Thursday, November 24, 2011

kumpulan sokongan SSH...

assalamualaikum...

alhamdulillah..syukur pada ya Rabbi atas segala nikmat yang Engkau kurniakan atas kami..semoga kami berada dalam golongan orang yang mensyukuri nikmat2 Mu..

zaman Rasulullah dulu, anak2 menjadi yatim dan ramai wanita menjadi balu kerana suami2 mereka syahid ketika dalam peperangan. maka, Rasulullah bertindak mengamalkan poligami untuk menyelamatkan ibu2 tunggal yang kematian suami. zaman sekarang, ramai wanita menjadi balu dan ibu tunggal kerana suami meninggal dalam kemalangan jalan raya dan akibat penyakit yang tak terduga seperti kanser..apabila tersedar..mereka sudah berada di tahap kritikal, inilah fakta dan hakikat yang saya dapati dari kumpulan rahsia (secret group) facebook yang sy join apabila di 'add' oleh salah seorang sahabat senasib saya. 'kumpulan underground' itu dinamakan SSH..stand for what???..syyyyhhhhh...rahsia...hehe..

group tu ditubuhkan oleh adik Mala yang berada di Kedah..mula2 hanya tiga orang je ahlinya..sehingga kini, ahlinya seramai 19 org yang semua kehilangan suami dalam jangka masa 2 tahun ini dan ada yang terbaru masih dalam eddah..dua tiga bulan yang lalu...semuanya muda2..yang paling tua pun umur 38tahun..yang paling muda umur 26 tahun.. semuanya insan istimewa..yang Allah pilih untuk menghadapi ujian hidup yang hebat ini...

kami mengalami rasa yang sama..saling memahami dan saling sokong-menyokong antara satu sama lain..dalam rintihan merindui yang telah pergi..kami ditekan manusia-manusia yang tidak memahami,kami dihimpit dengan tuntutan mencari sesuap nasi untuk anak-anak, kami diasak dengan bebanan kehidupan dunia yang serba mencabar,kami berkongsi rasa,berkongsi derita..disitu kami merintih,di SSH kami menangis...tapi adakala terpujuk dengan kata2 semangat dan lawak2 spontan..dan kami ketawa semula...

begitulah yang kami lalui..tapi hakikatnya kami semua ni kuat..MAMPU menghadapi tekanan luaran dan dalaman. bak kata Mala..we all supermak..betul..kami semua S.U.P.E.R.M.A.K.sss....tapi saya, superummi la kot...hehe..

semoga Allah taala sentiasa merahmati perjalanan hidup kita..memudahkan urusan mendidik dan mentarbiyah amanah2 yang ditinggalkan..semoga terus tabah dan kuat...amin ya Rabbb...

2 comments:

  1. tahniah,
    usaha yang sgt2 bagus.
    semoga semuanya mengikut perancangan dan diredhai Allah.
    ameen...

    ReplyDelete