Antara memori dan realiti...aku tetap disini...meneruskan perjuangan ini..hingga ke akhir nanti..
Thursday, December 31, 2009
salam tahun baru 1431h/2010..
Wednesday, November 11, 2009
surat terbuka
terima kasih tak terhingga buat Ust pahrol md joui atas tulisan ini...satu lagi motivasi diri buat diri ini..syukran!
Ke ribaan isteriku yang tersayang…Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.
Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.
Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.
Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.
Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.
“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”
“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”
“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”
Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.
Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.
Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.
Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.
Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.
Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.
Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!
Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.
Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.
Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.
Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!
dear diaryku (4)...
Wednesday, November 4, 2009
dear diaryku (3)...

tragedi 030409 siri 3
Alhamdulillah…segala puji dan syukur kutujukan khas buatMu Ilahi, Tuhanku Yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui..selawat dan salam buat junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W yang telah bersusah payah menyebar Islam, hingga sampai ke zaman kami dan kami dapat menikmati keindahan nikmat Islam dan Iman ini.
First of all, aku nak betulkan niat…sebelum ni ada berniat tapi agak serong..dulu, ketika orang lain berblog, aku yang agak buta IT ini juga ingin berblog. Sekadar minat untuk menulis..tapi ketika itu aku mempunyai komitmen lain. Kini, setelah dia tiada aku yang buta IT ini berjaya membina blog yang simple ini (setelah belajar sendiri, sebab tu buruk semacam jer…huhu…)…sebab aku banyak tak tau tentangnya…niatnya sekadar untuk meluahkan rasa hati setelah pemergiannya. Tapi kini, setelah aku berfikir berkali-kali…alangkah indahnya andai apa yang aku tuliskan ini dapat memberi manafaat kepada pembacanya. Aku tak tau berapa orang sahaja yang membaca blog ini, tapi aku tak kisah biarlah sedikit tapi aku ikhlas untuk menyampaikan sesuatu yang mungkin berguna buat mereka. Dan juga aku berlindung denganMu Yang Esa, Yang Maha Mengetahui segala isi hati, daripada sifat riyak atau takbur…apa yang aku catatkan, dan tuliskan hasil pemikiran aku, ilham kurniaanNya, dan pengalaman diri yang kadangkala sebenarnya agak peribadi. Dan aku amat-amat berharap agar aku dapat memberi ‘sesuatu’ kepada pembaca dan juga peringatan untuk diri yang dhaif lagi faqir ini. Aku juga berharap semoga sesuatu yang aku tinggalkan ini dapat menjadi saham yang bermanafaat buatku di alam sana nanti.
TRAGEDI 030409 SIRI 3
Sukar untukku menyambung siri ini sebenarnya. Namun kugagahi juga, bukan memaksa diri mengungkap memori antara kami, namun seperti yang kuniatkan diatas, semoga ada manafaat yang tersirat. Hakikat yang perlu kita semua sedari, suatu ketika nanti, samaada lambat atau cepat, jauh atau dekat, kita pasti akan menyusul mereka-mereka yang telah pergi. Itu hakikat yang perlu kita sedari. Semestinya yang paling utama, bekal bentuk apakah yang bakal kita bawa?...satu persoalan yang aku tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan…
03 April 2009..
Tarikh yang bermakna buat diriku, hari yang menukarkan gaya kehidupanku…semalamnya, khamis..aku masih punya dia, dan esoknya,jumaat, dia sudah tiada…dan aku tidak dapat lagi bertemu dengannya selepas dia melangkah kaki malam itu buat selama-lamanya…Allah, tuhanku yang Maha Pengasih, yang Maha Lembut, memanggilnya saat aku tidak menunggunya..saat aku tenang terlena..saat aku punya sikecil yang dapat mengalihkan perhatian dan ingatanku buat sementara..saat yang pada pandangan aku yang dhaif ini rasakan paling tepat.. Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu dan rahmat hidayatMu ya Allah. YA ALLAH YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU PESONGKAN HATI INI SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAH…
Firman Allah Taala yang bermaksud; “ maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan”
Seumur hidupku, inilah kali pertama aku berdepan dengan kematian. Kematian insan yang begitu hampir dengan mata dan hatiku. Sewaktu aku bergelar isteri, akulah penunggu setia. Hampir setiap waktu aku menunggu panggilan dan mesejnya.. maklumlah perkahwinan jarak jauh..apabila aku bercuti tanpa gaji…(waktu-waktu terakhir yang Allah telah atur untuk kami tinggal bersama untuk kali terakhirnya) aku sentiasa menunggu saat kepulangannya dari kerja. Dan saat aku dimasukkan ke wad, aku menunggu waktu melawat. Tapi malam itu, pertama kalinya aku tidur dengan lena (akibat ubat bius) tanpa menunggunya.
