ini dia semakin uzur akibat sakit tua. semakin hari, keadaannya makin uzur dan semakin uzur. bergilir2 la anak cucu balik kampung menjaganya. dia tidak pernah merungut sepanjang terlantarnya dia. Setiap kali terjaga dari tidur, perkara petama yang ditanya, dah masuk waktu solat? nak minta tolong ambilkan wudhuk untuk bersolat..hanya itu saja keinginannya. sanggup dia lewatkan makan atau tidak minum untuk solat terlebih dahulu..rasanya dalam hatinya cuma, nak solat, nak solat dan nak solat..bayangkan sewaktu dia masih mampu berjalan dengan tongkat, dia tetap mahu soalt berjemaah di masjid. sehinggakan saat dia ingat2 lupa jalan pulang ke rumahnya, pernah dia tersesat di malam hari selepas pulang dari berjemaah Isyak, mujurlah sepupu saya menemuinya di tepi belukar,katanya dia sesat, tak ingat jalan pulang ke rumah. beberapa kali juga dia rebah jatuh ketika dalam perjalanan ke masjid.

 aki berbaju coklat sepasang dengan wan..Aidilfitri 2010..

Dan pada hari Jumaat, 23 September 2011 yang lalu..jam 7pg++..aki telah kembali ke rahmatullah..aki pulang dengan tenang, setenang-tenangnya. seolah-olah dia tidur saja. sejak sebulan yang lalu jua, banyak kali dia memberitahu yang dia akan balik..balik ke hulu (tanah perkuburan di sebelah hulu kampung). dan pada pagi Rabu yang lalu, dia bertanya pada ayahde..hari apa hari ni?ayahde cakaplah hari Rabu, dia kata, hari Jumaat ni dia nak balik dah ke hulu..betul bagai dikata, pagi Jumaat itu dia pergi, pergi yang tidak lagi kembali.Allahu Rabbi...sudah sampai masanya, tidak Engkau lambatkan sesaat atau cepatkan sesaat..
Jeanazah di solatkan selepas solat Jumaat. Ramai jemaah hari tu. kami adik beradik menghantar aki sehingga ke tanah perkuburan dan selesai urusan pengkebumian jam 3ptg..

kehilangan dia sangat dirasai. apabila melangkah masuk rumah wan, mesti terbayang tempat pembaringannya. sejak tiga bulan yang lalu, aki diterpa apabila melangkah masuk ke dalam rumah wan..dan kini aki tiada lagi..semoga Allah mencucuri rahmat keatas aki dan tempatkan aki dikalangan orang-orang yang soleh. amin..



4 comments:

  1. Takziah..smga arwah ditempatkan d kalangan org2 yang beriman amin...dariNya kita dtg kepadaNya kita kan kembali...Allahu akbar...perginya arwah pada hari jumaat,ya Allah aku juga ingin begitu,amin..

    ReplyDelete
  2. ya, saya juga mendengar berita tersebut tetapi tak berkesempatan ziarah kerana apakan daya pada hari tersebut saya sendiri MC (tidak sihat)

    takziah, semoga allahyarham ditempatkan di sisi org2 yang beriman. jasa allahyarham bukan sedikit. zuriat allahyarham ramai yang terlibat di bidang agama termasuklah tuan punya blog.

    ReplyDelete
  3. kak pae-insyaAllah smoga kuburnya menjadi taman dari taman-taman syurga..amin..

    AHP- takpe AHP..terima kasih atas doa..utk AHP jg, semoga Allah memberi kesihatan buat AHP..

    jelah- dari DIA kita datang dan kepadaNYA jua kita akan pulang..

    ReplyDelete