Friday, August 12, 2011

RahsiaNya..

assalamualaikum..

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. cepat atau lambat. mengejut atau sakit yang berpanjangan. kita tetap akan berdepan dengan malaikat maut. logik akal manusia biasa akan berfikir yang sakit akan pergi mengadapNYA terlebih dahulu..sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Tahun 2003, adik saya disahkan mengidap penyakit SLE. tak tau?haa..baca link tu untuk menambah pengetahuan. bila saya bercerita tentang penyakitnya, orang akan berkerut dahi dan bertanya, "sakit apa tu?.." semakin canggih penemuan dalam dunia perubatan, semakin canggih penyakit akan timbul. hikmahnya,supaya dapat meruntuhkan ego si pakar2 perubatan kononnya merekalah yang paling bijak menemukan vaksin ini, vaksin itu..sedangkan Allah Si Pemberi Sakit dan yang Maha Penyembuh lagi Maha Bijaksana.

Dia melalui fasa turun-naik-stabil sepanjang 8 tahun ujiannya menemani hidupnya. bermula dengan belasan pil yang terpaksa ditelan hinggalah kini hanya satu pil sahaja. Alhamdulillah..saya menyaksikan ketabahan dan kesabarannya menghadapi segala-galanya. sewaktu mula disahkan mendapat penyakit itu. dia berada di matrikulasi UIA di PJ sedang saya sudah di main campus di Gombak. terpaksa berulang alik ke PJ untuk melihat keadaannya. Julai 2008, keadaannya sangat kritikal akibat kebosanannya menelan pil yang keterlaluan itu, dia meninggalkan ubat sepanjang 7 bulan itu..Allah punya kuasa, ubat sebenarnya tiada daya kuasa apapun..tetapi kita perlu berikhtiar, hasilnya seminggu dalam Julai 2008 itu, dia koma! saya yang ketika itu berada di Sarawak bergegas pulang ke Temerloh, bergilir-gilir dengan mak dan adik2 untuk menjaganya. masih segar diingatan petang itu, saat nafasnya seolah-olah berada di penghujung nyawa, salah seorang bapa saudara saya iaitu ayahandak berada disisinya membacakan surah yasin. penghuni-penghuni katil di wad itu seolah-olah sedang bersedia untuk menerima satu berita sedih apabila masing2 sudah menyarankan untuk diajar kalimat "Lailahaillah.." kepada adik saya. namun, ketentuanNya berbeza..umurnya masih panjang. Arwah suami saya yang juga ada ketika itu menarik nafas lega.

tahun 2008 juga, ayahandak saya yang telah disahkan mengidap kanser usus melalui fasa pembedahan-kimoterapi-masuk keluar dari wad. masih teringat saya dan arwah suami pernah melawatnya di hospital kuantan selepas dia menjalani kimoterapi. badannya lemah, namun semangatnya tidak luntur, disisinya mak andak yang setia menemani. kami berbual ringkas sahaja sebab ketika itu terlalu ramai pelawat sedang melawatnya. Ayahandak diuji dengan kanser yang semakin merebak dalam masa setahun selepas mula disahkan mengidap kanser apabila sakit dalam perutnya berlarutan membawa kepada penurunan berat badannya sebanyak hampir 20kg pada tahun 2007.

tahun 2009, ketika adik saya dana ayahandak saya masih bernyawa. arwah suami saya yang mendahului mereka. Seorang insan yang sihat walafiat itu telah sampai masanya untuk mengadap Penciptanya. hari kejadian, (03/04/2009) ayahandak saya yang masih boleh memandu, membawa isterinya melihat kereta yang remuk dipenuhi darah, akibat kemalangan itu.Disember 2009, selepas 8 bulan pemergian arwah abang, barulah tiba masanya ayahandak dipanggil pulang. dan Alhamdulillah..adik saya yang pernah suatu hari di tahun 2008 itu hampir kehilangan nyawa, Allah masih panjangkan usianya hingga ke hari ini. saat adik saya sakit, dua insan yang saya sayangi itu, arwah suami dan arwah ayahandak masih segar. tidak diketahui pada saat itu, insan yang paling segar itulah yang mendahului yang lain. Wallahua'lam..sesungguhnya kematian ini adalah dalam rahsiaNYA..kita hanya perlu bersedia..




2 comments:

  1. allahu rabbii,
    menginsafkan..
    moga mereka yg telah pergi ditempatkn di sisi org2 yg beriman.
    semoga aisyah & ank sntiasa berada dlm rahmat dan redhaNya, insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. utk peringatan diri ini dan teringat pd AHP dan adik yg sakit..sesungguhya mati itu pasti..malaikat maut tetap menjemput sesiapa yang telah tertulis namanya, tidak kira ketika dia sakit atau sihat..suka atau duka..hendak atau tidak..mati tetap akan terjadi..

    ReplyDelete