Wednesday, January 30, 2013

membilang bilah-bilah hari di Januari...

assalamualaikum warahmatullah..

selawat dan salam buat Rasulullah SAW..Allahumma solli 'ala saidina muhammad...

hari-hari di Januari mengundang seribu satu rasa, pelbagai agenda, kesibukan di awal2 tahun 2013. namun, apa-apa pun, kena tetap bersyukur, syukur dengan nikmat Allah yang tak terhitung..pagi tadi, en suami beri 'tazkirah' tentang syukur..

"waktu kat hospital jaga dikman tu,ada sorang patient tu kena barah otak, umur dia baya umur abg..sian tgk dia,takleh bercakap,takleh makan,masuk ikut tiub je..dah 9 bulan terlantar camtu..hospital jadi rumah kedua diorang...sian sgt..isteri dia mengaji je kat sebelah..Allah uji diorang sekeluarga dengan kesakitan ketua keluarga dia..kita ni kena banyak syukur..Allah bagi sihat..bagi rezeki macam2..."

betul kan..nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang adalah dua nikmat yang jarang disyukuri...

Kehamilan

Alhamdulillah, kehamilan kali ni, Allah uji dengan kencing manis dan tekanan darah rendah. appoinment doktor kat klinik dan doktor pakar kat HOSHAS..bergilir2, BSP,FBC,RP dan segala menda alah yang berkaitan dengan system of operationnya...huhu...

last week gi appoinment pakar O&G HOSHAS, doktor kata "puan ni kemungkinan uri baby akan supply makanan sampai 38weeks sj,so, kali ni pun puan kena admit ward on 38weeks juga..nak bersalin normal depends on the baby laa..."

ermmm...terdiam...taktau nak kata apa,cuma dalam hati, "wallahua'lam...Allah knows the best...Dia Maha mengetahui bila baby ni akan keluar...harap2 bolehlah bersalin normal.."

sebelum ni, alhamdulillah saya tak pernah berdepan masalah kencing manis atau tekanan darah rendah atau masalah2 kesihatan yang lain. cuma di penghujung trimester ketiga je, Allah uji dengan ujian yang pelbagai...insyaAllah, saya doa banyak2 semoga Allah bagi kesihatan yang baik buat saya dipenghujung kehamilan saya nanti...kwan2 tolong doakan saya yer...sekarang ni, boleh kata hari2 saya kena gi klinik, ada hari yang kena pergi sampai 4 kali, sebab buat BSP..emmm...apa pun saya akan tetap tabah, demi anak yang bakal dilahirkan..insyaAllah...semoga Allah permudahkan segalanya..

Seminar Berani 2013

baru-baru ni saya mengikuti seminar Dr Azizan Osman, kenal kan siapa Dr Azizan Osman?taraf jutawan tu...umur baru 39thn, tua setahun je dari en. suami.. seminar tu sangat best..sangat memberi inspirasi..Dr ajar kita set up matlamat untuk 10 tahun akan datang, tips2 untuk berjaya, terutama dalam bisnes..en. suami pulak memang terlibat dengan bisnes..dan alhamdulillah..banyak perkara yang kami belajar dari seminar tu...bak kata afdlin shauki..


"tanpa keBERANIan..mimpi takkan menjadi kenyataan..."


ingatkan saya sorang yang terrer berangan, rupanya en suami lagi hebat berangan...hehe..bila dia cerita kat saya impian dia..ternganga saya...insyaAllah..kami akan berusaha untuk tambah ilmu lagi dan lagi, terus berdoa,berusaha dan berbakti..jangan lupa bab nak berbakti tu...yang paling penting, pada kedua orang tua kita...semua tu pesanan dari Dr Azizan Osman...bestlahhhhh...


Puteraku sayang..

muhammad fathi, bakal bergelar abang tak lama lagi dah..dalam perbualan dia, dia selalu menganggap yang dia dah besar...besar laaa sangattt..."dulu, waktu muhd kecik2 dulu..." ayat intro dia, bila dia nak cerita pasal zaman dulu2..kunun2 laaa...

sekarang ni, yang saya pasti anak saya sorang ni sedang mengembangkan kosa katanya...dia akan bertanya saya makna perkataan yang dia tak faham...macam2 perkataan  bombastik keluar la..pastu kalau dia jumpa perkataan yang dia suka, agak2 dia faham, dia gunakan laaa...

sekali tu malam hari, dia komplen pada saya sebab saya suruh dia off tv, time's up..masa untuk tidur..apa dia kata tau..."umi ni takbermasalahkemanusiaan laa...." fuhhh...panjangnya perkataan...hehe...saya tanya dia dapat mana perkataan tu, dia kata..dalam cerita upin dan ipin...maksud dia sebenarnya,dia nak kata yang saya ni takberperikemanusiaan..ada ke patut????hehehe...

dia sangat suka menonton tviq tu, channel 610..porgram yang dia tak berkelip mata nengok ialah backyard science...eksperimen yang diorang dalam program tu buat..sangat mengujakan dia...walaupun berulang2 pun takpe..selain tu, dia suka..sains comot..rekativiti..kartun2 tu biasalah..budak kecik...memang feberet dia gak...tapi saya rasa, rancangan berbentuk sains tu lagi dia suka..

dia juga sangat obses dengan kompang, tabla, dan apa2 alatan music percussion..yang selalu oarng bernasyid tu main...memang sangat minat..dan saya lihat, dia juga agak berbakat dalam bidang tu..kebetulan kompang pakngah dia ada kat umah..jadi bahan mainan dia sejak umur dia setahun lebih..saya rasa, itulah mainan dia yang paling dia suka dan tak jemu...dan kalau keluar kat tv hijrah selawat2 dan qasidah tu..riuh rendahlah umah kami...huhu...sampai ummi dan abi dia 'dipaksa' oleh dia, untuk jadi penyanyi latar, pemuzik latar...huhuhu...

ni gambar dia tengah khusyuk berkompang...hehe..rayban cik aroi dia jadi mangsa...


februari yang bakal menjengah..

harapan dan doa saya untuk hari2 mendatang, semoga Allah terus kekalkan keimanan kami, ketengan kami, kebahagian kami...bertambah kesyukuran kami, bertambah rezeki kami..banyak wishlist untuk 2013 ni...semoga Allah makbulkan...amin ya rabbal alamin...


No comments:

Post a Comment