Monday, August 22, 2011

s.y.u.k.u.r

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..segala puji buatMu Ilahi..atas segala nikmat yang tak terhingga dariMu..

Syukur..kalimah yang yang senang di ucap..namun..manusia selalu lupa..untuk bersyukur..

Malam tadi, saya menghadiri jemputan berbuka puasa dan memberikan sumbangan duit raya untuk anak yatim. Kali ketiga jemputan, tapi baru dua kali saya menghadiri. selepas memakir kereta..saya mendekati kelompok insan-insan senasib. saya berbual dengan salah seorang dari mereka. Seorang balu yang baru kehilangan suaminya..(ada entry saya tulis pasal anak dia) anak bongsunya baru berumur 9 bulan. Masih kecil dan tidak memahami..anak yang kedua, umur 8 tahun..saya rasa dia memahami, sebab bila saya cerita pasal kematian ibu,dan datuk Nabi Muhammad SAW, dia juga bercerita tentang ayahnya. Dia berasal dari Kelantan dan kini terus menetap bersama ibu dan ayah mertua disini. beliau tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan ayah mertua.

Menoleh ke sebelah kiri, terdapat makcik yang sangat tua. dia bertanggungjawab menjaga cucunya yang juga anak yatim. salah seorang cucunya adalah 'anak istimewa'. kakinya berbalut, katanya dia luka dan yang lebih malang, dia penghidap diabetis. Sesekali, lelahnya kedengaran di setiap helaan nafasnya.  Allahu rabbi..

Penerima-penerima itu adalah anak murid saya. ketua pengawas di SKJU juga adalah anak yatim. saya sangat senang dengan sikapnya. sesampai saya di masjid petang itu, terus disuakan salam dan mencium tangan saya. Saya memang agak rapat dengan dia, kerana dialah harapan sekolah bagi pertandingan bercerita MTQSS. dan saya adalah orang yang bertanggungjawab melatihnya.

saya WAJIB bersyukur. ramai lagi orang yang susah diluar sana. semoga Allah memurahkan rezeki mereka dan melapangkan urusan hidup mereka..amin.


4 comments:

  1. syukur,alhamdulillah...
    terharu membacanya.
    melalui perkongsian begini semoga ianya dapat membantu/ membuka mata masyarakat tentang nasib ibu tunggal dan belajar sesuatu daripada ketabahan dan pengorbanan mereka.

    ReplyDelete
  2. kalau kita rasa kita susah..kalau kita rs sakit sbb kehilangan..sebenarnya masih ramai lagi di luar sana yg lagi susah...yg lagi menderita akibat kehilangan. Terima kasih kak menulis crita2 begini. menginsafkan

    ReplyDelete
  3. AHP..
    banyak lg kisah ibu2 tunggal yg ita tak tau..tgk cam kes dakyah kristian baru2 ni..sgt2 menakutkan..

    ReplyDelete
  4. ina;
    betul..kekuatn kita kadangkala datang pada rasa syukur..kita bersyukur..insyaAllah kita jadi kuat..fikirkan org2 yg lebih susah dari kita..i.allah kita akan bersyukur...

    ReplyDelete