030409…ulangtahun kelahiran ayahku yang ke 70
030409…ulangtahun kelahiran k.de yang ke 27
030409…hari Dato’ Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
030409…kelahiran puteraku sayang jam..2.08pg..di HOSHAS.
030409…pemergian suami, mak dan ayah mertua tersayang…jam 4.40pg..di km7 jln jerantut-temerloh..
Tanda-tanda..
Didalam buku “Menyingkap tabir rahsia hidup sesudah mati” karangan Drs. H.Syahrin Nosution..menyatakan bahawa roh seseorang tahu baawa ajalnya sudah dekat. Tetapi biasanya orang sekelilingnya hanya dapat mengerti apabila simati sudah tiada..begitu juga dengan arwah abang..
1.Kalau abang mati macamana?
Satu soalan yang abang utarakan 2 minggu sebelum pemergiannya..masih kuterbayang waktu itu, wajahnya yang selamba menyoalku..mulutku terkunci, tidak berkata apa-apa, namun hatiku menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata.
2.Kalau abang takdepun, abang tau,sayang pun berdikari gak..
Waktu aku memuji mak sedaraku yang begitu berdikari apabila ketiadaan suaminya yang selalu berkursus. Dia berkata sedemikian, Aku hanya terdiam bila dia berkata begitu..
3.Janji dengan abang, walau apapun yang terjadi, sayang mesti pakai tudung labuh sampai bila-bila..
Janji antara kami yang mampu mendidikku untuk menutup aurat dengan sempurna..
4. Kesukaannya pada warna putih..
5 hari sebelum pemergiannya..Hampir dua hari dia memakai baju putih hadiah dari petronas. Sehinggakan aku memasukkan bajunya kedalam bakul baju untuk dibasuh, dia masih mencari baju putihnya itu.sebulan sebelumnya, dia kata cantik kalau Honda civicnya itu dicat dengan warna putih.
5. Abang takde mood la nak main badminton..
2 minggu sebelumnya juga, mood dia untuk beriadhah di petang hari juga sudah tiada, padahal baru sahaja dia membeli kasut untuk bermain..pabila ku Tanya mengapa, dia pun tak tau jawapannya..
6. Bestnya kalau kita dapat jaminan syurga..
Di wad, sewaktu dia dating melawatku hari khamis itu, dia banyak termenung, dan apabila kuceritakan perihal kakak sewad denganku yang kematian anaknya sewaktu kecil, itu jawapannya..dia berkata sambil matanya memandang jauh kedepan…
7. Tidak henti-henti membuat kerja..
Ahad seminggu sebelum ketiadaannya, dia bekerja dari pagi sehinggalah tengahari itu, macam-macam kerja dibuatnya ..tidak berhenti-henti, selepas itu dibawanya adik dini menaiki kereta…first time kurasakan dia meletakkan dini dipangkuannya sewaktu membawa kerata. selepas itu abg long mengajaknya keluar minum dan kata abg long, dia diam sepanjang jalan dan di gerai itu..apabila pulang, dia duduk di tangga dapur itu dan menunggu sambil merenung aku yang sedang sibuk di dapur.
8. Abang seronok berada dalam keluarga sayang..terima kasih kerana memberi abang peluang ni..
Kalau ikutkan agak pelik kata-kata sedemikian dikeluarkan dari mulutnya setelah hampir 2 tahun kami berkahwin..bukan dia tidak biasa berkumpul dalam keluarga besarku itu…kata-katanya sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah we..
