Thursday, December 23, 2010

entry syahdu..

Bismillahirrahmanirrahim..

salam ukhuwwah..semoga anda semua berada dalam lindungan Allah hendaknya..

dua tiga hari ni hati terasa agak syahdu sebenarnya..terasa hati ini kembali mengingatinya. sebelum ni tak ingat ke?ingat sokmo..tapi kali ini ingat dengan sedikit sebak di jiwa..

kenapa? sebabnya, baru ni aku jumpa dengan salah seorang sahabat aku. sahabat di UIA yang juga merupakan anak saudara pada mak saudara aku..berbelit skit...macam ni, pak sedara aku kawin mak sedara dia..dia plak satu UIA dgn aku..faham tak..ok, faham dah kan..tahniah! :)

sahabat aku ni plak kawin dengan suami dia..suami dia tu kawan arwah..get it? itulah yang buat aku syahdu skitnye..bukan banyak tau..sikit je..automatik aku akan teringat kat arwah..haaa...asben dia la yang kata aku ni muka sedih..aparraa...kata org muka sedih...tapi takpe la..muka sedih pun tak menjejaskan kecutetan aku..heheh..sori..ayat perasan takleh tinggal...:P

tak sempat nak berborak lama dengan dia..bagus jugak..kalau sembang lama2 sgt kang..takut2 terpecah empangan airmataku ini..huhu..anaknya sebaya anakku..muda beberapa hari saje..comel sgt anaknya..

tu faktor pertama kenapa hati ini berbaur syahdu..

faktor kedua, anakku sayang demam hari selasa malam rabu tu sehinggalah hari ni, Alhamdulillah hari ni dah tak panas badan dia, cuma merengek je la..dah lama dia tak demam malam, malam tu badan dia panas mendadak..panik gak aku sebab mak ayah aku takde kat rumah. aku tinggal dgn adik2 aku je..

malam tadi, demamnya masih ada, cuma panas badannya kurang sikit. pukul 3 pg dia bangun terus duduk dan  tunjuk pada album gambar aku..aik..pagi2 buta nak tengok album gambar ni kenapa?..aku pun layan je laa..sebenarnya dalam seminggu ni dia banyak kali tengok album tu, dalam album tu banyaknya gambar kahwin aku dan gambar waktu honeymoon dulu..dia tunjuk kat gambar aku, dia kata.."mii.." pastu dia tunjuk kat arwah abahnya yang dok sebelah aku..aku pun terangkanlah, " ni abah adik.." dia pun sebut.."babah.."pastu dia cium gambar arwah abah dia..dia tengok keliling rumah..pastu tunjuk kat ruang tamu kat atas..aku pun kata kat dia.."adik, abah adik dah takde..abah adik dekat syurga, jumpa Allah.." dia pandang je muka aku sambil angguk kepala..jarinya yang halus tunjuk lagi kat gambar abahnya.."babah.."katanya..."i.Allah..nanti kita jumpa abah kat syurga ye.." dia angguk lagi..

muhammad fathi budak bijak..biasanya arahan atau apa yang aku katakan dia faham..tapi kali ni aku tak tau la dia faham tak..dalam kesuraman pagi yang sunyi itu, perlahan-lahan aku mengesat airmata yang mengalir..

aku tahu, nak taknak aku kena terangkan juga pada dia berkali-kali tentang abahnya. walaupun dengan iringan airmata, aku kena tabahkan hati untuk menceritakan pada permata hatiku itu bahawa dia punya abah seperti orang lain, bezanya Allah menyayangi kami, sebab itu abahnya dipanggil pergi terlebih dahulu...

di sisi lain pula, aku selalu mengingatkan diri ini, banyak nikmat yang Allah berikan padaku dan hikmah yang Allah tunjukkan selepas apa yang menimpaku. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. banyak sangat hikmahnya, antaranya transformasi perasaan dan rasa kedewasaanku. yelah, pengalaman mendewasakan. belajar bersabar, bersabar dan terus bersabar, hargai dan syukuri apa yang ada di sekelilingku...dan persahabatanku dengan sahabat2 lama kembali terjalin..alhamdulillah atas segalanya Ya Allah..

sedih la jugak...
ummufathi @ FJU,
4.29pm

2 comments:

  1. salam..
    yg membacanya pun turut sedih..sedih sangat..apatah lagi bila entry ni bercerita ttg si kecil yg masih belum mengerti banyak ttg erti hidup dan mati ini..

    Dia sedang membesar..dia sedang belajar..dan dia akan perlahan-lahan faham ttg jalan hidupnya yg cantik di atur Tuhan ini...

    ..bersabarlah buat si ibu, walau mmg perit untuk setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini..dan situasi ini akan kalian lalui berkali-kali lagi..sehingga dia benar-benar faham dan takkan bertanya lagi..

    Muhammad Fathi..Muhammad juga ada abah, sama macam orang lain..cuma abah Muhammad lebih disayangi Allah..dijemput DIA terlebih dahulu kesisiNya..dan Muhammad ditinggalkan bersama ummi disini utk meneruskan kehidupan dengan jalan-jalan terbaik yg Allah tetapkan...

    ReplyDelete
  2. wslm..

    sarah, tima kasih..doakan akak dan muhammad fathi yer..

    ReplyDelete