Tuesday, November 29, 2011

lelaki yang paling hensem..




assalamualaikum..
sangat teruja dengan kata2 itu..sememangnya saya pernah 'memiliki' buat seketika lelaki yang paling hensem itu. bukan memiliki secara hakiki, ayat yang paling benar, saya pernah dipinjamkan oleh Allah lelaki yang sebegitu. dialah Allahyarham Muhammad Fuad bin Mat Zin Al-Hafiz. terkedu seketika pabila diberitahu lelaki yang melamar saya melalui pakteh dan makteh saya tu adalah seorang hafiz Al-Quran.dan saya? apa yang ada pada saya..saya bukan seorang hafizah..saya hanya seorang ustazah yang punya banyak kelemahan. saat saya menerimanya, saya belum mengenali rupa parasnya..setelah solat istikharah,dengan rendah dirinya saya menerimanya kerana Allah. dan apabila saya ceritakan semula pada abang, dia 'merajuk'.."ooo..memang sayang taknak tengok rupa abang la ye.." 

ketika saya menerimanya juga, terasa cuak dihati saya, ada lagi ke lelaki zaman sekarang yang menyuruh orang lain carikan calon isterinya..kenapa dia suruh orang lain carikan..ke rupa dia ada something wrong..terfikir dalam hati..dan fikiran tu ini tidak diketahuinya sehingga dia pergi meninggalkan saya. ketika first time saya menatap wajahnya dalam gambar yang dikirim..saya hanya mampu katakan.."MASYAALLAH..SUBHANALLAH.....hensem!!!!...." hilang segala gundah gulana.. :)








rindu sangat2 lelaki paling hensem ni..huhu..hari ada beberapa peristiwa sedih berlaku:

1. muhammad taknak mengaji hari ni, puas pujuk, tak jalan, umpan dengan coklat, tak jalan..sebab hari ni ramai sepupu dia balik..so..sangat suka bermain..ummi sedih sangat..susah sangat nak ajak dia mengaji..

2. muhammad jatuh lagi hari ni..sampai berdarah bibir dan giginya goyang..dah la dua tiga hari lepas dia tersepit jari, sedangkan kuku jari itu masih belum sembuh dan kukunya masih mati akibat tersepit kali pertama hari raya haji yang lalu.semakin lasak dan semakin kuat bermain.

3. ada lagi orang yang 'menanyakan' saya..mak bercerita dan saya tak mahu mendengar kisah selanjutnya..saya rasa mak tahu jawapannya.









2 comments:

  1. jauh sgt taraf saya dgn lelaki ensem tu... :)
    kategori lelaki ensem sikit2 tak ada ke?
    insyaAllah muhamad bakal menggantikan abahnya.

    p/s- kalau dah ada yg bertanya, istisyarah dan istikharahlah.

    ReplyDelete
  2. AHP..ahp leh la dlm kategori ensem skit2..ahaks :P..i.allah..AHP doakan yer..muhammad jadi anak soleh dan ensem..belum istikharah..tp hati cam dah tau jawapannya..biarkanlah dulu..

    ReplyDelete