9.Jangan terlalu panjang angan-angan..
Ketika dalam perjalanan ke Bandar, dia bercerita tentang tazkirah yang didengari dari tv9, kata Dr Fatma az-Zahra, jangan terlalu panjang angan-angan terhadap dunia, jangan keras hati dan mata dari mengalirkan airmata kerana terkenangkan dosa-dosa kita…kalau panjang angan-angan dan keras mata dan hati, itu tanda kita hubbuddunia..
10.Penyayangnya yang berlebihan
Dia sememangnya seorang yang sangat caring, romantic dan penyayang..sepanjang perkahwinan kami, kami sentiasa jalan berpegangan tangan. Tetapi kurasakan caring yang berlebihan waktu-waktu terakhir dia bersamaku..pernah sekali, dia menjejakiku di bahgian perempuan surau di tempat rehat itu, selepas dirasakan agak lama aku bersolat. Takut apa-apa terjadi padaku, katanya…sekali lagi di hadapan pasaraya tf, dia melarang akumelangkah longkang kecil itu, dan memegang tanganku membawaku melalui jalan yang agak jauh tanpa melalui longkang tersebut.
11.Pesanan terakhirnya…
Pesanan terakhirnya sewaktu di HOSHAS, tenangkan fikiran,jangan fikir bukan-bukan..abang saayang sayang.
Semua tanda-tanda itu sewaktu bersamaku dan yang kulihat tetapi dengan anak muridnya, pada hari khamis itu, di dalam kelas…katanya…
“ hari ni hari terakhir ustaz mengajar kamu, lepas ini ada orang yang ganti ustaz..”
Bagaimana dia melontarkan kata-kata terakhirnya pada anak-anak muridnya?..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dihatinya dan apa yang dirasakannya pada hari-hari terakhirnya..
Minggu terakhir itu, makteh kata dia banyak menghabiskan masanya di dalam bilik mesyuarat sekolah. Apa yang dilakukannya disitu hanyalah membaca Al-Quran.
Dan sebelum dia melangkah kaki pulang hari terakhirnya di sekolah itu, dia meminta pada semua guru supaya mendoakannya..”doakan selamat ye..”mereka cuma menganggap yang abang risaukan keselamatan aku yang bakal melahirkan anak…
Monday, November 2, 2009
Isu terkini..
Wednesday, October 28, 2009
HATI OH HATI..
Wednesday, October 21, 2009
KAMPUNG vs BANDAR..
KAMPUNG vs BANDAR
Saja kupilih tajuk ini untuk entri kali ini. Boring gak asyik citer pasai diri sendiri jek..aku tak expect ramai yang membaca blog aku ni.. even, aku tau ramai gak yang mengikut secara diam..silent readers…takpe la..blog ni pun aku buat sekadar suka-suka, untuk meluahkan perasaan aku sejak kehilangan orang-orang yang amat aku sayang..ok la, back to the topic..Andai diberi pilihan, kampong atau Bandar di mana pilihan anda untuk menetap?
Kampong?...aah…konservatif la orang yang pilih nak dok kampong…biasanya orang yang dok kampong ni org2 tua je..yang dah takde ape nak wat dah…wat amal ibadat je..ulang ke surau..dok tanam sayur, bela ayam, itik, kambing, lembu…mana ada orang muda belia nak dok kampong.
“Semua orang muda MESTI ke Bandar…kalau orang muda nak dok kampong, something wrong somewhere la tu…”
“ish..ish…ish…macam katak bawah tempurung la dok kampong ni…mana syok…nak wat ape dok kampong, mana ada kerja kat kampong…ko nak menorah getah ke?”.
