Friday, February 11, 2011

pengganti..

Assalamualaikum warahmatullah...

InsyaAllah, mulai entry ini dan seterusnya, saya akan mula membahasakan diri ini saya, sebab saya rasa macam sangat tidak best kalau terus membahasakan diri aku..sebenarnya jarang sgt2 membahasakan diri aku, sebelum ni, saya sekadar suka2 menulis dan menganggap ianya sebagai monolog diri..jadi sesuailah nak bahasakan diri aku..setelah blog ini mempunyai pembaca yg tersendiri..rasanya elok saya menukar kata ganti diri ini..harap maklum.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah menghadiri kursus pemantapan profesionalisme GPI. seperti biasa, dalam kursus seperti itu, semestinya saya akan berjumpa dengan sahabat2 lama. salah seorang sahabat yang saya temui pada hari itu ialah, fairos. kakaknya housemate saya di kuching dulu, dan juga satu mahallah dengan saya. dia juga sahabat saya sedari di UIA lagi. berbual pelbagai perkara sehingga keluar dari mulutnya soalan ini.

" kak ju tak nak cari pengganti ke?"

Pada saya, soalan ini sangat sukar di jawab. sangat-sangat sukar. sebolehnya nak je saya pinta..tolong jgn tanya saya soalan maut tu.. tapi sebenarnya jawapannya sangat mudah. "saya serahkan segala-galanya kepada Allah. soal pertemuan, perpisahan, jodoh dan ajal maut semua di tanganNya, kalau ada lagi jodoh saya di dunia ini, saya terima, andai tiada saya redha.."

jawapan yang agak positif. namun jauh di sudut hati, sebenarnya ada perspektif yang berbeza. soal pertemuan, perpisahan, jodoh dan ajal maut semua kerja Allah. Buat apa kita fikirkan tentang kerja DIA. itu isu yang pertama, pertemuan- sememangnya ia aturan yang Esa. kadangkala kita tidak menyangka akan bertemu seseorang dalam keadaan yang tidak disangka2. dan adakalanya, kita telah merancang untuk bertemu dengan seseorang, namun andai tidak diizinkanNya, pasti tidak berlangsung pertemuan itu.

Begitu jua dengan jodoh. siapa sangka saya berkahwin dengan Muhamad Fuad bin Mat Zin. ramai sahabat2 bertanya saya, walaupun selepas pemergiannya.."jumpa arwah suami dimana?". apa yang perlu saya jawab? "di dalam masjid waktu akad nikah", jawapan serius tapi nampak macam main-main.serius! saya hanya jumpa dia di situ. sebelum itu ada la jugak sekali waktu persiapan kahwin. tapi kalau saya betul2 nak main2 saya akan jawab, "tepi jalan!!..." dan ramai sahabat tidak mengenalinya, biarlah...dia pun sudah berbahagia di alam sana. dia memang tidak terkenal, tapi dia dikenali setelah pemergiannya.

Dan ajal maut adalah rahsia dari rahsia Allah. semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz, bilakah tarikh kita akan dipanggil mengadapNya.tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat. setiap detik yang berlalu, semakin hampir dengan saatnya. saya sendiri masih terfikir, sewaktu akad nikah dulu, saya tidak pernah terfikir dan menyangka bahawa jodoh pertemuan saya dengan dia hanya berusia 3 tahun. dan saya tidak pernah terfikir yang arwah akan meninggal dunia pada pagi Jumaat yang tenang itu. dan ketika saya menulis ini, saya juga tidak tahu sampai bilakah lagi tangan ini dapat ditarikan didada keyboard ini, entah esok, entah lusa..saya juga seperti arwah..kembali menemui pencipta kita semua. perumpamaan hidup dan mati ini seolah kita sedang berada di sebuah bilik yang dipisahkan oleh sekeping dinding yang nipis. kita akan ke bilik sebelah yang dikenali dengan nama alam barzakh itu hanya dengan satu panggilan. kini, kita hanya menuggu giliran sahaja.

