Saturday, August 21, 2010

ahlan wasahlan..

bismilahirrahmanirrahim..

21/08/2010..sabtu yg santai..

Alhamdulillah, hari ini Allah memilih rumah kami sebagai destinasi seterusnya bagi jemaah masturat dari Pakistan. Jam sepuluh pagi tadi,mereka sampai dan menghulurkan salam ukhuwwah..berbeza bangsa, berbeza bahasa dan berbeza adat. Namun, atas hakikat kalimah yg satu, kami dipertemukan.

Agak sukar berkomunikasi disebabkan hanya 2 org sahaja dari tujuh org yang pandai berbahasa Inggeris. selebihnya berbahasa urdu yg indah..sesekala macam ayam dan itik bercakap..maka, untuk mendekatkan jurang yg ada, dua org itu saja perantara kami. program pertama telah selesai, seterusnya adalah sessi qailulah utk memudahkan program 2/3 malam nanti.

sudah bertaaruf, tetapi masih shy2 cat..:) hopefully, jemaah ini memberi banyak pengajaran buatku macam jemaah dari Sri Lanka dulu. Mahabbahnya sampai ke hati dan akan diingati sampai mati.

Semoga Allah menerima amal kami di bulan yang mulia ini. dan memberi hidayah kepada semua muslimin dan muslimat supaya kembali kuat berpegang dengan tali Allah.


yg lemah,

ummu fathi,
FJU @ 12.17
  

2 comments:

  1. Semoga Allah menerima amal kita semua di bulan yang mulia ini. Dan memberi hidayah kepada semua muslimin dan muslimat supaya kembali kuat berpegang dengan tali Allah.Aaminnn...

    ReplyDelete
  2. smg ramadhan ini lebih baik dr sebelumnya dan smg kita sampai ke ramadhan akan datang..amin.

    ReplyDelete