Mungkin itulah pemikiran kita dewasa ini..kampung sinonim dengan ayam, itik, kambung, sayur,pokok getah..yelah, takkan kat putrajaya nak bela itik….ish, silap2 kena saman plak..kebanyakan orang mesti memandang dan berfikir sebegitu…tapi tak semua la…
Bandar plak..semua ada, ko nak ape...hiburan?, kerja? pengangkutan?tempat makan best2?..senang dok Bandar, semua senang, janji ada duit…pasaraya besar2 berlambak..pusat2 hiburan 24jam bertaburan…malam cam siang, jalanraya jarang sekali tidur, siang sibuk ngan traffic jem…malah jem gak dengan mat-mat rempik..pendek kata, Bandar macam-macam ada…(mak ayah je takde…itupun kalo mak ayah dok kampong… )
Tapi personally aku la (aku lagi…takpe la rumah aku…)…kalau diberi pilihan aku lebih suka menetap di kampong…biarlah aku digelar konservatif ke, katak bawah tempurung ke…aku tetap vote kampong…sebab aku tak suka jem…I mean traffic jem…tak suka sesak-sesak…tak suka hiburan terlampau…bukan nak tunjuk baik la…sorry to say, rumah aku dah 3 bulan tv tak hidup…hehehe…aku tau mesti orang pelik, tapi hakikatnya, aku memang tak suka tengok tv…radio pun jarang dengar…mesti org kata, aku ni spesis katak bawah tempurung apa…tapi aku tiap-tiap hari baca paper dan melayari internet tau…aku suka kedamaian kampong. Aku suka kokokan ayam menyejutkan tidurku..aku suka malamku dibuai suara cengkerik…aku suka kedinginan embun pagi yang menitis di celah-celah daun semalu…aku suka sungai pahang yang mengalir lesu…aaahh…indah untuk digambarkan…best sangat dok kampong sebab aku dok kampong aku tau la..Sekarang ni pun kampong pun semua ada,astro ada, coverage broadband pun ok..(kampong aku laa..)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sebenarnya, apapun pilihan anda, kampong atau Bandar. Kita mesti ingat, kita masih menjunjung langit yang sama, memijak bumi yang sama…lagit dan bumi ciptaan Allah, langit yang masih belum runtuh dengan ribut taufan dan bumi yang masih belum membelah dengan gegaran atau gempa bumi…BERSYUKURLAH SAUDAR-SAUDARAKU…kita masih mampu melelapkan mata dengan aman. Masih mampu bergelak tawa dengan rakan-rakan. Masih mampu menyuapkan makanan dan masih mampu hidup bahagia bersama insane kesayangan kita.. BERSYUKURLAH…dan jangan KUFUR dengan NIKMAT-NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA…bukannya susah…tunaikan segala perintah…jauhi laranganNya..semoga kita di kalangan insane-insan yang beriman dan bersyukur…J
Tuesday, October 20, 2009
Muhammad Fathi
Monday, October 19, 2009
ayahandakku..
Namanya Mohd Salehudin bin Abdullah.umur bape ek…aku rasa dlm area 46-48thn..kategori muda lagi la. Dia adik mak aku yang ke…bap eek…kena kira jap…sbb mak aku ni banyak adik…yang ke4 bongsu. Tahun lepas dia disahkan mengidap kanser usus. Setelah menjalani pembedahan dan kimoterapi sebanyak 6 kali. Badannya jauh berubah. Terlalu susut. Mungkin kesan dari kimoterainya. Ingatkan penderitaannya berakhir disitu, rupanya tahun ini, doctor mengesahkan bahawa kansernya telah merebak ke hati. Dan yang paling membimbangakn 80% hatinya telah dijangkiti dan juga beberapa organ lain. Minggu lepas, wan kata matanya juga telah bertukar menjadi kuning dan perutnya membusung keras. masyaAllah…ya Allah ya tuhanku…Engkau yang Maha Pengasih, maha penyayang…aku bermohon padamu ringankanlah penderitaan saudaraku itu. Ampunilah segala dosa-dosanya. Jadikanlah dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi segala ujianMu ini.. sembuhkanlah dia ya Rabbi…
Aku sedih sangat melihat penderitaan dia sebenarnya. Dulu disaat aku tidak diterima masuk ke mana-mana sekolah menengah (sebab tak hantar boring…)dialah yang mengambil aku dan membawa ke sekolah tempatnya mengajar. 4 tahun aku tinggal dengannya. Jasanya padaku bukan sedikit.
