Tuesday, October 6, 2009

muhasabah diri..

Meminjam kata-kata dari Pahrol mohd juoi, (Anis Oktober 2009, ms: 33)
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUMMU..
Andai dia pergi dulu sebelummu, sepuhlah airmata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidupperlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwanamun, bersederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakana pada diri…ya…kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau tunggu disana, pasti aku akan menyusul nanti!.
Andai dia pergi dulu sebelummu,tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih disis? Renung wajah anak-anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?.
Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bias senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambatan munajat, di aman ibadat, tentu ada sungai pahala, yang mengalir selamanya.
Andai dia pergi dulu sebelummu,walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah,kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyyah apabila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasa mehanah Ilahi-tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggal suami!
Anadai dia pergi dulu sebelummu, sibukanlah dirimu. Beribadatlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanalah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali rasa sedih dating tanpa diundang, berwudhuk dan bacalah Al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW apabila tersa gundah..diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku juga bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanyalah amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakana aku sepi…katakana padaku sentiasa ada pemerhati.

2 comments:

  1. kak ju..nak copy kat blog saya blh? kata-kata yg indah bt penenang jiwa:)

    ReplyDelete
  2. ina;kata2 ini menguatkn semangat hidup akk..akk pn pernah lalui mcm ina, rs gelap sgt dunia ni..tp cuba bgn dan kumpul kekuatan..i.allah Allah ada..

    ReplyDelete