Monday, November 28, 2011

langkah pertama telah bermula...

assalamualaikum...

salam ukhuwwah buat pngunjung dan pembaca blog yang tak seberapa ni....memandangkan statistik pengunjung yang semakin meningkat membuatkan hati ni takut..takut sangat tak terjaga hati..takut orang salah faham..dan macam2 kegusaran timbul..bukan apa..hati kita ni susah nak jaga dari syirik khofi tu..riak..ujub..sum'ah..takut orang cakap saya mempublisitikan ujian yang menimpa saya..bukan itu maksud saya bina blog ini, tujuan saya sekadar meluah rasa..dan bercerita..semoga ada manusia lain yang mengambil manafaat..,menghargai insan2 tersayang, sebelum mereka juga dipanggil pulang..kerana kita semua ini hanyalah pinjaman dariNYA..Ya Allah lindungi aku dari segala rasa2 tu..setakat ni alhamdulillah..tiada rasa sebegitu, tapi risau jugak akan datang tidak kita ketahui..cuma apa yang saya rasa sekarang..semakin bersemangat untuk menulis dan mencoret sesuatu di laman sepi ini..tambahan pula sekarang banyak masa terluang..makanya, saya akan bercerita tentang hari2 yang saya lalui....

jumaat lepas, saya telah memulakan langkah pertama misi tarbiyah anak soleh saya. untuk memulakan PnP..mesti ada bahan mengajar dan belajarnya kan..betul tak cikgu2 sekelian...hmmm...betul!!!...jadi, saya pun pergi la ke bandar jerantut untuk mencari set pembelajaran Al-Furqan..seperti yang diguna oleh mama darwisya..kira2 saya anggap dia macam mentor saya la..secara tak rasmi..dalam hujan lebat..saya gagahi juga meredah..naik kereta sebenarnya..memang tak kena hujan pun...hehe...sampai ke Jerantut, hujan masih lebat..setelah kereta di parking..hujan masih turun mencurah-mencurah..payung pulak tertinggal kat rumah..lama saya dan muhammad duduk dalam kereta..menunggu hujan reda..namun tiada tanda2 hujan akan reda..lalu saya katakan pada muhammad.."muhammad..kita kena doa pada Allah..minta tolong Allah hentikan hujan sekejap..kita nak masuk kedai ni.." kata saya..maka saya pun angkat tangan, diikuti muhammad dan berdoa..tidak lama setelah doa diaminkan, hujan beransur reda..MasyaAllah kuasa Allah mendengar doa hambaNYA..dan saya ajak muhammad masuk dalam kedai..sehingga saya selesai membeli hujan sudah betul2 reda. saya katakan kepada Muhammad..betapa baiknya Allah mendengar dan mengkabulkan doa kita kan muhammad..dan saya pesan pada Muhammad..apapun kita kena sokmo2 doa pada Allah..dan set Al-Furqan tahap satu yang mengandungi 4 buah buku, 1 cd audio dan flash card berjaya saya miliki.dan tak lupa say beli satu kotak coklat (bukan gula2) untuk bantu saya sebagai "read and reward system".

sesampai di rumah, saya buka dan membelek set itu..ada pelbagai pilihan sebenarnya di kedai itu, tapi mungkin ada kebaikannya set ini. saya dapati ianya sedikit berbeza dengan iqra' dari sudut susunan huruf saja, jika iqra' bermula dengan huruf alif, al-furqan ni bermula dengan huruf mim..dan alhamdulillah,setelah tigahari mengaji, muhammad telah mengenal 5 huruf..dan dua huruf tu dia kenal melalui cd2 kartun nasyid alif ba ta yang saya selalu pasangkan pada dia.



muhammad juga sedang berusaha menghafaz surah Al-Fatihah..sebelum ni dia dah dapat gak surah Al-Ikhlas..tapi tak sepenuhnya..masih ada ayat yang dia belum hafaz..takpelah..saya mulakan semula dengan surah Al-Fatihah. sangat susah nak ajak dia mengajidan menghafaz..sebab anak lelaki kan suka bermain..tetapi read-reward system ini banyak membantu.Alhamdulillah..Muhammad pun banyak peningkatan juga..dia sudah tahu camana nak rukuk dan sujud..walaupun rukun solat yang lain tu tak pandai lagi..takpelah..sikit2 lama2 bolehlah solat..sudah tahu waktu2 solat..zuhur, asar dan maghrib..subuh dan isyak dia tak tahu lagi sebab mungkin waktu tu dia telah dan masih tidur. wudhuk pun dia sudah tahu basuh muka dan basuh tangan sampai siku..Semoga Allah perkuatkan ummi untuk terus mendidik anak soleh ummi ni..dansemoga muhammad fathi menjadi anak soleh, berilmu, beriman, dan beramal dengan ilmunya serta menjadi pejuang agama Allah..seperti Sultan Muhammad Al-Fateh..tingginya cita-cita ummi...:)


5 comments:

  1. Assalamualaikum..tahniah dan slmt berjaya meneruskan langkah seterusnya.. Muhammad pun dgr ckp ummi tau.. hrp2 my aleeya and my fawwaz akan mengikuti jejak langkah muhammad jgk...amin....

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..jue singgah dia blog ini tidak sengaja..tertarik dengan petikan "KENAPA AKU?..dan jue meminta izin untuk copy n letakkan kat blog jue jugak...

    sungguh2 terharu membaca kisah puan dan amat2 kagum dengan ketabahan puan.
    jue doakan moga puan dan muhamad sentiasa berbahagia serta dikerkati allah selalu ..
    serta AL-Fatihah Buat arwah suami serta mak dan ayah mertua..moga di tempatkan dikalangan orang yang beriman...

    salam ukhwah dari jue

    ReplyDelete
  3. Assalam.. puan beli kat mana set al furqan tu? ada jual kat kedai buku biasa ye

    ReplyDelete
  4. wslm kak pae;sangat mncabar kak..akak doakanlah supaya muhammad rajin2 mengaji..huhu..smoga alya dan fawwaz jadi anak yg soleh..amin..

    cik jue:salam ukhuwwah..copy la jue..semoga ada manafaatnya buat org lain jg..terima kasih atas doa..

    Ain Nazira; wslm..saya beli di jerantut,rasanya ada dijual di kedai2 buku biasa..

    ReplyDelete
  5. kat area mane yea kedai ni ummu?
    sy tinggal kat Bdr Jengka,Pahang.

    ReplyDelete