Masih terbayang di ruang mataku, saat kami berkonvoi beramai-ram,ai ke Cameron highland 3 tahun lepas. Percutian yang sangat menyeronokkan. 3 buah myvi dan 1 toyoto tua miliknya. Percutian itu menjadi memori manis kami dan masih disebut-sebut. Tapi kini…dia lemah tidak berdaya.. semoga semangatnya terus membara melawan penyakitnya, dan semoga suatu hari Allah mengabulkan doa-doa orang –orang yang menyayaginya…supaya aku boleh lihat kembali senyuman cerianya ,menghiasi wajahnya. Gurau sendanya memeriahkan suasana..Dan kudrat keringatnya kembali mengalir membasahi bumi Pahang dengan baktinya untuk membangunkan anak bangsa ini. Amin…
dharurat , hajiyat or tahsiniyat...

Dalam kehidupan seharian kita, nak tak nak kita pasti akan berdepan dengan persoalan yang melibatkan tiga perkara ni. Banyak menda dalam hidup ni memerlukan kita berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan. Takut juga nanti keputusan yang kita ambil salah. Seterusnya menjadikan masalah kepada kita di hari muka. Jika kita mempelajari fiqh aulawiyat, tentu tidak sukar kita membuat keputusan.
Begitu juga aku…dulu, aku banyak merujuk kepada suamiku dalam membuat sebarang keputusan, selain berdoa kepada Allah. Tapi kini, setelah pemergiannya, semuanya perlu aku lakukan sendirian. Maka aku perlu membuat keputusan yang bijak supaya aku tidak menyesal di kemudian hari. Baru-baru ni, aku berdepan dengan persoalan PERLUKAH AKU MEMBELI KERETA BARU?...persoalan itu semakin hari semakin menyasak benakku. Kumulakan langkah mencari jawapan dengan menunaikan solat istikharah dua rakaat…setelah kuselidiki hati dan mimpi..Lantas kuambil sehelai kertas kosong. Tujuannya supaya aku merasionalkan pemikiranku tadi. Lantas ku cari jawapan samada kereta itu satu dharurat atau hajat atau untuk tahsiniyat. Setelah diambil kira beberapa aspek, termasuk aspek poket…maka aku pun melangkah ke soon fuat auto sdn bhd…
Setelah hampir tiga minggu menunggu…jeng..jeng..jeng…maka, aku berhasil mendapatkan sebuah kereta baru..CCM 4089. Emm…cukuplah sekadar aku selesa untuk berulang alik sejauh 86km setiap hari kesekolah. Ikutkan nafsu, memang Honda civic atau jazz kusambar…tapi aku ikutkan poket..justeru, sekadar persona se jadi milikku…apakan daya…ukur baju dibadan sendiri laa beb!..lupa…aku lum snap gambo persona aku lagi…nanti la aku masukkan..aku pinjam gambo kat atas tu laa dulu...cute wa cakap lu…heheh..mesti saroi jelezzz tahap gaban ni…haha…alhamdulillah ‘ala kulli hal…
Wednesday, October 14, 2009
tragedi 030409 siri 2
Monday, October 12, 2009
dear diaryku (2)...

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usiaku hari ini. Hari ni memulakan hidup seawal 5.00pg..muhammad masih lena. selalunya aku bangun dia pun terjaga gak. pagi-pagi lagi aku mendegar perkhabaran tentang ayahandak yang semakin lemah. kesian ayahandak, kanser ususnya mungkin telah merebak ke hati...Ya Allah, Kau ringankanlah penderitaan bapa saudaraku dan ampunilah dosa-dosanya. Allah Maha penyayang, maha pengasih. Dia tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Allah akan ampuni dosa-dosa kita yang sakit sehingga kita sembuh even kalau kita tercucuk duri pun. Subhanallah... cuma kadangkala disaat kita sihat, selalu kita melupakanNYa. bila dah sakit baru kita nak mengadu padanya. kadangkala,kita tak sedar pun bila kita sihat semula. sedar-sedar dah hilang batuk, dah ok selsema...itulah manusia..yang pelupa..
kembara hidup di bumi kenyalang (1)


Tazkiyatun Nafs

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati”.
