Saturday, August 11, 2012

kembara mencari mawaddah,rahmah dan sakinah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

selamat pagi sabtu, 22 ramadhan 1433, 11 ogos 2012..semoga ramadhan yang kita lalui ini adalah ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya..Allah,,kami mengharapkan rahmat,maghfirah dan pembebasan dari Nar MU ya Allah..

I.allah, lagi 2 hari genap sebulan usia pernikahan kami..Allahu Rabbi..cepat kan masa berlalu..sedar tak sedar dah hampir sebulan berlalu..terasa baru semalam saya memakai pakaian pengantin..hehe...macamana Allah bukakan hati saya untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya? saya pun tak tau, tapi peristiwa dimana dua tiga kali muhammad cakap kat saya, "umi, kita cari abah lain la..abah tu dah meninggal.." membuatkan saya berfikir.. dia sangat sedih bila tengok album gambar arwah..saya tahu, dia perlukan seseorang..dan peristiwa yang buat saya bergenang airmata apabila di suatu hari dalam bulan mei, ada kenduri di kampung saya, sepupu saya kawin. saya balik kampung nak menolong la..bila saya sibuk, saya tak dapat nak layan muhammad..saya tengok dia dari jauh..dia mengekori pak sedaranya, (pak ngah) tapi pak ngah pun sibuk, dia mengekori aki janggutnya pulak (pak sedara saya) aki janggut pun sibuk..dia nak pegang tangan org2 itu..nak orang2 tu layan dia bercakap..saya sangat sebak melihat dia 'mencari' seseorang lelaki dalam hidupnya. sejak peristiwa itu, saya terbuka hati untuk menerima seseorang yang dapat menerima saya dan menganggap muhammad macam anak dia sendiri..syarat utama saya, mesti pandai layan muhammad dan boleh anggap muhammad macam anak sendiri. ya, saya berkahwin kerana Allah dan kerana Muhammad Fathi.

saya tidak tahu, kenapa saya dipertemukan dengan en.suami, memang sudah ketentuan Ilahi, sudah tertulis saya akan bertemu dia dan berkahwin dengan dia..dia memang tidak menepati ciri2 yang saya nak..tapi bila seorang kawan buat status kt FB, (thanks sarah..) "Allah tidak memberi apa yang kita nak, tapi Dia memberi apa yang kita perlu.." membuatkan saya terfikir..ya, dia ada apa yang saya perlu..bukan apa yang saya nak..

Dia pernah berkahwin, dan tidak mempunyai anak..dia dikhianati..sedih juga mendengar cerita jalan hidupnya..tapi ketentuanNYA..Allah memberi apa yang en suami hendak dan perlu apabila dia mengambil keputusan untuk berada di jalan Allah..mengambil keputusan untuk menjadi daie..katanya, "saya bukan doktor, apatah lagi dato..saya seorang daie.." ayat yang saya suka...hehe...

pada awalnya, keputusan saya untuk berkahwin lagi ditentang oleh sesetengah ahli keluarga saya, (bukan mak dan ayah saya..) mereka masih sangat2 menyayangi arwah..kalau mereka menyayangi arwah..apatah lagi saya..orang yang pernah hidup bersama dengan arwah..tapi, pada saya..saya hanya menjalani takdirNYA saja..bukankah jodoh pertemuan ajal maut di tangan Yang Esa..saya tidak dapat menghalang hadirnya jodoh kedua saya, sebagaimana saya tidak dapat menghalang perginya dia yang pertama..

apapun..saya rasa en suami adalah yang terbaik Allah berikan pada saya..kedua-duanya..walau ada kekurangan, ada kelemahan..mana ada manusia sempurna kan..saya belajar banyak perkara dari dia..Alhamdulillah..mungkin akan ada lagi penghijrahan dalam hidup saya..doakan semoga saya diberi kekuatan..semoga saya sekeluarga diberi kekutan untuk mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian..semoga rumahtangga kami dilimpahi mawaddah, rahmah dan sakinah..amin ya rabbal alamin..

3 comments:

  1. tahniah atas kehidupan baru ini..seronok raya dgn org baru..harap2 bertambah umat Islam selepas ni

    ReplyDelete
  2. Mesti Muhammad seronok..ade yang melayani kerenah dia kan..Selamat berbahagia...

    ReplyDelete
  3. sedih pula baca muhammad rasa sunyi. mudah-mudahan abi & ummi dapat mendidik muhammad dengan terbaik :)

    ReplyDelete