Saturday, April 30, 2011

Didik anak cara Sunnah (2)

Assalamualaikum..

Sambungan dari episod lepas. sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman. nak kata berilmu sangat pun, saya pun sebenarnya bukan berilmu sangat pun..sekadar ada pengalaman, jadi kita kongsi la..sharing is caring kan..apa yang baik tu, ambillah dan jadikanlah amalan..

Sewaktu melahirkan, jaga hati dan mulut kita, sememangnya sakit ketika bersalin adalah sakit yang Allah kurniakan kepada wanita. khusus untuk wanita-wanita yang kuat. yang mampu menanggung kesakitannya, dan ada ganjaran yang menanti disebalik kesakitan itu. jaga mulut kita agar dibasahi dengan zikrullah. amalkan bacaan doa Nabi Yunus ketika ditelan ikan Nun. لااله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين. jangan meraung, jangan menjerit. jaga maruah kita walau kita sedang sakit. memanglah kadangkala tengah sakit, kita tak sedar apa yang berlaku tapi insyaAllah kita boleh. berdasarkan pengalaman sendiri.insyaAllah boleh, tapi pengalaman setiap manusia itu berbeza.

Setiap anak dilahirkan, azankan dan iqamatkan.seelok-eloknya, sebaik keluar, biarlah perkataan pertama yang sampai ke telinga anak kita ialah Allahu Akbar. setelah itu,tahnikkan mulut anak kita dengan kurma atau air zam-zam. Ada sesetengah tempat menggunakan susu dan garam. Wallahu a’lam yang mana lebih afdhal dan mengikut sunnah. Dan yang mengtahnikkan itu, pilihlah orang yang wara’dan alim.  Setelah 7 hari, namailah ia dengan nama yang baik. gunting atau cukur rambutnya dan timbangkan rambut itu, dan sedekahkan mengikut harga emas. Sebaik-baiknya buatkan aqiqah untuk anak kita.

Ketika umurnya 1-5 tahun, didiklah dengan penuh kasih sayang. Apabila anak sudah pandai bercakap. Agarkan dia dengan ucapan zikrullah. Ajarkan dan latih-latihkan lidahnya menyebut zikir-zikir. Ceritakan tentang kebesaran Allah,tentang kekuasaan Allah, penciptaan langit dan bumi serta matahari yang menyinari. Tidak lupa ceritakan tentang kasih sayang Allah pada hambaNya. Anak yang berusia 2 tahun, sudah memahami kata-kata ibu bapa, dan amat memerhati perbuatan ibu bapa. Disini akhlak perlu diterap. Usaha-usahakan agar apa yang kita tidak suka anak lakukan, jangan kita lakukan. Sebagai contoh, saya tidak suka anak saya mencampakkan barang-barang mainannya. Tetapi, entah mengapa semalam, saya yang tergesa-gesa ingin memandikan anak mencampakkan seluar yang ditanggalkan dari tubuhnya ke dalam bakul kain kotor. Dengan segera dia berkata, mi ampak..(mi campak)..Allahu Rabbi..malu pada anak sendiri.

Selain itu, biasakan mengajak anak bersolat. Dia akan suka melihat kita mengambil wudhuk. Biarkan dia ikut dan lihat. insyaAllah tidak lama kemudian, mesti dia pandai ambil wudhuk. Muhammad fathi pun begitu, Alhamdulillah, dah pandai ambil wudhuk, walaupun tertibnya entah kemana. Cara dia membasuh tangan sebijik macam kita membasuh tangan sewaktu berwudhuk. Itu hasil pemerhatian dia. Waktu bersolat, bentangkan sejadah untuk anak di belakang kita, dia akan ikut. Biarkan dia mengikut walaupun sekadar satu rakaat. Kadangkala, walaupun bukan waktu solat sekalipun, anak akan ingin bersolat, hasilnya apabila kita galakkan dia bersolat. Biasakan tanya dia sudah bersolat atau belum, walaupun umurnya baru dua tahun.