MATI…@ MAUT..@ MENINGGAL DUNIA…perkataan-perkataan yang biasa kita dengar setiap hari. Setiap saat, ada sahaja makhluk Allah di muka bumi ini akan mati @ maut @ meninggal dunia..perkataan yang pelbagai tetapi mempunyai makna yang satu. “ alah…mati, biasalah…semua orang akan mati…” kebiasaannya yang membuatkan kita sudah lali dengan perkataan tersebut. Tetapi, apakah kelalian kita itu sampai ke akal kita? Apakah kebiasaan kita tidak meninggal apa-apa kesan di hati kita?
Pelbagai sebab manusia untuk maut. Ada disebabkan sakit yang berat seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Tidak kurang juga disebabkan sakit yang ringan seperti demam, sakit perut, pening kepala dan lain-lain. Di Malaysia, kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian rakyat Malaysia selain, jantung, darah tinggi dan kanser. Apa yang dinyatakan tadi sekadar penyebab untuk berlakunya kematiaannya sedangkan,ajal, maut kita semua telah ditentukan oleh Yang Maha Penentu, Allah taala.
Kita seringkali terlalai dari menyedari bahawa maut sentiasa menyintai. Terasa maut amat jauh dari kita. Atau mungkin kita terfikir, mustahil maut mengunjungi kita di saat ini. “Aku masih muda..masih punya anak, punya cita-cita.. banyak lagi impian dunia ini yang belum tercapai..takkan aku nak mati sekarang”…barangkali itulah fikiran kita yang hanyut dalam arus dunia ini. Sedarkah saudaraku, maut tidak akan menunggu kita walau sesaat. Bila dan dimana maut menjemput kita, tidak kita ketahui. Itu semua rahsia Ilahi yang dirahsiakan dari hambaNya.
Mungkin di saat kita bergembira meraikan sesuatu kejayaan. Ia datang tanpa tanda. Seandainya kita tergolong dalam golongan beriman dan soleh, beruntunglah kita kerana maut datang dengan tanda-tanda yang kita sahaja mengetahuinya. Tidak mampu kata-kata menafsirkan bicara tentang maut yang akan mendatang. Ianya tidak mungkin difahami oleh orang tersayang. Sidia tersayang mungkin mengabaikan sahaja kata-kata kita disebabkan sihatnya kita. Atau sekadar karutan yang tidak bermakna baginya kerana kebiasaannya maut datang disebabkan sakit atau derita yang berpanjangan.
Walau apa-pun keadaan, kita perlu sentiasa bersedia. Tidak kira kita masih muda belia, atau warga emas. Samada sakit derita atau sihat bahagia. Bersedialah menerima hakikat yang setiap manusia pasti akan menghadapinya. Tidak perlu gementar andai bekalan sentiasa dibawa. Ianya satu perjalanan yang pasti untuk menuju akhirat yang abadi.
Friday, October 9, 2009
dear diaryku...
tragedi 030409 siri 1
Tuesday, October 6, 2009
muhasabah diri..
Monday, October 5, 2009
macam-macam :(
Dah lama aku tak nulis ape2 kat sini...arini rasa cam byk ngat menda nak tulis...aku start ngn alkisah CAP ku...
i) CAPku sayangi...khamis dulu, aku rasa cam semacam je bila aku gi sekolah, kuar umah ok lagi, sampai depan skju gear tak masuk2...berderum2 ah bunyinya..aik, guano ni...lepas ke tak ke sekolah, perjalanan aku ke sekolah jauh lagi, tiap ari aku drive ke sekolah hampir 43km..ni baru tak sampai 1km dah wat hal...CAP ko biar bebetul..huhuhu...last2 aku pusing skju, takut2 kalau aku dah jauh, makin susah aku kalau jadi ape2...nasib baik la bila sampai depan skju, gear masuk dengan selamatnya...alhamdulillah... ok la..aku pun terus ke sekolah dengan senang hati...lalala...
