Thursday, November 4, 2010

fitnah yang dahsyat...

Bismillahirrahmanirrahim..




Skill menulis makin lemah…



Semangat menulis juga makin kendur…



Kenapa? Banyak perkara aku simpankan sendiri..banyak sangat..rasa cam nak luah kat sini..di kanvas sepi ini..siapakah yang sudi mendengar bicara sepi ini..



Baiklah, sebenarnya aku patut menceritakan disini..biar kepala kian pening berpusing terasa lega..bahuku yang memberat memikul tekanan ini terasa ringan..



Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menjengah alam maya, akhirnya kembali..hanya menyepikan diri seketika, biarlah, lagipun kehadiran aku disini pun tidak dinanti, ketiadaan aku pun tidak dicari..



Berbicara tentang tekanan. Tekanan adalah ujian..bagaimana jiwa dan diri ini menghadapinya. Tepuk dada tanyalah iman.



Tekanan berpunca dari pelbagai sebab. Dan tekanan aku berpunca dari dua sebab. Tekanan kerja yang semakin memberat di hujung-hujung sessi persekolah ini. Ini tekanan yang boleh aku hadapi. Tekanan yang pada aku satu cabaran. Ini adalah kejaya yang paling aku suka dan minati. So, habis cerita..hadapi segalanya dengan tenang.



Tekanan kedua ini berbeza. Tekanan berpunca dari fitnah manusia. Lama aku berdiam diri dari alam maya menghibernate diri, mengawal sehingga segalanya reda. Andai aku terus luahkan di kanvas sepi ini, mungkin ada perkataan yang kurang enak aku keluarkan.



Seorang sahabat berkata, biarlah dibunuh saja dirinya, asal jangan difitnah..diambil dari ayat surah Al-Baqarah. Ya benar, fitnah lebih buruk dari membunuh. Aku sendiri tidak ketahui sejak bila fitnah itu menular. Ianya hanya kuketahui apabila ada seseorang yang tidak kukenali memohon maaf padaku. Katanya dia berdosa kepadaku keraa percaya pada kata2 seseorang yang selalu memburukkanku. Malah sewaktu kursus peningkatan profesionalisme guru pendidikan Islam baru2 ini, aku dipandangnya serong. Aku tidak kenal orang itu, tetapi aku kenal orang yang selalu membawa cerita tidak elok dan tidak benar tentangku. Aku sendiri tidak pasti apakah salah aku, sedang cerita yang dibawa semua fitnah belaka. Aku juga tidak tahu apa motif dia menjaja keburukan aku, sedang aku tidak begitu rapat dengannya.



Aku sedar segala perbuatan, bual bicara dan cara kerjaku diperhatikan oleh sesorang. Namun tidak kusangka fitnah ini yang berleluasa. Bukan aku tidak bekerja, aku tau apa hukumnya andai aku tidak melaksanakan amanah ini, tapi aku sekadar menukar method penyampaian saja. Tujuannya supaya objektif pembelajaran lebih menarik. Adakah itu salah?



Apa yang harus kulakukan setelah mendengar tentang fitnah yang tersebar…mula terasa ingin kubunuh saja org itu..tapi itu hanya syaitan yang berbisik..tenang, walau muka merah menyala..tarik nafas..walau terasa dada tidak terisi oksigen bahkan api yang menyala..



Aku hanya diam dan berfikir, lantas kuceritakan segalanya kepaa guru penolong kanan 1 dan HEM yang rapat dan mengenaliku. Mereka juga terkejut dan beristighfar. Mereka mengenaliku dan tahu menilai cara kerjaku. Atas nasihat mereka, aku berjumpa dengan Guru Besar dan menceritakan segalanya. Aku tidak menyebut nama orang yang terlibat, tetapi beliau pandai meneka siapakah orgnya. Guru Besar seorang wanita dan memahami kesedihan yang aku luahkan kerana fitnah ini juga melibatkan maruahku dan statusku.



Akhirnya, atas permintaan GPK 1, aku memberi tazkirah pada hari Jumaat yang lalu dengan lantangnya. Aku bukan berniat mngenakan sesiapa. Tetapi peringatan tentang bahaya fitnah, mengumpat, mencari2 aib dan kesalahan orang serta mengadu domba. Semoga tazkirah yang ramai menyatakan agak pedas bagi yang makan cili, meresap kedalam hati, dan semoga Allah memberi hidayah kepada orang itu. Dan kanvas sepi ini menjadi saksi bahawa aku telah memaafkannya, walaupun aku tahu aku berupaya untuk claim atas apa yang disebarkan di Mahkamah Allah Yang Maha Agung kelak.

2 comments:

  1. salam ziarah.ummu fathi...

    sesungguhnya Allah Maha Pengasih .. bersabar lah..dari kejauhan di doakan..kebahagian dan ketenangan mengiringi setiap langkah mu...amin..

    ReplyDelete
  2. salam. syukran imanamani, doakan smg kesabaran dan keimanan terus menjadi tunjang kehidupan ini..smg ada cahaya menanti..

    ReplyDelete