Tuesday, September 21, 2010

gelaran itu..

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji buatMu ya Rabb..
Pagi ini berkesempatan membaca artikel tulisan Sarina Md Dom dalam majalah I keluaran September 2010. tentang wanita berstatus j.
Wanita dan gelaran j. gelaran janda amat ditakuti oleh golongan wanita. Golongan ini dipandang serong dan disisihkan oleh masyarakat. Pandangan masyarakat masih semacam apabila menyatakan wanita itu adalah janda. Tidak kira samada jandanya dia kerana diceraikan atau ditinggalkan oleh suami buat selama-lamanya.
Ya, saya juga seorang wanita dan saya seorang janda. Tanyalah mana-mana wanita, siapa yang ingin menjadi janda?pasti jawapannya, hisshh..simpang malaikat 44..( tak tau la kenapa no 44 itu dikaitkan dengan malaikat). Berbicara dari pengalaman sendiri,saya sebagai wanita tidak pernah terfikir untuk memegang status j ini seawal usia 29 thn. Fobianya dengan gelaran itu, saya lebih suka digelar ibu tunggal. Or single mom..
Siapa kita untuk menolak takdir Allah. Telah tersurat di Loh MahfuzNya yang saya akan bergelar ibu tunggal bermula 3hb April 2009. Tidak pernah terfikir dan terbayang oleh akal fikiran. Senarionya balu-balu yang kehilangan suami masih terus menerus dalam kesuraman dan kesedihan akibat kematian suami. Dan saya juga mungkin begitu, tetapi apabila terbaca artikel oleh Sarina Md Dom tadi, semangat juang semakin tinggi.
semangat untuk bangkit berdiri diatas kaki sendiri. semangat untuk memperbaiki diri dan anak penyambung warisan simati.
Ibunda Khadijah R.A juga pernah dua kali kehilangan suami. Tetapi Khadijah terkenal sebagai Wanita bangsawan yang anggun, jelita, bertaraf tinggi dan mulia. Bukankah Khadijah RA juga seorang janda? Bahkan dia memiliki rangkaian perniagaannya yang tersendiri dan akhirnya dia ditemukan oleh Allah dengan insan terpilih, paling mulia junjungan besar Rasulullah SAW. Yang lebih menakjubkan, bukankah anak-anak Rasulullah lahir dari rahim wanita mulia itu?
Begitu juga dengan Ummu Salamah yang pernah menolak pinangan Abu Bakar RA dan Umar RA. Tetapi akhirnya Ummu Salamah dipinang oleh Nabi Muhammad SAW. Nikmat apakah yang lebih baik dari menjadi antara Ummahatul Mukminin?
Wahai ibu-ibu tunggal sekelian, ayuh bangun! Bangkit dari kesuraman kita. Bangun berjuang, jihad ekonomi dan jihad nafsi. Mari sama-sama kita mengmahmudahkan diri kita dan seluruh insane-insan di sekeliling kita.


ummu fathi @ skju,
11.27am

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt, ummu muhammad.
    Dalam mencari2 sumber kekuatan di laman internet ni,sy terjumpa blog akak.
    Sy senasib dgn akak. Muda lg sudah bergelar ibu tunggal..ditinggalkan selama-lamanya bersama ank yg masih bayi..
    Tabahnya akak menghadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..

    salam perkenalan utk ummuarsyad, akak nk sgt kenal org2 yang senasib dgn akk..setakat ni akk dh jumpa 2 org termasuk ummuarsyad..leh kita kenal lebih dlm lg..email kt akk leh X? ummufathi3409@yahoo.com..salam ukhuwwah..

    ReplyDelete