Untuk menyedapkan hati aku, aku pun tipon abg yi...tanya mane bengkel yang ok ckit...almaklumlah aku ni pompuan, mana ler reti bab2 keta ni...abg yi rekemenkan sebuah bengkel kat temerloh...emmm...KUJAN..unik namanya...aku pun cari ler...
"kak, akak punya minyak gear ni lama dah tak tukar kot".." emm...akak pun tak tau la dik, ni bukan keta akak..tukar la mana patut..."aku menyerahkan segalanya pada budak pomen tu...memang berisiko skit ler sebeno nye...kotnya dia suruh tukar banyak...parah aku!..baik aku tukar keta baru jer...hehe...nasib baik la KUJAN ni org melayu, islam yang baik sikit, jujur ler...dia beri penerengan tentang drive sharft (betui ke aku eja ni?...:)) aku yang dah koyak,aku tengok memang ada koyak ler...selamat lagi ke kalau tak tukar? aku tanya budak tu...tapi setiap kali aku masuk simpang or selekoh, dah ada bunyi kat tayar belah kiri tu...untuk selamat aku pun tukar la...melayang la...RM300++...huhu...keta lama...nak wat camne...:)
ii) Balik dari Kujan, aku nak tipon kak n saroi...tipon kak nak tanya kabo kesihatannya, dengar citernya...dia kurang sihat, saroi plak nak tanya kabo kancilnya...dengar kabo dia test power kancilnya dengan melanggar lori, agak2 kemek lori tu kot..hehe..3,4 hari dah kejadian dia melanggar lori tu...dia mms gambar kancil tu...emmm...memang power, terkopak gak la bumpernyer...camtu ler agaknya terkopaknye duit dia..sampai umah, aik...ada lak NAN 1936 ni..honda civic akak aku tersadai kat parking umah...rupa-rupanya sesudah solat subuh pagi tadi, sebelum burung keluar dari sarangnya, kak dan dua anak daranya dah kuar berangkat ke jengka...dalam 2 jam setengah dia drive dari nilai ke jengka...fuh!..leh tahan akak aku ni merempit...aku tau dia susah hati, anak kecilnya tinggal kat jengka dengan suaminya, abg amin dah berhenti kerja di nilai, then dia kerja sendiri di jengka.. baby anas baru 2 bulan n terpaksa berjauhan dengan akak aku..sian budak comel tu...ni gambar dia baru siap mandi...penuh bedak kat pipi..
Wednesday, September 30, 2009
permata hatiku...


Tuesday, September 29, 2009
salam perpisahan ramadhan...
Ramadhan kali ni agak berbeza. Berbeza dengan kehadiran orang baru dan memori indah bersama sidia masih kuat melekat di ingatan...tapi, satu kekuatan bagiku bila aku teringat saat indah menyemak bacaan sidia yang menjadi imam terawih pabila malam menjelma...hanya tinggal kenangan...sabarlah hati...:(
Di teratak indah kami, suasana berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran sempena Ramadhan mulia ini masih kuat, setiap hari pasti ada saja soalan dari adik-adikku tentang juzu' terkini bacaan Al-Quran...bukankah Allah sendiri menyuruh kita berlumba-lumba membuat kebaikan?...
Ku harapkan aku akan bertemu lagi dengan ramadhan akan datang...dan semoga ramadhan ini madrasah tarbiyah terbaik buat hambaNya yang dhaif ini...
Monday, September 28, 2009
dunia baru 1430H..
saat ini hampir 6 bulan aku melangkah ke dunia baru..
dunia yang tidak pernah terfikir oleh akalku untukku jejaki gelarannya...
yang kadangkala begitu sukar untuk ku suruti langkahnya...
yang begitu payah untukku jejaki likunya...
namun ku tahu...
aku ada DIA
yang Maha Bijaksana..
yang Mengatur segala...
dan...
aku ada sidia..
yang menunggu di alam sana...
semoga ayunan langkah tidak tersasar..
semoga aku terus berada di landasan mustaqimnya...
sehingga dapat aku bertemu sidia disana...
kerana aku berpisah di dunia ini...
untuk bertemu denganya di alam abadi nanti...