Monday, February 28, 2011

1 thn 11 bln-saya dan dia..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Punya masa sedikit terluang petang tadi, saya manafaatkan dengan menyusun semula pakaian-pakaian di dalam almari Muhammad Fathi dan uminya.. sedang asyik menyusun, terpegang sehelai t-shirt biru berkolar. T-shirt ini menyimpan banyak memori. Tangan saya terus menarik t-shirt itu, lantas saya dakap erat ke dada. Terasa wangiannya masih sama. T-shirt itu adalah baju yang dipakai saat pertemuan pertama kami bersama keluarga untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan. Agak kacak dia bersalut t-shirt biru itu. Dan t-shirt itulah t-shirt kesayangannya. Masih saya simpan. Banyak pakaian arwah saya sedekahkan kepada adik-adik lelaki arwah, bukan apa, terlalu besar saiznya untuk dipadankan ke badan Muhammad Fathi. Hanya pakaian-pakaian bermakna yang menyimpan memori manis, akan saya simpan. Terjumpa baju itu, membuatkan fikiran saya mengimbau kenangan manis bersamanya.

 Usai majlis pernikahan di kedua-dua belah pihak, kami terbang ke sarwak untuk honeymoon. Menambah satu minggu lagi cuti. Tiga minggu bersama suami saat paling indah dalam hidup. Selepas tiga minggu itu, kami dipisahkan oleh laut china selatan. Dia di pahang dan saya di bumi kenyalang. Masih teringat ketika itu, setiap malam, jam 10 mlm, saya akan berdating dengan suami melalui telefon. Hanya perbualan biasa, tapi setiap hari dia tetap setia membuat panggilan tepat pada waktunya. Andainya ada kerja yang di lakukan seperti program di sekolahnya yang lewat selesai, dia kan tetap menelefon saya walau jam sudah menunjukkan pukul satu pagi, kerana dia tahu isterinya tidak mampu mlelapkan mata sebelum mendengar suara suaminya. Mengada-ngada betul isteri dia tu kan

Sebulan yang terakhir, saya mempunyai satu habit yang agak ganjil. Saya tidak tahu kenapa saya begitu asyik memandang wajahnya. Mungkin Allah gerakkan hati saya berbuat demikian kerana wajah itu tidak lagi dapat ditatap selepas itu. Sewaktu dia bersiap ke sekolah, saya asyik merenung wajahnya. Selalu dia mengusik, “nape sayang ni? Abg semakin hensem ke sekarang ni?” suka merenung matanya yang redup sayu dan wajahnya yang tenang. Dan ketika itu satu kewajipan saya untuk mengiringinya pergi kerja sehingga dia hilang di sebalik selekoh di depan rumah. Pendek kata saya tidak akan berganjak dari porch, sehingga dia hilang dari pandangan mata.


Saya tidak pandai bermain kata. Tapi saya amat menyukai senyumannya. Senyuman dan tawa manisnya membuatkan sang mentari bersinar menyinari bumi, pelangi muncul di celah awan, dunia dirasakan sangat berseri. Begitu indah. Begitulah agaknya orang sedang bercinta. Manis, dan terlebih manis andai bercinta secara halal. Pernah sekali wajahnya muram ketika dia menghantar saya ke airport. Sayu dan suram. Saya berfikir, apa yang patut saya lakukan untuk mengembalikan senyumannya. Lalu, saya mencipta satu permainan teka-teka. Meneka pelbagai symbol bagi jenama-jenama yang terdapat di dunia. Agak tidak ilmiah permainan itu, tapi saya mampu mengembalikan senyuman dan tawa di bibirnya. Apabila melihat senyumannya, terasa bumi kembali bersinar. Sampai di airport, selesai urusan check in, saya masuk ke balai berlepas selepas menerima kucupan di dahi seperti biasa. Saya hanya tersenyum melambai. Saya tidak tahu keadaannya apabila dia kembali memandu seorang diri kembali ke Kuala Lipis yang memakan masa hampir 5 jam itu. Adakah dia tenang sepanjang pemanduan, atau dia bersedih, saya tidak tahu. Yang saya tahu ketika itu, saya sedang berusaha menahan empangan airmata saya dari mengalir. Sangat  perit perpisahan, tetapi pertemuan yang dinanti menjanjikan satu kemanisan yang tidak terhingga.


Saya sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang saya mengenalinya, menyayanginya, berpeluang menjadi suri hatinya. syukur yang tak terhingga kerana Allah Pemilik hati kami menyatukan hati-hati kami. Dan sehingga kini, saya masih tidak mampu untuk berhenti menyayanginya dan mencintainya, walau jasadnya telah ditelan bumi. Dia tetap di hati. Kini, saya menanti pertemuan yang abadi. Pertemuan di tempat yang tiada lagi airmata, peluh dan derita. Semoga Allah menemukan saya dan dia di sana. Amin.  

p/s : sangat terharu dengan kisah ini...


lots of love,
ummufathi @ FJU,
28022011.
  

6 comments:

  1. MANTAP! terharu cahaya..moga arwah tenang disana insyaallah~

    ReplyDelete
  2. Semoga juga Arwah diberkati seluruh perjalanannya..

    ReplyDelete
  3. i.allah, smg arwah berada di taman dari taman-taman syurga..amin..

    ReplyDelete
  4. kuatkan akak.. tabah mengharungi semua ini seorang diri.. bersama si hero hati... hanya orang2 yang terpilih sahaja yang kuat menghadapi semua ini... sebak tgk kekuatan akak.. semoga akak lebih kuat mengahrungi semua ni... Amin...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    walaupun dengan "tidak sengaja" akak msk blog ni...namun sepintas lalu membacanya, membuatkan hati akak tersentuh...terharu dan rasanya ingin mengenali adik lebih dekat lagi...salam ukhwah...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    walaupun dengan "tidak sengaja" akak msk blog ni...namun sepintas lalu membacanya, membuatkan hati akak tersentuh...terharu dan rasanya ingin mengenali adik lebih dekat lagi...salam ukhwah...

    ReplyDelete