Wednesday, January 18, 2012

permulaan yang sibuk..

assalamualaikum..

permulaan tahun 2012 yang sibuk. sesiapa yang berkerja sebagai guru, pasti tahu apa yang berlaku di awal tahun. tambahan pula ada kerja tambahan yang sedang saya lakukan selepas pulang dari sekolah. nampaknya blg ini semakin bersawang dan semakin sepi la jawabnya. apapun,saya akan cuba mengisi masa yang terluang dengan mencoret sesuatu disini.

apa yang cerita yer...emm..dalam kesibukan seharian, pendidikan anak insyaAllah tidak akan terabai. baru ni saya telah 'melabur' untuk muhammad fathi satu education program yang saya boleh buat kat rumah. pelaburan yang agak besar berbanding pendapatan saya yang biasa-biasa ni..semoga Allah permudahkan segalanya,dan semoga program ini memberi manafaat yang besar buat dia.

malam tadi seperti biasa,saya ajar dia mengaji..selalu dia akan main-main. biasalah kanak-kanak..malam sebelumnya,saya sudah hilang sabar dan saya keluarkan rotan..ok la skit dia baca, then malam ni..dia sudah agak serius membaca..tapi awal-awal lagi dia tanya,"ummi amik tu tak?" sambil tunjuk pada rotan yang tergantung. saya katakan kalau muhammad tak nak baca betul-betul,umi akan amik..dia pun bacalah..oklah..tapi sampai ke hujung muka surat tu...tiba-tiba muka dia suram,muram dan diam je...aikk..kenapa?saya pun taknak paksa dia dah..terus stop..saya bagi dia susu,then baring atas katil..saya tanya kenapa?dia diam je..saya pun tanya,"muhammad suka ngaji?"  dia kata,"suka,tapi..ummi tanya apa ni?apa ni? muhammad tak ingat.." terangnya dengan muka sedih. uwaaa..sedih sangat saya melihat wajahnya. saya katakan,"muhammad..takpe..ummi tak marah kalau muhammad tak ingat..muhammad dah ingat banyak dah..takpe..nanti ummi ajar lagi..ummi ajar sampai muhammad pandai..ingat semua..nak tak?" dia pun berkata,"nakkk.." sambil tersenyum. rasa bersalah pulak ummi sebab terlalu memaksa dia..lepas ni,saya akanbuat secara santai..kesian muhammad kan..baru dua thn sembilan bulan dah stress belajar..hehe..takpe sayang..satu pengalaman dalam proses pembelajaran..insyaAllah..ummi akan fikirkan sesuatu yang buat muhammad fathi seronok belajar tanpa stress-stress..

1 comment:

  1. memang agak payah tuk ajar anak secara santai dan tegas... saya pon dah mula kenalkan anak saya 5 bulan dgn huruf2 alif ba ta.. dia nampak excited.. tapi bila kita dok ulang2 lama2 muka dia mula mencebik.. stress le tuh.. harap2nya kita sama2 dapat mendidik anak ke arah yg lebih baik.. insyaallah

    ReplyDelete