Thursday, July 1, 2010

syahidnya seorang pejuang..

“Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah..” Ummu Fateh bersegera melakukan sujud syukur. Dahinya mencecah bumi. Hatinya pasrah, redha dan tenang saat bibir dan hatinya bersatu mengucap tahmid yang tidak henti-henti. Dua orang pegawai tentera yang bertugas menyampaikan berita tersebut terdiam, terpinga dan semestinya hairan. Masakan tidak, pelik dengan reaksi gembira ummu fateh ketika menerima berita sedih itu.

*************************************************************************

“umi, redhakah umi kalau fateh pergi ke sana?” wajah bersih anaknya dipandang sayu. Ummu fateh mencari kesungguhan dari riak wajah anaknya itu. Permintaan yang bukan main-main. Bukan mudah untuknya melepaskan anak tunggal kesayangannya itu pergi. Namun dia faham gelodak hati anaknya itu. Faham benar isi hati anaknya itu.

“fateh, umi tak halang, tapi izinkan umi mencari keikhlasan dulu”
“mencari keikhlasan?”
“ya..supaya umi benar-benar ikhlas melepaskan anak tunggal umi ini dan apabila ikhlas, umi akan redha seredha-redhanya apabila berlaku apa-apa pada anak umi.”
“umi carilah keikhlasan itu, apabila sudah bertemu, umi beritahu fateh segera, supaya senang fateh bersiap sedia”.

Selepas sebulan, ummu fateh bertemu dengan apa yang dicarinya. Ikhlas dan redha.. semuanya keranaMu ya Allah..aku izinkan dia pergi keranaMu..semoga dia tidak kembali lagi..

Selama sebulan itu, ummu fateh sibuk. Siangnya sibuk mengulang, membaca dan menghadam semula buku-buku berkaitan sejarah tempat itu. Tempat itu tidak asing baginya. Berbelas tahun dia mengajar subjek itu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Palestin amat dekat dihatinya. Sentiasa meniti dibibirnya.

Shabra shatila;masyarakat dunia pejam mata,
Penindasan di gaza; masyarakat dunia pekak telinga,
Pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin;masyarakat masih berdiam
Pelarian Palestin;bisu.
Penderitaan Palestin; masyarakat dunia tak tau!
Marvi marmara ; baru sedikit tersentak,

Siangnya juga sibuk mencari dan meneliti penderitaan-penderitaan saudara-saudaranya itu. Juga tidak lupa memberi sepenuh perhatian dan memenuhi segala permintaan anaknya. Malamnya pula diisi dengan dialog dan monolog dengan tuhannya. Mencari jawapan pada soalan dan akhirnya dia mendapat jawapan.

Puas hati.

***********************************************************************

Senyumannya indah. Manis sekali. Tersenyum lantas menyalami dan mencium tanganku. Wangi! Dan dia berpaling untuk pergi..beberapa langkah, dia berpaling sekali lagi. Tersenyum dan terus pergi..

Tersedar!

Subhanallah!…mimpi rupanya..

Airmata ummu fateh mengalir gembira. Gembira dapat bertemu anaknya walaupun sekadar di dalam mimpi. Masih terasa hangatnya tangan anaknya. Ummu fateh mengucup tangannya sendiri. Betul! Wanginya masih terlekat.

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah. Ampunilah aku andai terselit rasa sedih. Aku meredhai dia, aku halalkan setiap titik air susuku yang mengalir di dalam badannya. Semoga kami dapat bertemu di Jannah firdausMu Ya Allah..

***********************************************************************

Fateh anak umi. Seorang anak muda yang sangat taat pada ibunya , Allah serta rasulNya. Mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidupnya. Fateh anak bijak. Seawal usia 10 tahun, anak itu telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Minatnya pada ilmu sangat tinggi. Masakan tidak, sanggup berulang alik ke kelantan mendalami ilmu agama disamping ilmu sains dan teknologi yang dipelajari di sekolahnya.. Intergrasi ilmu Sains dan Agamanya telah menjadikan dia seorang yang advance melebihi usianya.

Kepimpinannya terserlah sejak dibangku sekolah rendah lagi. Dengan izinNya,tarbiyyah yang didapati oleh Muhammad Fateh telah memaksimakan potensi dirinya. Dalam petaksiran yang dijalankan, kredit diberikan lebih kepada Muhammad fateh sehingga mudir serta mualliminnya tidak ragu-ragu melantiknya menjadi ketua murid walaupun usianya baru mencecah 11 tahun.

Minatnya pada perjuangan Palestin telah lama, sejak dia pandai membaca, aku telah dedahkan dia dengan perjuangan rakyat Palestin. Tujuannya supaya dia tahu, dalam kesenangan dan kenikmatan aman damai dalam negaranya yang tercinta, ada saudara-saudaranya yang amat dekat dihatinya sedang menderita. Dan jalan derita itu boleh membawa ke syurga. Minatnya dan cita-citanya untuk syahid di Palestin berpunca dari aku. Api revolusi itu aku yang nyalakan. Aku yang memulakan. Aku pasrah. Aku redha dan aku bangga. Anakku pilihan Allah untuk syahid disana.

************************************************************************

Paparan akhbar di skrin ipodku masih diulang baca beberapa kali. Gambaran wajah yang sangat dikenali itu seolah-olah tersenyum.

“Gaza: 15 Oktober 2021. Seorang lagi sukarelawan antarabangsa ditembak mati oleh tentera rejim Israel awal pagi tadi. Lelaki muda yang berusia lingkungan 20an itu berasal dari Asia Tenggara. Sukarelawan muda itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari masjid untuk ke markaz sukarelawan setelah selesai menunaikan solat Subuh…

Alhamdulillah..hanya tahmid berlagu dibirnya.

Keratan terakhir itu terus dibaca..

“beberapa das tembakan mengenai tepat dikepala dan dada sukarelawan itu. Darah yang membuak-buak keluar tidak henti-henti. As-Syahid ini adalah ketua sukarelawan dari Asia dan antara ketua unit-unit sukarelawan yang termuda…”

Aku hanya tersenyum dan tersenyum. Bahagia.

Biarpun Palestin masih belum bebas, Al-Aqsa masih ditawan, masih belum menang, tapi Muhammad Fateh telah bebas dan telah menang. Darah Fateh telah mengalir di bumi berkat itu. Semoga darahnya menjadi inspirasi semangat jihad syabab-syabab muslim di seluruh dunia.

“hayya biljihad! Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!”

Dunia ini hanya persinggahan. Muhammad Fateh telah sampai ke destinasinya. Abu Fateh juga telah lama bersenang-senang di destinasi itu jua. Begitu jua dengan kakak Fateh, arwah Zulfa Hanani. Hanya umi saja yang masih disini. Masih dalam perjalanan ini.

“Fateh, tunggu umi di syurga ye..” monolog hatiku.

6 comments:

  1. Kak.... minta izin copy ...... boleh?

    ReplyDelete
  2. syukran kak... sangat memberi erti.............. saya hadiahkan buat sseorang yang bermakna..... saya anggap ini hadiah akak buat saya... terlalu bermakna..... semoga kebaikan diberikan buat akak dan fateh...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..ya, hadiah buat ukhti..smg Allah merahmati ukhti..:)

    ReplyDelete