Wednesday, September 15, 2010

indahnya jika semua kerana Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

segala puji buatMu ya Rabbi..

pada awalnya, agak hambar sambutan raya kali ini. namun, sebenarnya kita yang mencorakkan mood di hati. andai tawar kita pasakkan dalam fikiran, tawarlah jadinya. andai kita cuba perisa tambahan, pasti berubah rasa. begitulah aku di permulaan aidilfitri ini.

alhamdulillah, sedaya upaya mengawal hati dan perasaan. tidak mahu teremo berlebihan. akhirnya kurasakan raya ini adalah raya terindah selepas ketiadaannya. indah kerana ukhuwwah fillah..alhamdulillah, Allah izinkan aku dapat berjumpa sahabat2ku dan saudara mara. walaupun tidak semua, tapi masih dalam usaha untuk menjejaki mereka.

semalam, pagi, sahabatku, fairosilawati datang sekeluarga. ust Sarizal suaminya merangkap junior aku dari sek. Al-Khairiah dan terus ke UIA.  kakaknya, fairosilawani,adalah ex-roommate aku kat sarawak, juga sahabat dari UIA. bertandang membawa puteri comelnya Nur Awatif Auni yang baru dapat 'kaki'.

tengahari, ayahcik sekeluarga datang. belum bertemu lagi raya kali ini, kerana kali ini giliran mereka beraya di terengganu. riuh seketika dengan gelagat sepupu2ku, aiman, anisah dan adib hanif yang semakin tembam, beratnya hampir 7 kg, sedang umur baru mencecah 4 bulan.

masih ayahcik di rumah, adik2 dari kerambit pula datang. sebenarnya aku belum berkesempatan balik ke kg relai untuk menziarahi adik2 dan pusara disana. jadi, di kesempatan menghantar hanah untuk pulang ke matrikulasi kuala pilah, mereka singgah di rumahku. sempat bersama-sama menikmati hidangan makan tengahari disini. sedang asyik berbual, abg teh mendapat panggilan menyatakan aki cu telah kembali ke rahmatullah. berita yang agak mengejutkan kerana baru kelmarin mereka menziarahi aki cu, masih sihat. segalanya ditanganNya. andai telah sampai ajalnya, tidak dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat.

Petang, Hajar dan Rina pula berziarah. Alhamdulillah, seronok bukan kepalang dapat berkumpul semula dengan sahabat2 sebilik dan sekampus diUIA. sempat bermuhasah tentang peranan dalam tarbiyah. Diharuskankah jika berdiam buat seketika, masing2 punya komitmen pada keluarga. Penerangan hajar dari bacaannya tentang keluarga Hassan Al-Banna menyedapkan rasa seketika. Mungkin medan dakwah kita skopnya berbeza kini. tapi niatkan segala yang kita usahakan itulah medan kita.

Berfikir. kupunyai pelbagai nikmat yang sangat2 memerlukan kesyukuran yang bukan sedikit. Allah telah memanggil abg, tapi sejak pemergiannya, hikmahnya aku dapt berhubung kembali dgn sahabat2 dan kembali berjinak2 dengan 'kerja2' yang aku lupakan seketika dahulu.alhamdulillah, segala puji buatMu Ya Allah..

semoga aku dan sahabat2 yang pernah bersama2 memikul beban dakwah ini terus diikat hati2 olehNya supaya semuanya tidak terlalu lalai dengan dunia sehingga melupakan taklifan yang sama2 kita telah janjikan dahulu.



ummu fathi @ FJU
12.09pm.

3 comments:

  1. Insya Allah :)

    Moga Allah menggantikan kehilangan dengan yang lebih baik yakni kesabaran... amiin.

    ReplyDelete
  2. salam, insyaAllah layyinulharir, dan smg Allah merahmatimu jua..

    syira, Alhamdulillah, kini lebih mengerti srti sabar dan syukur..

    ReplyDelete