kembali kepada persoalan yang dilemparkan oleh sahabat saya tadi. jauh di sudut hati saya, saya berkata, tidak mungkin ada orang yang dapat menggantikan tempat dia di hati saya. pada saya, dia terlalu istimewa. walaupun pertemuan dan jodoh kami hanya 3 tahun, tapi dia telah mendidik dan mengajar saya macam2. walaupun kami tidak sempat menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua, tapi pelbagai kenangan pahit manis bersama dilalui. walaupun kami tidak tinggal sebumbung, tapi kami tetap suami isteri yang sangat2 saling sayang menyayangi..kerana cinta dan kasih kami bertunjangkan Yang SATU. Sehingga sewaktu saya di Benta dulu, kak yati seorang sahabat yang selalu menanya dan berkongsi cerita dengan saya bertanya, "berapa lama aisyah kawin dengan arwah?" saya cakap "hampir 2 tahun". " "tapi akak rasa dari cerita aisyah, macam dah lama aisyah kawin dengan dia",katanya. Pelbagai perkara yang arwah ajar saya, saya sampaikan pada kak yati. dan akhirnya dia sendiri bermuhasabah tentang hubungannya dengan suaminya yang berusia hampir 14 tahun.

bukan tiada yang menanya, bahkan ada yang sampai datang ke rumah, untuk memberi sedikit keselesaan, saya juga telah bersolat  istikharah, dan jawapannya tetap sama. andai gerak hati panduannya, hati saya tetap pada arwah, kalau mimpi panduannya, malam saya masih bermimpikan dia. saya juga pernah dihujani panggilan telefon dari seorang isteri kedua pada seorang lelaki. lelaki yang tahu mengamalkan sunnah Nabi yang itu saja. sedangkan sang suaminya tidak pernah saya kenali. itulah cabaran hidup oarng yang berstatus seperti saya. lelaki ( tidak semua) suka mengambil kesempatan, tidak kira dia seorang guru atau ustaz. amaran saya baru-baru ini, berupa tindakan meletakkan gambar saya dan arwah suami di atas meja kerja nampaknya agak berhasil. tindakan itu berupa satu amaran bahawa, saya tidak mahu mencari pengganti lagi!!! dan juga berupaya mengelakkan fitnah. pagi tadi, seorang anak murid saya di tahun dua melihat gambar itu dan katanya pada rakannya, " ni gambar suami ustazah, suami ustazah dah meninggal.." saya menghargai ingatannya, kerana dia rapat dengan keluarga saya dan paktehnya sahabat lama saya selalu menitipkan salam kepada saya. salam seorang sahabat kepada sahabatnya. husnu dzon..

cukuplah Allah sebagai pelindung saya. cukuplah Al-Quran sebagai penghibur saya, cukuplah ujian demi ujian ini sebagai pengingat diri saya yang selalu lupa. cukuplah berbakti kepada ibu bapa, keluarga serta anak yatim ini sebagai saham saya. semoga segalanya diterima sebagai amal yang ikhlas.

dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
dua tiga datang mencari,
manakan sama si arwah seorang.


p/s: harap anda faham.

ummufathi @ FJU,
11.38pm / 11022011.

6 comments:

  1. takde pe dik..hidup manusia ni kan penuh ujian..sabar dan terus bersabar,livestrong kan..doakn akk yer..

    ReplyDelete
  2. hehe..syukran dik, kerana memahami..;-)

    ReplyDelete
  3. :)

    senyum sendiri membaca entri ini.. kerana saya juga seperti kamu.. manakan sama dia seorang..saya selalu berdoa dan akan terus berdoa ditetapkan hati dan cukuplah Allah sebagai penyuluh hidup saya.. inshaAllah... Allah knows best!

    ReplyDelete
  4. i.allah aini..kita akan terus dan terus berdepan dgn ujian begini..serahkan segalanya pada Allah..He knows best..

    ReplyDelete