Tuesday, January 12, 2010

mahkamah akhirat

salam sayang untuk semua..

Alhamdulillah wa syukru lillah..

baru sebentar tadi aku membaca tentang mahkamah akhirat..so, aku nak kongsikan kat sini, semua ada manafaat..

apabila telah berlaku hari kiamat, kita semua...semua manusia dari zaman Nabi Adam hinggalah manusia terakhir yang dilahirkan di dunia ini akan dikumpulkan di padang mahsyar...semua manusia akan dihadapkan ke mahkamah Allah..terdapat tiga jenis mahkamahNya iaitu :

pertama-} mahkamah yang mengasingkan manusia kufur dan beriman..bagi yang kufur dan syirik pada Allah, tiada pengampunan baginya..

kedua-} mahkamah yang mengadili hak manusia sesama manusia...disini akan terdapat manusia yang muflis akibat menganiaya sesama manusia..wal'iyazubillah..

ketiga -} mahkamah yang mengadili kewajipan manusia terhadap penciptaNYa...masyaAllah...astaghfirullah...semoga Allah yang Maha Pengampun dan Pengasih mengampuni dosa-dosa kita..

mampukah kita melepasi ketiga-tiga mahkamah Ilahi ini?...segala dosa dan noda yang kita sembunyikan di dunia ini akan terbentang di depan mata..dihitung pula segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita...mampukah kita melepasinya...apakah amalan-amalan kita yang sedikit ini dapat menampung dosa-dosa kita yang banyak itu..ditambah pula dengan nikmatNya yang melangit luas itu...Ya Allah...tolonglah hambaMu ini..

jangan risau akan kemiskinan, kerana ia bukan kesalahan
jangan sedih dengan kesusahan, kerana ia bukan kesilapan,
risaulah dengan dosa dan sedihlah ibadat yang tidak sempurna...

2 comments:

  1. kita memang slalu lupa dgn benda yg kita sepatutnya risaukn, dn bersedih atas perkara yg sepatutnya kita redha. manusia itu 'tidur' dan hanya tersedar ketika ia mati- sayyidina Ali r.a

    ReplyDelete
  2. betul tu..Allah pun dah sebut dalam surah al-Asr..sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian..
    moga kita tidak terglong dalam golongan yg lalai tu...

    ReplyDelete