Mengaji pula, latihlah anak sedari kecil mengenal huruf-huruf hijaiyah, bacaan-bacaan doa dan surah-surah lazim. Bagaimana? Untuk mengajar menggunakan iqra’, sememangnya kanak-kanak susah untuk duduk diam dan focus. Jadi, galakkan dia mengambil iqra’. Baca bersama-sama, walaupun masa yang dapat diambil sekadar 2 minit. Tak kisah..dia akan mengenal buku iqra’ terlebih dahulu. Tapi ingat, kita kena terapkan adab-adab membaca iqra’ dan Al-Quran sedari awal. Walaupun dua minit, baca perlu bersama-sama dengan adab-adabnya. Pernah saya melihat dalam youtube seorang kanak-kanak kecil yang membaca iqra atau Al-Quran (tidak jelas) di atas lantai dan ibu-bapa dan orang-orang tua disekelilingnya hanya tergelak-gelak melihat cara kanak-kanak itu membaca, tanpa menjaga kehormatan kitab Mulia itu. Sungguh tidak sopan.

Seandainya dia tidak focus dengan buku iqra’ itu, jangan marah pada anak itu. Kita alihkan pada minat si anak. Anak-anak memang minat lagu-lagu dan nyanyian. Jadi carilah cd atau video dari youtube utk mengenal huruf-huruf hijaiyah kepada kanak-kanak. Anak-anak memang suka.kebanyakan video yang cantik, berwarna-warni itu datangnya dari Indonesia. ataupun dari video2 muslim kid school yang menggunakan kaedah Baghdadi.. Memang anak2 suka..muhammad pun suka sgt.. 

Selain itu, bacaan doa perlu menjadi amalan. Terapkan pembacaan itu bermula dari kita. Kita bacakan dengan kuat apabila kita mula untuk menyuapkan makanan untuknya, memakaikan pakaiannya, masuk bilik air bersama-samanya.insyaAllah, dia akan pandai membaca doa dan akan menjadi amalan anak itu. Tetapi, malangnya masyarakat kita, sewaktu kecil diajarkan doa2.tetapi, amalannya tidak istiqomah. Akhirnya doa2 itu hilang seiring usianya. Untuk tidur, seelok-eloknya bacakan bersama-sama surah –surah lazim, 3 qul, ayat kursi dan doa tidur. Lebih baik andai kita pasangkan surah-surah Al-Quran apabila dia tidur, dalam volume yang perlahan. Pengalaman anak saya, dia akan tidur lebih nyenyak andai saya pasangkan suara qari mengaji.

 Antara tips lain yang saya amalkan, selepas anak saya lelapkan mata, saya akan bercakap2 dengan dia, dengan suara yang lembut. nyatakan harapan kita, tapi jangan gunakan perkataan 'jangan'. Pada saat itu minda bawah sedar dia dapat mencerna maklumat yang kita suarakan. Niatkan dan doakan semoga anak membesar menjadi anak yang soleh. wallahua'lam..sekadar perkongsian. semoga ada manafaat.

4 comments:

  1. Salam'alaik..
    syukran krn sudi lawat blog sy.
    bnyak input dlm blog akak ni ttg mndidik anak.. terasa x sabar nk ada chy mata wlaupun zaujah blum ada..huhu~
    cuma tu lah.. nak mmg nk, tp mikirkan diri yg ntah kuat atau x nk mnanggung amanah..rse x larat plak..

    apapun, sy brharap smoga trus dikuatkan.
    Selamat bt akak dan chy mata trcinta. ^_^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak ju..sudi berkongsi. Sedikit sebanyak ada persamaan dgn cara yg saya cuba terapkan kt baby sy...dgn membaca perkongsian kak ju ni boleh la dibaiki dan ditambah lagi yg mana yg masih kurg:)

    ina

    ReplyDelete
  3. banyak input yg baik secara diam2x mia jengah ke sini..sedar x sedar roomate mia suke gak jenguk blog akak..dia suke entry akak wp dia bukan blogger tegar...

    semoga ia juga memberi ilmu pd diri mia kelak

    ReplyDelete
  4. hafriz:takpe..blaja dl sblm terjun ke alam rumagtangga yg sebenar..

    ina;i.allah.kita berusaha..Allah tentukn..usaha n bykn doa smg ank2 kita mnjadi ank yg soleh..

    mia;akk pn suka bc blog awk..akk pn tgh blaja..dan terus blaja..apa akk tau..akk share la kt sini..tq sudi jenguk blog akk..

    ReplyDelete